Hong Leong Islamic Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik daripada Hong Leong Islamic Bank. Hong Leong Islamic Bank adalah anak syarikat kepada Hong Leong Bank Berhad dan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia.
Sebagai pinjaman Islamik, pelan Islamic Personal Financing-i adalah 100% patuh Syariah. Pinjaman ini juga adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu pemohon tidak perlu menyediakan cagaran atau mengemukakan penjamin untuk mohon pinjaman ini.
Pihak Hong Leong Islamic membuka permohonan pelan pembiayaan ini kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Malangnya pinjaman ini tidak ditawarkan kepada kakitangan sektor awam.
Syarat kelayakan untuk mohon adalah anda berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000. Sekiranya anda layak untuk mohon Hong Leong Islamic Pembiayaan Peribadi-i, anda boleh mohon sehingga RM150,000 – satu jumlah pinjaman yang tinggi untuk pinjaman peribadi tak bercagar. Tempoh pembiayaan maksimum pula adalah sehingga 5 tahun dengan caj kadar keuntungan yang berpatutan, iaitu 9.0% p.a.
Salah satu ciri menarik pinjaman ini ialah tempoh kelulusan yang sangat pantas. Pihak Hong Leong Islamic hanya perlukan tidak lebih dari 48 jam hari bekerja untuk memproses permohonan pinjaman Hong Leong Islamic Personal Financing-i anda.
Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik dan kelebihan pinjaman ini berbanding pinjaman lain, apakah syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj yang dikenakan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).