IVC Personal Loan adalah sebuah pelan pinjaman peribadi daripada Icon Venture Capital Sdn Bhd (IVC). Icon Venture Capital adalah syarikat kredit komuniti/pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang berdaftar dengan SSM dan juga KPKT di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Syarikat ini adalah syarikat yang sah dan berpengalaman di dalam menguruskan perkhidmatan pinjaman, bukan sahaja untuk pinjaman peribadi tetapi juga untuk pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan.
Pelan IVC Personal Loan adalah pelan pinjaman peribadi tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60 tahun dan berkhidmat di sektor awam, sektor swasta ataupun bekerja sendiri. Kelayakan pendapatan yang diperlukan ialah gaji kasar tidak kurang dari RM24,000 setahun, atau tidak kurang dari RM2,000 setiap bulan.
Anda boleh mohon dari serendah RM5,000 hingga jumlah pinjaman maksimum RM100,000. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula adalah dari 1 tahun hingga 5 tahun dengan caj kadar faedah bermula dari 13% p.a.
Oleh kerana ini adalah pinjaman kredit komuniti/pinjaman berlesen, pelan IVC Personal Loan ini ditawarkan kepada mereka yang mempunyai rekod buruk di CTOS atau mempunyai tunggakan di CCRIS. Walau bagaimanapun, perkara ini masih bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Icon Venture Capital.
Pinjaman ini juga mempunyai tempoh lulus yang pantas. Anda hanya perlu menunggu 2 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda.
Berminat untuk mohon pinjaman ini? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri istimewa pinjaman ini, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon, jadual bayaran ansuran bulanan, caj & fi yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online).