Akan dibuka dalam tab baharu

KOWAMAS e-Wawasan

Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM3000 - RM200000
Kadar Keuntungan
3.99% p.a - 3.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
5 hari bekerja

KOWAMAS e-Wawasan adalah pelan pinjaman peribadi daripada Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS). Koperasi Wawasan Malaysia Berhad adalah badan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi Malaysia 1991 (Akta 502) dan mempunyai ahli di seluruh negara.

Pinjaman peribadi KOWAMAS e-Wawasan adalah salah satu daripada produk pembiayaan yang ditawarkan oleh KOWAMAS.

Pembiayaan peribadi e-Wawasan adalah pinjaman Islamik yang 100% patuh Syariah. Pinjaman ini juga adalah pinjaman tak bercagar (unsecured loan) – anda tak perlu perkenalkan penjamin atau sediakan sebarang cagaran untuk mohon pinjaman ini.

Pelan pembiayaan peribadi KOWAMAS ini ditawarkan kepada individu yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan, kakitangan badan berkanun, dan juga kakitangan majlis. Anda hanya perlu berumur 21 tahun ke atas sehingga 55 tahun pada tarikh akhir bayaran pembiayaan. Pemohon juga perlu berjawatan tetap dan telah berkhidmat lebih daripada 1 tahun. Syarat kelayakan gaji yang ditetapkan ialah gaji kasar RM1,500 ke atas berserta elaun tetap.

KOWAMAS e-Wawasan menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM3,000 sehingga mencecah RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 2 hingga 10 tahun. Perkongsian kadar keuntungan tahunan yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu hanya 3.99% p.a.

Antara keistimewaan utama pelan pembiayaan peribadi daripada KOWAMAS ini ialah ciri penyatuan hutang yang dibenarkan. Dengan ciri ini anda boleh satukan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam pelan pembiayaan ini. Ini adalah sangat menguntungkan kerana caj kadar keuntungan tahunan yang ditawarkan oleh e-Wawasan adalah sangat rendah berbanding kebanyakan pelan pembiayaan yang ada.

Pelan pembiayaan ini juga ditawarkan kepada individu yang mempunyai masalah di CTOS atau CCRIS. Anda boleh cuba mohon walaupun anda disenaraihitamkan di laporan CTOS, atau mempunyai tunggakan bulanan di laporan CCRIS anda.

Tempoh keputusan permohonan juga sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih daripada 5 hari bekerja untuk tahu permohonan pinjaman anda lulus atau tidak.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi KOWAMAS e-Wawasan, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon, caj yang dikenakan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online) untuk keputusan pantas.

Kelebihan KOWAMAS e-Wawasan

KOWAMAS menawarkan beberapa ciri menarik untuk pinjaman ini berbanding pelan pembiayaan peribadi lain yang ditawarkan di negara kita. Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan yang ditawarkan untuk e-Wawasan.

  • Rekod CCRIS buruk boleh mohon. Ini adalah kelebihan utama yang ditawarkan oleh KOWAMAS untuk pinjaman ini. Anda boleh cuba mohon pinjaman ini walaupun rekod CCRIS anda ada tunggakan.
  • Jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel. Dengan jumlah pinjaman dari RM3,000 hingga RM200,000, ini adalah antara jumlah pembiayaan peribadi yang fleksibel jika dibandingkan dengan skim pembiayaan peribadi yang lain.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel. Kowamas menawarkan tempoh bayaran semula dari sesingkat 2 tahun, hingga 10 tahun. Ini memudahkan anda untuk menyusun strategi kewangan anda dengan pinjaman e-Wawasan ini.
  • Kadar keuntungan tahunan tetap yang berpatutan. Nilai kadar keuntungan (profit rate) tahunan sebanyak 3.99% p.a yang dikenakan oleh Kowamas adalah antara kadar keuntungan terendah untuk pinjaman peribadi Islamik di Malaysia. Ini juga adalah kadar keuntungan tetap (fixed rate), jadi anda tidak perlu risau tentang bayaran ansuran anda.
  • Syarat kelayakan gaji yang tidak membebankan. Syarat untuk mohon e-Wawasan juga tidak begitu ketat. Anda hanya perlu berpendapatan minimum RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.
  • Pembayaran semula melalui potongan gaji. Untuk memudahkan anda buat bayaran, pembayaran bulanan dilakukan melalui khidmat BIRO Perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • Penyatuan hutang dibenarkan. Pinjaman ini membenarkan anda memohon pinjaman untuk penyatuan hutang, atau debt consolidation. Tak banyak pelan pinjaman peribadi yang membenarkan ciri ini.
  • Perlindungan Insurans Takaful. Anda akan mendapat perlindungan Insurans Takaful sekiranya permohon pinjaman anda lulus.
  • Kelebihan menjadi ahli Sebagai ahli KOWAMAS, anda akan mendapat pelbagai kelebihan seperti perkhidmatan perubatan, bantuan kewangan, khidmat nasihat pelaburan, dan pelbagai lagi.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat kelayakan mohon pembiayaan peribadi KOWAMAS e-Wawasan. Pastikan anda mencukupi syarat-syarat ini sebelum anda mohon.

