Akan dibuka dalam tab baharu

Pinjaman Peribadi Maybank

Maybank Personal Loan
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM5000 - RM100000
Kadar Faedah
6.5% p.a - 8.0% p.a
Tempoh Pinjaman
24 - 72 bulan
Kelayakan Gaji
RM3500
Tempoh Lulus
48 jam hari bekerja

Pinjaman Peribadi Maybank (Maybank Personal Loan) adalah sebuah pelan pinjaman peribadi konvensional daripada Malayan Banking Berhad (Maybank) Malaysia, bank terbesar di Malaysia. Pinjaman peribadi Maybank ini adalah antara pelan pinjaman yang popular dan sering dimohon berikutan ciri-ciri menarik yang ditawarkan.

Sekiranya anda sedang mencari pembiayaan Islamik Maybank dan bukan pinjaman konvensional, rujuk Pembiayaan Peribadi-i Maybank.

Sebagai permulaan, pinjaman Maybank Ini adalah pinjaman peribadi tidak bercagar, oleh itu anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau mengemukakan penjamin untuk layak mohon. 

Personal loan Maybank ini adalah antara pelan yang menawarkan permohonan kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira sektor pekerjaan. Dalam erti kata lain, tidak kira anda berkhidmat di sektor awam atau swasta, bekerja sendiri mahupun telah bersara – anda boleh mohon pinjaman peribadi Maybank ini.

Syarat kelayakan untuk mohon Maybank Personal Loan juga tidak begitu membebankan. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan gaji kasar bulanan tidak kurang daripada RM3,500, atau pendapatan tahunan tidak kurang dari RM42,000.

Jika anda layak, anda boleh mohon jumlah pinjaman minimum serendah RM5,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum RM100,000 dengan tempoh pembiayaan antara 2 hingga 6 tahun. Kadar faedah tahunan yang dikenakan loan peribadi Maybank ini adalah berpatutan, iaitu bermula dari serendah 6.5% setahun (p.a). 

Antara faktor yang buat pinjaman peribadi Maybank ini popular dan sering dimohon ialah tempoh lulus yang pantas. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih daripada 48 jam untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman peribadi Maybank anda.

Tidak lupa juga kelebihan penyatuan hutang atau debt consolidation Maybank yang ditawarkan bersama pinjaman ini. Anda boleh menyatukan semua hutang yang sedia ada ke dalam satu pinjaman untuk menguruskan kewangan dengan lebih efisien.

Anda juga tidak perlu risau tentang caj tersembunyi kerana Maybank tidak mengenakan sebarang caj sekiranya permohonan anda lulus – tiada caj proses dan tiada caj duti setem. Walau bagaimanapun, anda perlu membayar fi penyelesaian awal sekiranya anda ingin menyelesaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh matang.

Berminat untuk mohon Pinjaman Peribadi Maybank? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk tahu syarat kelayakan lengkap, dokumen yang diperlukan, jadual bayaran ansuran bulanan, dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online) untuk mendapatkan wang tunai yang anda perlukan.

Kelebihan Pinjaman Peribadi Maybank

Pinjaman Peribadi Maybank ini menawarkan beberapa kelebihan berbanding pelan pinjaman peribadi konvensional yang lain di Malaysia.

Tidak Perlu Penjamin dan Cagaran

Jangan risau tentang penjamin kerana pelan ini adalah pinjaman tidak bercagar dan tidak perlu penjamin atau cagaran. Lulus atau tidak permohonan anda bergantung sepenuhnya kepada kelayakan.

Semua Sektor Pekerjaan Boleh Mohon

Tidak seperti institusi kewangan lain yang hanya menawarkan pelan pinjaman peribadi mereka kepada sektor pekerjaan tertentu, Maybank Personal Loan dibuka permohonan kepada semua individu, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, kakitangan badan berkanun, kakitangan swasta, mereka yang bekerja sendiri, dan juga pesara.

Jumlah dan Tempoh Pinjaman Sangat Fleksibel

Produk pinjaman peribadi Maybank ini menawarkan jumlah dan tempoh pinjaman yang sangat fleksibel. Anda boleh pilih untuk mohon jumlah dari RM5,000 hingga RM100,000. Tempoh bayaran ansuran bulanan yang dibenarkan pula ialah 24 bulan hingga 72 bulan.

