Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM100000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 6.86% p.a
Sektor Pekerjaan Pesara
Kelayakan Gaji Gaji Bersih RM800 sebulan atau RM9600 setahun
Had Umur 45 hingga 65 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Pendapatan Rendah
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara adalah skim pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia). Pinjaman peribadi Bank Rakyat ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah dengan menggunakan konsep “Tawarruq”. Skim pembiayaan Bank Rakyat ini juga adalah pinjaman tidak bercagar. Anda tidak perlu cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Seperti namanya, Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Untuk Pesara ini ditawarkan kepada para pesara, khususnya pesara kerajaan dan pesara Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jika anda adalah pesara, anda boleh buat pinjaman dari serendah RM5,000 hingga mencapai RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pinjaman ini mengenakan caj kadar keuntungan tetap yang sangat berpatutan, iaitu hanya 6.86% p.a.

Syarat kelayakan yang dikenakan juga tidak membebankan. Pemohon cuma perlu berumur antara 45 hingga 65 tahun dengan pendapatan pencen bulanan tidak kurang dari RM800 setiap bulan. Pihak Bank Rakyat juga tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan jika permohonan anda lulus dan juga tiada caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.

Jika anda adalah pesara awam atau pesara tentera dan berminat untuk memohon pinjaman ini, baca lebih lanjut tentang ciri-ciri Bank Rakyat Personal Financing-i For Pensioner seperti syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara mempunyai beberapa kelebihan yang ditawarkan khusus untuk para pesara awam, termasuk pesara tentera. Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan yang Bank Rakyat Personal Financing-i.

  • Dibuka untuk pesara kerajaan dan pesara tentera
    Tidak banyak pinjaman peribadi yang ditawarkan bank khusus untuk para pesara. Oleh itu pinjaman peribadi dari Bank Rakyat ini adalah sangat unik.
  • Pinjaman peribadi Islamik patuh Syariah
    Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang 100% patuh Syariah dengan konsep ‘Tawarruq‘.
  • Tidak perlu cagaran dan penjamin
    Pinjaman peribadi Bank Rakyat ini adalah pinjaman peribadi tidak bercagar, jadi anda tidak perlu cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini.
  • Amaun fasiliti yang fleksibel
    Bank Rakyat menawarkan jumlah pembiayaan dari RM5,000 sehingga RM100,000 maksimum.
  • Jumlah lulus yang tinggi
    Jumlah yang lulus boleh mencecah sehingga 15 kali ganda pencen bulanan anda. Contoh, jika jumlah pencen bulanan anda ialah RM1,000, anda boleh memohon sehingga RM15,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Bank Rakyat menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan (1 tahun) hingga 120 bulan (10 tahun) untuk pinjaman ini.
  • Tiada caj pemprosesan
    Tiada caj proses untuk pinjaman ini seperti yang dikenakan kebanyakan bank.
  • Tiada caj penamatan awal
    Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal, malah akan memberikan rebat (Ibra’) jika anda ingin menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh perjanjian.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat yang dikenakan Bank Rakyat untuk memohon pinjaman Bank Rakyat Personal Financing-i for Pensioner.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 45 ke atas; dan berumur 65 tahun atau ke bawah pada tarikh terakhir penamatan kontrak
  • Pesara kerajaan atau pesara tentera.
  • Pencen bulanan RM800 sebulan (atau lebih) atau RM9,600 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Anda tidak memerlukan penjamin untuk memohon pinjaman ini. Tetapi dalam sesetengah kes, Bank Rakyat mungkin akan meminta anda untuk menyediakan penjamin.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan untuk memohon pinjaman Bank Rakyat Personal Financing-i untuk Pesara.

Pesara di Bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan & belakang.
  2. Salinan Kad Pesara Kerajaan.
  3. Salinan penyata pencen.

Pesara di Bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan & belakang.
  2. Salinan Kad Pesara Tentera.
  3. Salinan “Ledger Pensioner”.

Jadual Bayaran Bulanan Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj-caj yang akan dikenakan oleh Bank Rakyat sekiranya permohonan pinjaman peribadi anda diluluskan.

  1. Caj setem duti 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  2. Caj ‘Wakalah’ atau caj agensi berjumlah RM28.30.
  3. Caj Insurans Takaful (tak wajib ambil).
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada baki pinjaman jika anda lewat membayar ansurans bulanan anda.

Bank Rakyat akan memberikan rebat (Ibra’) daripada baki pinjaman sekiranya anda berhasrat menyelesaikan baki pinjaman lebih awal daripada tempoh kontrak.

Cara Mohon Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat Personal Financing-i untuk Pesara cawangan Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia) berdekatan anda.

Review Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

Bank Rakyat Personal Financing-i untuk Pesara adalah skim pembiayaan peribadi unik yang dikhususkan khas untuk pesara awam dan juga pesara tentera. Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik tanpa cagaran yang menggunakan konsep ‘Tawarruq’. Pelan pinjaman peribadi ini mempunyai pelbagai ciri menarik seperti syarat keperluan pendapatan bulanan yang rendah, tidak memerlukan cagaran, kelayakan umur yang fleksibel, dan jumlah pembiayaan sehingga 15 kali ganda jumlah pencen. Kelebihan-kelebihan ini membuatkan pinjaman peribadi untuk pesara awam dan pinjaman peribadi untuk pesara tentera ini sangat sesuai dimohon oleh mereka yang telah pencen.

thumbs-up
Kelebihan
  • Syarat kelayakan gaji yang rendah.
  • Kadar keuntungan tetap dan rendah.
  • Kelulusan sehingga 15 kali ganda pendapatan.
  • Kelayakan umur sehingga 65 tahun.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
thumbs-down
Kekurangan
  • Sesetengah kes memerlukan penjamin.
Rating
4/5

Soalan Lazim Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara
Apakah Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Pesara dengan had umur dari 45 hingga 65 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM100000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down
Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad), sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara.

Ada soalan tentang Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

125 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right