Akan dibuka dalam tab baharu

Affin Islamic Personal Financing-i

Affin Islamic Personal Financing-i
Pinjaman daripada Affin Islamic Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM2500 - RM250000
Kadar Keuntungan
3.50% p.a - 5.30% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
1 hingga 7 hari bekerja

Affin Islamic Personal Financing-i adalah pelan pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Affin Islamic Bank. Affin Islamic Bank Berhad adalah salah satu institusi kewangan Islam di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam patuh Syariah sepenuhnya.

Pinjaman peribadi Affin Islamic adalah pinjaman peribadi tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu cagaran atau pertolongan penjamin untuk mohon pinjaman ini. Pinjaman ini juga adalah antara pinjaman peribadi dengan kadar keuntungan tahunan terendah berbanding pinjaman Islamik yang lain.

Pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Company – GLC), dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM1,500 sebulan.

Para pesara di bawah Pencen Kerajaan Skim A juga boleh mohon. Walau bagaimanapun pembiayaan minimum untuk pesara dihadkan kepada RM5,000 berbanding RM2,500 untuk mereka yang masih berkhidmat.

Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula dikira berdasarkan jumlah dan tempoh pembiayaan, bermula dari 3.50% p.a hingga 5.30% p.a.

Pinjaman peribadi ini adalah skim pembiayaan yang menarik. Walau bagaimanapun, sebelum anda mohon anda perlu tahu tentang syarat utama yang dikenakan oleh pihak Affin Islamic – Anda perlu menyatakan tujuan utama anda memerlukan pinjaman.

Ini kerana pembiayaan ini ditawarkan oleh Affin Islamic untuk kegunaan peribadi yang patuh Syarak, bukan untuk anda berfoya-foya.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini, baca lebih lanjut tentang ciri-ciri lengkap, syarat kelayakan yang diperlukan, dokumen yang perlu anda sediakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini dengan mudah secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Affin Islamic.

Kelebihan Affin Islamic Personal Financing-i

Pinjaman peribadi Affin Personal Financing-i menawarkan beberapa ciri menarik bagi mereka yang ingin mohon skim pembiayaan ini.

  • 100% patuh Syariah
    Oleh kerana Affin Islamic adalah institusi kewangan mengamalkan perbankan Islam, tidak hairanlah pinjaman ini adalah 100% patuh Syarak. Pinjaman ini menggunakan konsep “Syariah Tawarruq (Komoditi Murabahah)”, iaitu antara prinsip kewangan Islam yang baru diperkenalkan.
  • Caj kadar keuntungan rendah
    Caj keuntungan yang dikenakan sangat berpatutan, bermula dari 3.5% p.a hingga 5.3% p.a, bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan yang anda pilih.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon dari serendah RM2,500 hingga RM250,000. Julat jumlah pembiayaan ini adalah sangat fleksibel dan memudahkan pemohon buat keputusan berapa jumlah pembiayaan yang diingini.
  • Tempoh bayaran ansuran yang fleksibel
    Affin Islamic membenarkan anda buat bayaran semula pinjaman dari tempoh 2 tahun hingga 10 tahun. Anda boleh pilih berapa tempoh pembiayaan yang anda inginkan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes – tempoh pembiayaan akan ditentukan oleh pihak Affin Islamic.
  • Tiada caj proses
    Sebagai pinjaman Islamik, Affin bank tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan pinjaman anda diluluskan.
  • Tiada caj penamatan awal
    Affin juga tidak mengenakan caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.
  • Saluran bayaran semula yang fleksibel
    Anda boleh membuat pembayaran semula secara potongan gaji bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), auto debit melalui bank (hanya jika gaji dimasukkan ke Affin Islamic Bank), atau dengan kaedah “Standing Instruction/Standing Order” melalui bank pilihan anda.
  • Pilihan perlindungan Takaful
    Anda boleh pilih untuk melindungi pembiayaan anda dengan Pelan Takaful Keluarga Kredit Berkelompok (TKKB). Walaupun ini tidak wajib, tetapi amat digalakkan untuk mengelak daripada perkara yang tidak diduga.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat yang perlu diambil perhatian sebelum mohon Affin Islamic Personal Financing-i.

