Akan dibuka dalam tab baharu

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM2500 - RM150000
Kadar Keuntungan
5.99% p.a - 9.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
2 hari bekerja

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi adalah sebuah pelan pinjaman peribadi daripada Yayasan Perlis. Skim ini adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar, jadi pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon.

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta dan Peraturan Pemberi Pinjam Wanga 1951. Sebagai sebuah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YYP telah lama menawarkan perkhidmatan produk dan perkhidmatan pembiayaan peribadi kepada rakyat Malaysia. Untuk pelan pinjaman ini, pihak YYP telah bekerjasama dengan pihak RCE Marketing yang memberikan dana untuk pinjaman ini. Oleh itu, pinjaman ini juga dikenali sebagai Pinjaman RCE Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

RCE Marketing ialah sebuah syarikat di bawah RCE Capital. RCE Capital ialah anak syarikat Amcorp Group dibawah selaan Tan Sri Azman Hashim. Jadi anda tidak perlu risau akan kredibiliti syarikat-syarikat ini, termasuk Yayasan Perlis.

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi ditawarkan kepada penjawat awam, iaitu mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan kakitangan badan berkanun.

Sekiranya anda penjawat awam yang berumur 20 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM1,500 – anda layak mohon pinjaman ini. Anda boleh mohon sehingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Kadar keuntungan yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu bermula dari 5.99% p.a.

Selain ciri-ciri pinjaman yang menarik, pinjaman Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis ini juga ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS, atau mereka yang mempunyai rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS mereka. Begitu juga jika anda mempunyai komitmen luar yang tinggi, anda boleh cuba mohon pinjaman ini. Pinjaman ini juga ditawarkan kepada mereka yang sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit di bawah AKPK.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik pinjaman RCE YYP ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, caj yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

Kelebihan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Berikut adalah ciri-ciri menarik dan beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh Yayasan Perlis (YYP) menerusi pelan pinjaman peribadi RCE ini.

  • 100% patuh syariah
    Oleh kerana pelan pembiayaan peribadi ini adalah pinjaman Islamik, pinjaman ini 100% patuh Syariah dengan konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah).
  • Tak perlu penjamin atau cagaran
    Sebagai pinjaman tak bercagar, anda tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Pinjaman ini menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel. Anda boleh pilih untuk mohon dari RM2,500 hingga mencecah RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang
    Pinjaman RCE Yayasan Perlis ini menawarkan tempoh pembiayaan dari sesingkat 12 bulan (1 tahun) sehingga menjangkau 120 bulan (10 tahun).
  • Kadar keuntungan (profit rate) yang berpatutan
    Pihak yayasan menawarkan caj kadar keuntungan yang berpatutan iaitu bermula daripada 5.99% p.a sehingga 9.99% p.a – bergantung kepada jumlah pinjaman, tempoh pinjaman, skor kredit dan rekod kewangan pemohon. Kadar ini adalah kadar rata dan tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman anda.
  • Syarat kelayakan gaji yang tidak membebankan
    Kelayakan gaji yang ditetapkan untuk mohon pinjaman YYP ini hanya gaji kasar RM1,500 ke atas. Ini tidak membebankan terutama kepada penjawat awam yang rata-rata berpendapatan lebih tinggi daripada jumlah ini.
  • Kelayakan umur yang rendah
    Syarat had umur minimum 20 tahun yang ditetapkan untuk mohon pinjaman ini memudahkan mereka yang baru berkhidmat sebagai penjawat awam untuk mohon.
  • Bayaran melalui potongan gaji
    Kaedah bayaran ansuran semula dilakukan melalui potongan gaji bulanan melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA). Walau bagaimanapun jika anda tidak dapat melalukan pemotongan gaji, anda boleh buat bayaran secara direct debit atau standing instruction (arahan tetap) ke akaun pinjaman anda (bergantung kepada budi bicara pihak YYP).
  • CCRIS tak cantik boleh mohon
    Tidak seperti pinjaman peribadi bank, walaupun rekod CCRIS anda buruk – anda masih boleh cuba mohon pinjaman ini.
  • Senarai hitam (Blacklist) CTOS boleh mohon
    Begitu juga dengan laporan CTOS anda. Sekiranya anda ada senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS, anda masih boleh cuba mohon pinjaman ini. Rujuk bahagian syarat kelayakan di bawah untuk info lanjut.
  • Peserta Program Pengurusan Kredit AKPK boleh mohon
    Sekiranya anda di bawah program PPK daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, anda masih boleh cuba memohon pinjaman peribadi ini.
  • Komitmen luar tinggi boleh mohon
    Pihak Yayasan hanya akan mengambil kira komitmen pada potongan slip gaji, oleh itu komitmen luar tidak akan dikira. Jadi walaupun komitmen luar anda tinggi, anda masih boleh cuba mohon pinjaman ini.
  • Kelulusan pantas 2 hari bekerja
    Anda hanya perlu tunggu selama 2 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda. Jika permohonan anda lulus, pihak YYP akan memaklumkan kepada anda dan duit pinjaman akan dipindahkan ke akaun pilihan anda tak lebih dari tempoh 24 jam.
  • Rebat untuk penamatan awal
    Anda akan mendapat rebat (Ibra’) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan baki pinjaman anda lebih awal daripada tempoh pembiayaan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Jika anda berminat untuk mohon Pinjaman RCE Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, berikut ialah syarat kelayakan lengkap yang perlu anda patuhi.

