Hong Leong Personal Loan

Hong Leong Personal Loan
Hong Leong Bank Berhad
Pinjaman daripada Hong Leong Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman RM5000 hingga RM150000
Tempoh Pinjaman 24 hingga 60 Bulan
Kadar Faedah Tahunan 9% p.a hingga 12.5% p.a
Sektor Pekerjaan Pesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Keputusan Pantas (Fast Approval)
Tempoh Keputusan Lulus 48 jam hari bekerja

Hong Leong Personal Loan adalah pinjaman peribadi daripada Hong Leong Bank Berhad. Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar, oleh itu anda tidak perlu menyediakan cagaran atau mengemukakan sebarang penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pihak Hong Leong menawarkan pinjaman peribadi ini kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira sektor pekerjaan. Dalam erti kata lain, pinjaman Hong Leong Pinjaman Peribadi dibuka permohonan kepada kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun, swasta, bekerja sendiri dan juga para pesara.

Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan dengan gaji kasar tidak kurang dari RM2,000 untuk melayakkan anda mohon Hong Leong Personal Loan. Anda boleh mohon dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun. Ini adalah satu jumlah pembiayaan yang tinggi antara pelan pinjaman peribadi konvensional tak bercagar. Caj kadar faedah yang dikenakan pula adalah serendah 9% p.a, dan ini adalah kadar faedah tetap.

Pelan pembiayaan peribadi Hong Leong ini juga sangat sesuai bagi mereka yang inginkan wang segera. Anda boleh tahu keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

Terdapat banyak lagi kelebihan-kelebihan Hong Leong Personal Loan berbanding pinjaman peribadi lain di Malaysia. Teruskan baca untuk tahu apakah kelebihan-kelebihan tersebut, syarat kelayakan lengkap yang perlu anda patuhi untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, caj dan fi  yang dikenakan, dan juga bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Hong Leong Personal Loan

Sebagai antara perintis pinjaman peribadi konvensional tak bercagar di Malaysia, Hong Leong Personal Loan memberikan beberapa ciri menarik untuk pemohon. Berikut adalah kelebihan-kelebihan pada pinjaman peribadi Hong Leong.

  • Ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia
    Pinjaman ini ditawarkan kepada semua warganegara tanpa mengira sektor pekerjaan anda.
  • Tidak perlu cagaran atau penjamin
    Pinjaman peribadi Hong Leong ini tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin untuk anda mohon.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel
    Jumlah pembiayaan yang ditawarkan untuk Hong Leong Personal Loan bermula dari RM5,000 sehingga mencecah RM150,000. Antara jumlah pembiayaan yang tinggi bagi pinjaman peribadi konvensional.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Hong Leong Bank menawarkan tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga menjangkau 5 tahun.
  • Keputusan permohonan dalam tempoh 48 jam
    Pinjaman ini menawarkan tempoh keputusan yang sangat pantas. Anda boleh tahu keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 48 jam (hari bekerja) dari tarikh anda mohon.
  • Tiada caj proses
    Hong Leong tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan (processing fee) untuk pinjaman ini.
  • Tiada caj penamatan awal
    Tidak seperti sesetengah pinjaman peribadi konvensional, pihak Hong Leong Bank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination penalty) sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman ini lebih awal dari tempoh kontrak.
  • Saluran bayaran ansuran bulanan yang fleksibel
    Anda boleh buat bayaran ansuran bulanan melalui pelbagai saluran seperti perbankan Internet, deposit tunai melalui mesin CDM, bayaran di kaunter, atau arahan bayar (standing instruction) melalui bank pilihan anda.
  • Rebat tunai
    Jika bayaran semula anda cantik tanpa sebarang tunggakan, Hong Leong akan memberikan rebat tunai (cashbank) sebanyak 20% kepada kadar faedah yang dibayar (tertakluk kepada terma dan syarat).

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan memohon untuk pinjaman peribadi Hong Leong Personal Loan.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 sebulan (atau lebih) atau RM24,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Hong Leong Personal Loan, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman peribadi Hong Leong Personal Loan.

Untuk Kakitangan Swasta/Kerajaan/GLC/Pesara

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan 3 bulan slip gaji/penyata bayaran pencen terkini.
  3. Salinan penyata KWSP terkini.
  4. Borang EA terkini.

Untuk Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Lesen Operasi.
  3. Salinan 6 bulan penyata bank syarikat terkini.
  4. Salinan Borang B terkini.

Jadual Bayaran Bulanan Hong Leong Personal Loan

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Hong Leong Personal Loan. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Hong Leong Personal Loan
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj-caj yang dikenakan oleh Hong Leong Bank Berhad terhadap pinjaman peribadi Hong Leong Personal Loan.

  1. Caj duti setem (Stamp Duty) sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman (ditolak daripada pinjaman yang lulus).
  2. Caj lewat bayar (Late Penalty Fee) sebanyak 1% daripada jumlah baki pinjaman.

Hong Leong tidak mengenakan sebarang caj proses atau caj penamatan awal (Early Termination Fee).

Cara Mohon Hong Leong Personal Loan

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Jika anda berminat untuk memohon pinjaman peribadi Hong Leong Personal Loan, anda boleh mohon dengan mengunjungi cawangan Hong Leong Bank terdekat.

Review Hong Leong Personal Loan

Hong Leong Personal Loan yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank Berhad adalah skim pembiayaan peribadi konvensional yang tidak memerlukan cagaran mahupun penjamin. Pinjaman ini sangat menarik kerana ia dibuka kepada setiap sektor pekerjaan, termasuk pesara. Satu lagi ciri menarik pinjaman ini ialah amaun fasiliti yang diberikan sehingga mencecah RM250,000, dan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun. Kadar faedah yang dikenakan juga agak tinggi berbanding pinjaman lain di Malaysia. Jika anda mencukupi syarat-syarat yang dikenakan oleh Hong Leong untuk pinjaman ini, anda boleh cuba memohon kerana pinjaman ini adalah pinjaman peribadi dengan kadar lulus yang tinggi.

thumbs-up
Kelebihan
  • Kadar lulus yang tinggi.
  • Keputusan permohonan dalam tempoh 48 jam.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Syarat kelayakan yang longgar.
  • Rebat tunai 20% bagi yang terpilih.
thumbs-down
Kekurangan
  • Kadar faedah yang sedikit tinggi.
Rating
4/5

Soalan Lazim Hong Leong Personal Loan

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Hong Leong Personal Loan
Apakah Hong Leong Personal Loan?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Konvensional Tidak Bercagar ditawarkan oleh Hong Leong Bank Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Hong Leong Personal Loan?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM150000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 60 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Hong Leong Personal Loan di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 48 jam hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Hong Leong Bank Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Hong Leong Bank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Hong Leong Personal Loan.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Hong Leong Personal Loan yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Hong Leong Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Hong Leong Bank Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Hong Leong Bank Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Hong Leong Personal Loan. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Hong Leong Personal Loan.

Ada soalan tentang Hong Leong Personal Loan?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right