Akan dibuka dalam tab baharu

Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Bercagar, Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM1000 - RM150000
Kadar Keuntungan
3.99% p.a - 5.5% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1000
Tempoh Lulus
1 hingga 7 hari bekerja

Boleh dikatakan pada masa sekarang kebanyakan Koperasi Berdaftar menawarkan pelan pinjaman atau pembiayaan peribadi. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) juga tidak terkecuali. KPDRM menawarkan beberapa pelan pembiayaan untuk anggota Koperasi. Antara produk pinjaman Koperasi Polis yang ditawarkan ialah Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin, Pembiayaan Berpenjamin, Pembiayaan Ekspres, Pembiayaan ASBi-KOP, Pembiayaan Konsumer, dan Pembiayaan Atas Yuran. Semua pelan ini adalah pembiayaan Islamik sepenuhnya patuh Syariah berlandaskan konsep Tawarruq..

Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin adalah pinjaman tanpa cagaran dengan jumlah pembiayaan sehingga RM150,000 dan caj kadar keuntungan tahunan serendah 4.50% p.a. Tempoh pembiayaan adalah sehingga 10 tahun.

Pembiayaan Peribadi Berpenjamin pula menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM10,000 dengan tempoh 5 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan adalah dalam bentuk kadar rata (flat rate) bermula dari 4.50% p.a. Seperti namanya, pelan ini memerlukan anda memperkenalkan penjamin yang juga ahli koperasi.

Pembiayaan Ekspres, juga dikenali Pembiayaan Mudah KPDRM adalah pinjaman pantas dan membenarkan pinjaman dari RM1,000 hingga RM2,000 selama 12 bulan. Jumlah pembiayaan adalah tertakluk kepada yuran terkumpul anggota koperasi. Seperti kebanyakan pinjaman ekspress, pelan ini mengenakan kadar keuntungan tahunan yang agak tinggi, iaitu bermula dari 4.95% p.a.

Pembiayaan ASBi-KOP adalah pinjaman ASB KPDRM untuk anggota yang ingin melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB). Sekiranya layak, anda boleh mohon dengan jumlah RM5,250, RM10,500, atau RM21,000 dalam tempoh 5 tahun. Kadar keuntungan rata sebanyak 4.99% p.a akan dikenakan untuk pembiayaan ini.

PembiayaanPelaburan
RM5,250RM35,000
RM10,500RM70,000
RM21,000RM140,000
Jadual Pembiayaan ASBi-KOP

Pembiayaan Konsumer adalah kemudahan pinjaman untuk belian barangan pengguna kepada anggota Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Anggota boleh mengambil pelan pembiayaan ini untuk mendapatkan barangan yang diingini. Anda boleh mohon sehingga RM150,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 120 bulan sekiranya layak. Kadar keuntungan yang dikenakan ialah kadar rata sebanyak 5.50% p.a.

Pembiayaan Peribadi Atas Yuran membenarkan anggota membuat pinjaman berdasarkan jumlah yuran yang terkumpul. Kadar yang dibenarkan ialah 80% daripada jumlah yuran terkumpul dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 5 tahun. Caj kadar keuntungan yang dikenakan hanya 3.99% p.a dalam bentuk kadar rata.

Boleh dikatakan pihak Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad menawarkan produk pembiayaan yang komprehensif dan memenuhi keperluan anggota koperasi, sesuai dengan tujuan utama KPDRM ditubuhkan iaitu untuk menyediakan khidmat kewangan kepada anggota.

Syarat kelayakan untuk mohon

Pelan pinjaman Koperasi Polis ini hanya ditawarkan kepada anggota Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM). Syarat-syarat lain yang berkaitan ialah:

  1. Pemohon telah genap menjadi anggota tidak kurang daripada enam bulan.
  2. Sebagai anggota Koperasi, pemohon telah menjelaskan sepenuhnya harga 100 unit syer.
  3. Pemohon adalah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib atau aktiviti jenayah.
  4. Pemohon bukan dalam proses digantung, ditahan, atau dibuang kerja.
  5. Pemohon tidak muflis, tidak mengalami hutang serius dan tidak dalam proses berhenti kerja.
  6. Jumlah potongan gaji adalah tidak lebih daripada 60% (daripada gaji pokok dan elaun-elaun tetap).

Syarat-syarat adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak KPDRM.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis pembiayaan yang dimohon. Walau bagaimanapun, berikut ialah dokumen umum yang perlu anda sediakan untuk mohon.

  1. Salinan kad kuasa polis.
  2. Salinan kad pengenalan diri awam.
  3. Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan muka hadapan buku akaun bank.
  5. Salinan baki hutang bank (jika berkaitan).
  6. Pengesahan ketua jabatan (jika perlu).
  7. Tandatangan saksi (jika perlu).

Dokumen-dokumen lain mungkin diperlukan bergantung kepada kelayakan pemohon.

Jadual Bayaran Bulanan Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj yang dikenakan untuk pinjaman Koperasi Polis.

  1. Caj duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pembiayaan yang lulus.
  2. Caj yuran pemprosesan RM50 bagi setiap pinjaman.
  3. Caj yuran pemprosesan RM30 jika ada urusan penyelesaian awal.
  4. Sekiranya anda ingin buat penyelesaian awal sebelum tempoh matang, pihak KPDRM akan mengenakan caj sebanyak 1.5% daripada baki pembiayaan selepas ditolak rebat (Ibra’).
  5. Caj lewat bayar (Ta’width) sebanyak 1% akan dikenakan daripada amaun tertunggak.

Caj-caj lain adalah tertakluk kepada pihak KPDRM.

Cara Mohon Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Pihak KPDRM tidak menawarkan kaedah permohonan secara dalam talian (onlie) pada masa ini. Untuk mohon, anda boleh mengunjungi ibu pejabat Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, atau muatturun (download) Borang Permohonan yang disediakan di laman sesawang (website) rasmi KPDRM.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Pelan pembiayaan yang pelbagai sesuai untuk setiap keperluan.
  • Jumlah dan tempoh pembiayaan yang fleksibel.
  • Kadar keuntungan yang berpatutan.
  • Proses permohonan yang ringkas.
Kekurangan
  • Hanya untuk ahli koperasi.

Pelan-pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) boleh dikatakan lengkap dengan mengambil kira kedudukan kewangan dan keperluan anggota Koperasi. Jumlah pembiayaan dan tempoh pinjaman juga sangat fleksibel berdasarkan jenis pelan yang dipilih. Caj kadar keuntungan tahunan pula berpatutan dan tidak membebankan peminjam. Agak mengecewakan pelan-pelan ini hanya ditawarkan kepada ahli Koperasi dan tidak dibuka permohonan kepada umum.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

24 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right