  • Berumur 20 hingga 58 tahun (55 tahun untuk anggota PDRM).
  • Berkhidmat sebagai Kakitangan Awam (Sektor A): – Kakitangan Kerajaan Persekutuan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Universiti Putra Malaysia (UPM). – Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Berkhidmat sebagai Kakitangan Awam (Sektor B): – Kakitangan Kerajaan Negeri.
  • Berkhidmat sebagai Kakitangan Awam (Sektor C): – Kakitangan Institusi dan Suruhanjaya. – Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
  • Berkhidmat sebagai Kakitangan Awam (Sektor D): – Kakitangan Majlis/Lembaga/Perbadanan/Universiti.
  • Berjawatan tetap dan berkhidmat melebihi 6 bulan (Sektor A).
  • Berjawatan tetap dan berkhidmat melebihi 12 bulan (Sektor B, C dan D).
  • Berpendapatan gaji kasar RM1,500 ke atas, atau tahunan RM18,000 ke atas.
  • Potongan slip gaji tidak melebihi 60%.
  • Senarai hitam (Blacklist) CTOS tidak melebihi RM20,000.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk mohon pinjaman RCE YYP.

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad)/Kad Kuasa PDRM yang disahkan.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
  3. Salinan penyata akaun bank (akaun gaji) terkini.
  4. Surat pengesahan majikan.
  5. Penyata penyelesaian awal (jika perlu).

Jadual Bayaran Bulanan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj-caj yang dikenakan oleh pihak Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis sekiranya permohonan pinjaman RCE anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus – ditolak daripada pinjaman.
  3. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.

Walaupun ini adalah pinjaman Islamik, YYP tidak mewajibkan anda mengambil sebarang perlindungan Takaful untuk pinjaman ini.

Cara Mohon Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi dengan menghubungi wakil pemasaran YYP yang disenaraikan di laman web mereka, seperti Direct Lending Sdn Bhd.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Syarat kelayakan yang tidak membebankan.
  • CCRIS layak mohon.
  • CTOS layak mohon.
  • Komitmen luar tinggi layak mohon.
  • Ditawarkan kepada semua kakitangan awam.
Kekurangan
  • Kadar keuntungan bergantung kepada beberapa faktor.
  • Salinan dokumen perlu disahkan.

Pinjaman peribadi RCE Yayasan Perlis adalah pelan pinjaman peribadi dengan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pinjaman yang panjang. Apa yang buat pinjaman ini menarik ialah syarat kelayakan mohon yang longgar berbanding pinjaman bank atau pinjaman koperasi. Pinjaman ini ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS, mahupun mereka yang telah disenaraihitam di laporan CTOS mereka. Syarat kelayakan gaji untuk mohon juga rendah dan sesuai untuk mereka yang baru berkhidmat di sektor awam. Caj kadar keuntungan yang dikenakan juga tidak membebankan dan berpatutan. Walau bagaimanapun, caj kadar keuntungan ini adalah bergantung kepada jumlah, tempoh dan rekod kredit pemohon. Jadi pastikan anda semak dahulu caj kadar keuntungan akhir sebelum bersetuju untuk menerima pinjaman ini.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 jam. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP), Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP), Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Ya, pelan ini ditawarkan kepada mereka yang dibawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Walau bagaimanapun keputusan permohonan masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP), Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

70 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right