Walaubagaimanapun, anda perlu faham yang Maybank berhak untuk menawarkan jumlah dan tempoh pinjaman berdasarkan kelayakan anda. Contohnya jika anda mohon RM100,000 tetapi Maybank menawarkan hanya RM50,000 – anda perlu terima tawaran tersebut dan tidak boleh membatalkan permohonan anda.

Kadar Faedah Juga Fleksibel Berpatutan

Kadar faedah pinjaman peribadi Maybank adalah bergantung kepada jumlah pinjaman anda. Rujuk jadual di bawah supaya anda lebih mudah faham.

Kadar Faedah Tetap (setahun) Jumlah Pinjaman (RM)
8% 5,000 – 20,000
7% 20,001 – 50,000
6.5% 50,001 – 100,000

Walaubagaimanapun, kadar keuntungan efektif mungkin akan berbeza bergantung kepada tempoh pembiayaan dan jumlah pinjaman.

Tempoh Kelulusan Pantas

Pihak Maybank menjanjikan tempoh memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi Maybank anda dalam tempoh tidak lebih daripada 48 jam hari bekerja. Keputusan lebih pantas bagi pelanggan yang gaji bulanannya dikreditkan terus ke akaun Maybank dengan proses permohonan yang mudah dan ringkas melalui aplikasi MAE.

Ciri Penyatuan Hutang

Satukan semua hutang anda ke dalam pinjaman peribadi Maybank. Sama ada hutang pinjaman peribadi atau hutang kad kredit, anda boleh menghimpunkan hutang semasa ke dalam pelan pinjaman ini. Urus kewangan anda dengan lebih mudah dengan satu ansuran bulanan sahaja.

Tiada Sebarang Caj Tambahan

Tiada caj proses dan tiada caj duti setem! Anda dapat had pembiayaan yang lebih tinggi tanpa sebarang potongan pada jumlah pinjaman yang lulus.

Pelan Perlindungan Peribadi Sehingga RM100,000

Dapatkan pelan perlindungan bersama Maybank Personal Loan anda dengan Pelan Insurans Pengurangan Tempoh dari Etiqa Life Insurance Berhad. Pelan ini melindungi pembiayaan sehingga RM100,000. Tawaran ini adalah pilihan, dan tidak wajib.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon yang perlu anda patuhi sebelum anda mohon.

Syarat kelayakan umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur dari 21 hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM3,500 sebulan, atau RM42,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia seperti Bank, Koperasi Kredit, atau Syarikat Kredit Komuniti (Pinjaman Wang Berlesen).
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas/Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Syarat untuk kakitangan kerajaan

  • Status pekerjaan adalah tetap.

Syarat untuk kakitangan swasta dan GLC

  • Telah bekerja lebih dari 6 bulan dengan syarikat yang sama.
  • Mempunyai caruman KWSP minimum 6 bulan caruman.

Syarat Untuk Individu Bekerja Sendiri

  • Mempunyai syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) minimum setahun.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pinjaman Peribadi Maybank, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Terdapat banyak carian tentang pinjaman Maybank tanpa slip gaji. Walau bagaimanapun, pelan ini memerlukan slip gaji untuk mohon. Berikut adalah dokumen-dokumen yang anda perlu sediakan untuk mohon loan peribadi Maybank.

Dokumen untuk Kakitangan Kerajaan/Swasta/GLC

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  • Salinan slip gaji terkini.
  • Borang EA terkini.
  • Borang BE terkini dengan resit bayaran cukai.
  • Salinan 3 bulan penyata bank kemasukan gaji (Pilihan).

Dokumen untuk Individu Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Bukti pendapatan: Salinan 6 bulan penyata bank syarikat atau Borang BE atau e-Form BE dengan resit bayaran cukai.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Peribadi Maybank

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pinjaman Peribadi Maybank. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pinjaman Peribadi Maybank
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Maybank tidak mengenakan sebarang caj proses mahupun caj duti sekiranya permohonan lulus. Dalam erti kata lain peminjam akan dapat full disbursement ke dalam akaun.

Walaubagaimanapun, caj berikut masih dikenakan.

  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari nilai tunggakan.
  • Caj penamatan awal sebanyak RM200 atau 3% daripada baki pinjaman (yang mana lebih tinggi).