  • Berumur 21 hingga 55 tahun.
  • Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan, GLC, Badan Berkanun Terpilih atau Majlis.
  • Berjawatan tetap.
  • Berkhidmat lebih daripada 1 tahun.
  • Berpendapatan bulanan (beserta Elaun) gaji kasar RM1,500 ke atas atau berpendapatan tahunan (beserta Elaun) gaji kasar RM18,000 ke atas.
  • Potongan di slip gaji tidak melebihi 60% (Kakitangan Kerajaan) atau 50% (Kakitangan GLC). * Untuk Kakitangan GLC, potongan tidak melebihi 60% dibenarkan dengan surat sokongan majikan.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon KOWAMAS e-Wawasan, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan memohon yang telah dinyatakan di atas, berikut ialah dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon. Pastikan dokumen anda lengkap sebelum mohon pinjaman KOWAMAS e-Wawasan.

Dokumen Wajib

  1. 3 salinan MyKad depan dan belakang.
  2. 3 salinan slip gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
  3. Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
  4. Salinan penyata akaun bank/buku akaun.
  5. Penyata penyelesaian (overlap mana-mana Bank/Koperasi) jika ada.

Dokumen Tambahan

  • Kakitangan DBKL – Surat Emolumen dari DBKL.
  • Sabah Sarawak – 5 salinan surat Emolumen.
  • Berumur 50 tahun ke atas – Surat opsyen bersara.

Jadual Bayaran Bulanan KOWAMAS e-Wawasan

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment KOWAMAS e-Wawasan. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran KOWAMAS e-Wawasan
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj atau fi yang dikenakan oleh pihak KOWAMAS sekiranya permohonan pinjaman e-Wawasan anda lulus.

  1. Caj setem duti 0.5% daripada jumlah pinjaman lulus – ditolak daripada pinjaman.
  2. Tiada caj proses.
  3. Tiada caj penamatan awal.
  4. Tiada caj lewat bayar kerana bayaran ansuran dilakukan melalui potongan gaji (BPA).

Cara Mohon KOWAMAS e-Wawasan

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman KOWAMAS e-Wawasan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS).

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Caj kadar keuntungan yang rendah.
  • CCRIS boleh mohon.
  • Kelayakan gaji yang rendah.
  • Jumlah pembiayaan tinggi.
  • Tempoh pembiayaan panjang.
  • Boleh buat penyatuan hutang.
  • Tiada caj proses dan penamatan awal.
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada kakitangan sektor awam.
  • Salinan dokumen perlu disahkan.

Pinjaman peribadi KOWAMAS e-Wawasan adalah pinjaman peribadi Islamik yang menarik untuk dimohon oleh mereka yang berkhidmat di sektor. Ciri utama yang buat skim pembiayaan ini begitu kompetitif adalah caj kadar keuntungan tahunan yang rendah. Kadar 3.99% p.a boleh dikatakan antara yang terendah berbanding pinjaman lain untuk kakitangan awam. Pinjaman ini juga menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi iaitu sehingga RM200,000 dan tempoh pembiayaan yang panjang selama 10 tahun. Ciri sampingan yang jarang ditawarkan oleh pelan pinjaman lain seperti penyatuan hutang dan tunggakan CCRIS boleh mohon juga buat pinjaman ini sesuai dimohon oleh mereka yang mempunyai masalah kewangan.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan KOWAMAS e-Wawasan

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak KOWAMAS – Koperasi Wawasan Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak KOWAMAS – Koperasi Wawasan Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd. atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak KOWAMAS – Koperasi Wawasan Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak KOWAMAS – Koperasi Wawasan Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang KOWAMAS e-Wawasan?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

98 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right