Kakitangan Sektor Awam

  • Berumur 21 tahun hingga 58 tahun.
  • Status pekerjaan adalah tetap.
  • Berpendapatan RM1,500/bulan atau RM18,000/tahun.
  • Tidak di senarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).

Pesara

  • Pesara di bawah Pencen Kerajaan Skim A.
  • Bayaran pencen yang dikreditkan ke dalam akaun bank pesara.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Affin Islamic Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i.

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata bank 3 bulan terkini.
  4. Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Jadual Bayaran Bulanan Affin Islamic Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Affin Islamic Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Affin Islamic Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Terdapat beberapa caj yang dikenakan oleh Affin Islamic jika permohonan pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i anda diluluskan. Caj-caj adalah seperti berikut.

  1. Caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  2. Caj broker (brokerage fee) sebanyak RM5 untuk setiap RM1,000,000. Sebagai contoh, setiap RM10,000 akan dikenakan caj broker sebanyak RM0.05.
  3. Caj-caj lain pula adalah pilihan seperti caj dokumen, caj penghantaran dokumen, dan caj penyata pinjaman.

Seperti pembiayaan peribadi patuh Syariah yang lain, Affin Islamic tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan dan tiada caj penamatan awal (early termination fee).

Walau bagaimanapun, caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% dari baki pinjaman akan dikenakan sekiranya anda gagal membuat pembayaran seperti yang dijanjikan.

Cara Mohon Affin Islamic Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Setakat ini Affin Islamic Bank tidak menyediakan kaedah permohonan secara dalam talian. Anda hanya boleh mohon Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i secara offline.

  • Sediakan dokumen berkaitan untuk permohonan. Rujuk bahagian dokumen yang diperlukan di atas.
  • Kunjungi mana-mana cawangan Affin Islamic berdekatan anda. Lihat senarai cawangan Affin Islamic Bank.
  • Maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan Affin Bank bahawa anda ingin mohon Affin Islamic Personal Financing-i.

Sekiranya anda ingin maklumat lanjut berhubung pembiayaan Affin Islamic ini dan ingin pihak Affin Islamic menghubungi anda, anda boleh isi Borang Pertanyaan yang disediakan di laman sesawang AffinAlways . Klik untuk mengisi Borang Pertanyaan Pembiayaan Peribadi-i

Cara Semak Status Permohonan Affin Islamic Personal Financing-i

Seperti juga cara permohonan, anda hanya boleh semak status permohonan Affin Islamic Pembiayaan Peribadi-i anda melalui kaedah berikut:

  • Kunjungi cawangan Affin Bank terdekat dan bertanya kepada pegawai khidmat pelanggan berhubung status permohonan anda.
  • Hubungi Pusat Panggilan Affin di talian +603-8230 222.
  • Hantar E-mel di alamat [email protected].
  • Isi borang pertanyaan Pembiayaan Peribadi di laman AffinAlways. (Rujuk bahagian Cara Mohon di atas untuk pautan).

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Antara pinjaman dengan kadar keuntungan rendah.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM250,000.
  • Tiada caj proses dan penamatan awal.
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada kakitangan sektor awam.
  • Jumlah pinjaman minimum bermula dari RM2,500.
  • Perlu deposit sekuriti jika pinjaman lulus.

Pinjaman Peribadi Affin Islamic Personal Financing-i adalah pinjaman patuh Syariah yang menggunakan konsep Tawarruq. Pinjaman ini dibuka kepada kakitangan sektor awam dan pesara kerajaan. Pinjaman dari Affin Islamic ini juga mempunyai tempoh pembiayaan yang sangat menarik, iaitu sehingga 10 tahun pembiayaan. Dengan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dan kadar keuntungan serendah 5.50% p.a, Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang perlu anda masukkan dalam senarai ketika mencari pinjaman peribadi bank di Malaysia.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Affin Islamic Personal Financing-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Affin Islamic Bank Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM), Bayaran di kaunter.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Affin Islamic Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Affin Islamic Bank Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Affin Islamic Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

239 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right