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Maybank

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pinjaman Peribadi Maybank melalui kaedah berikut:

Mohon melalui cawangan Maybank

Anda boleh mohon pinjaman Maybank melalui cawangan Maybank berdekatan anda.

Mohon melalui laman sesawang Maybank2u

Cara untuk mohon Pinjaman Peribadi Maybank melalui Maybank2u.

  1. Daftar masuk di laman web Maybank2u.
  2. Pilih menu “Apply” di bahagian atas sebelah kanan, pilih “Personal Loan / FInancing-i” dan klik “APPLY NOW”.
  3.  Masukkan maklumat gaji kasar bulanan (gross income).
  4. Bersetuju dengan pihak Maybank terhadap semakan sejarah/kesihatan kredit anda, klik “PROCEED”.
  5. Lengkapkan butiran permohonan loan anda seperti jumlah dan tempoh pinjaman, kemudian klik “SAVE & NEXT”.
  6. Pilih pelan perlindungan pinjaman yang ditawarkan sekiranya perlu. Ini adalah pilihan dan tidak wajib. Klik “PROCEED”.
  7. Lengkapkan butiran peribadi dan klik “SAVE & NEXT”.
  8. Lengkapkan butiran pekerjaan dan klik “SAVE & NEXT”.
  9. Lengkapkan maklumat tambahan klik “SAVE & NEXT”.
  10. Semak butiran anda dan klik “CONFIRM” untuk menghantar permohonan pinjaman peribadi Maybank anda.

Mohon melalui aplikasi MAE

Berikut adalah cara untuk mohon melalui aplikasi MAE.

  1. Buka aplikasi MAE dan tap pada ikon “Apply”.
  2. Pilih “Loans” > Personal Loan / Financing-i.
  3. Masukkan maklumat gaji kasar bulanan (gross income), tap “Agree & Confirm”.
  4. Bersetuju dengan pihak Maybank terhadap semakan sejarah/kesihatan kredit anda, klik “Proceed”.
  5. Lengkapkan butiran permohonan loan anda seperti jenis loan, jumlah dan tempoh pinjaman, kemudian klik “Save & Next”.
  6. Pilih pelan perlindungan pinjaman yang ditawarkan sekiranya perlu. Ini adalah pilihan dan tidak wajib. Klik “Proceed”.
  7. Lengkapkan butiran peribadi dan klik “Save & Next”.
  8. Lengkapkan butiran pekerjaan dan klik “Save & Next”.
  9. Lengkapkan maklumat tambahan klik “Save & Next”.
  10. Semak butiran anda dan klik “Confirm” untuk menghantar permohonan pinjaman peribadi Maybank anda.

Permohonan melalui Maybank2u atau MAE akan diproses serta-merta oleh pihak Maybank, dan dalam sesetengah kes akan mendapat keputusan permohonan dalam tempoh segera. Untuk permohonan melalui cawangan pula, Maybank akan memproses permohonan anda dan akan memberi jawapan dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam jika semua dokumen lengkap. Setelah lulus, duit akan dikreditkan kepada akaun Maybank anda, simpanan (savings account) atau semasa (current account).

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira jenis kerja.
  • Tiada caj proses dan caj setem duti.
  • 100% disbursement.
  • Keputusan permohonan pantas.
  • Kadar faedah berpatutan
Kekurangan
  • Syarat kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.
  • Caj penamatan awal yang agak tinggi.

Maybank Personal Loan adalah pelan pinjaman peribadi yang popular di negara kita, selari dengan status Maybank sebagai institusi kewangan terbesar di Malaysia. Antara faktor yang membuatkan pelan ini popular dan sering dimohon adalah kerana pelan ini ditawarkan kepada semua warganegara tanpa mengira status pekerjaan. Tempoh lulus yang pantas juga menjadikan ini antara pilihan utama bagi mereka yang memerlukan wang dengan kadar segera. Kadar faedah yang dikenakan juga berpatutan dan tidak membebankan. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan pendapatan minimum yang dikenakan sedikit tinggi – RM3,500 sebulan mungkin buat mereka yang berpendapatan rendah sukar untuk mohon. Jika layak dan memenuhi syarat kelayakan memohon, nak pakai duit segera – mohonlah loan peribadi Maybank ini.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pinjaman Peribadi Maybank

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad).

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pinjaman Peribadi Maybank?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

147 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right