Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Amanah Personal Financing-i

HSBC Amanah Personal Financing-i
Pinjaman daripada HSBC Bank Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM6000 - RM250000
Kadar Keuntungan
4.88% p.a - 10.5% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 84 bulan
Kelayakan Gaji
RM3000
Tempoh Lulus
3 hari bekerja

HSBC Amanah Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh HSBC Amanah Malaysia Berhad, sebuah anak syarikat HSBC Bank Malaysia Berhad. HSBC Amanah menawarkan produk dan perbankan Islamik.

HSBC adalah antara bank terawal yang menawarkan perbankan Islam di Malaysia, seawal tahun 1994. HSBC Amanah diperbadankan pada tahun 2004 dengan misi utama untuk meningkatkan kualiti perbankan Islam di negara kita.

Pinjaman peribadi HSBC Amanah Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi tak bercagar yang berasaskan konsep Syariah Wakalah berasaskan Komoditi Murabahah. Kelebihan konsep ini adalah pinjaman ini ditawarkan dengan kadar keuntungan tetap. Oleh kerana ini adalah pinjaman tak bercagar, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Jumlah pinjaman yang dibenarkan  untuk HSBC Amanah Personal Financing-i adalah sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah berpatutan dengan kadar tetap bermula dari serendah 4.88% p.a.

HSBC Amanah menawarkan pelan pinjaman peribadi ini kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira apa sektor pekerjaan anda, dan juga kepada para pesara yang cukup syarat kelayakan. Dalam erti kata lain, tidak kira anda adalah kakitangan awam, swasta, mahupun pesara – anda layak untuk mohon pinjaman HSBC ini.

Anda hanya perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan dalam bentuk gaji kasar tidak kurang dari RM36,000.

Pinjaman HSBC ini juga amat sesuai bagi mereka yang ingin pinjaman segera kerana anda hanya perlu tunggu 3 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri pinjaman ini, syarat-syarat yang dikenakan, dokumen yang diperlukan, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon HSBC Amanah Personal Financing-i secara atas talian (online).

Kelebihan HSBC Amanah Personal Financing-i

Banyak ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh HSBC menerusi HSBC Amanah Personal Financing-i. Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan pinjaman peribadi Islamik ini berbanding pinjaman lain di Malaysia.

  • Tempoh kelulusan segera
    Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik dengan kelulusan segera. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih dari 3 hari untuk tahu keputusan permohonan anda. Duit pinjaman pula akan dipindahkan ke akaun bank anda dalam tidak lebih dari 48 jam selepas pinjaman anda lulus.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan
    HSBC Amanah Personal Financing-i adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan, termasuk mereka yang bekerja sendiri dan juga para pesara.
  • Kadar keuntungan tetap yang berpatutan
    Dengan konsep Syariah Wakalah, HSBC memberikan kadar faedah tetap untuk pinjaman ini. Caj kadar keuntungan juga tidak membebankan berbanding pinjaman peribadi Islamik yang lain.
  • Amaun fasiliti yang fleksibel
    HSBC membenarkan jumlah pembiayaan dari RM6,000 sehingga jumlah maksimum RM250,000. Walau bagaimanapun, jumlah RM150,000 hanya boleh dimohon oleh mereka yang telah mempunyai rekod pinjaman dengan HSBC Amanah. Jika anda adalah pelanggan baru, anda hanya boleh mohon sehingga RM120,000 sahaja – masih lagi jumlah yang besar.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    HSBC menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun untuk pelanggan HSBC/HSBC Amanah. Untuk pelanggan baru tempoh pembiayaan maksimum yang ditawarkan ialah 5 tahun. Ini adalah tempoh yang panjang bagi pinjaman Islamik tanpa penjamin dan tanpa cagaran.
  • Tiada caj proses dan caj setem duti
    HSBC Amanah tidak mengenakan sebarang caj proses. Tiada juga caj setem duti untuk pinjaman HSBC Amanah Personal Financing-i.
  • Tiada caj penamatan awal
    Pinjaman ini tidak mempunyai caj penamatan awal (early termination fee) sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh kontrak.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat yang dikenakan oleh HSBC Amanah untuk permohonan pinjaman peribadi HSBC Amanah Personal Financing-i.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun (pada tarikh akhir penamatan kontrak).
  • Berpendapatan RM3,000 sebulan (atau lebih) atau RM36,000 setahun (atau lebih) untuk pemegang akaun HSBC atau HSBC Amanah.
  • Berpendapatan RM5,000 sebulan (atau lebih) atau RM60,000 setahun (atau lebih) untuk bukan pelanggan HSBC atau HSBC Amanah.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon HSBC Amanah Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon HSBC Amanah Personal Financing-i adalah bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon.

Untuk Pekerja Bergaji Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salah satu daripada dokumen berikut:
    – Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
    – Salinan borang BE terkini dengan resit pembayaran cukai, Borang EA atau penyata caruman KWSP terkini.
    – Salinan pengesahan jawatan (jika bekerja kurang dari 3 bulan).

Untuk Pekerja Gaji Tak Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salah satu daripada dokumen berikut:
    – Salinan slip gaji 3 bulan terkini atau Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
    – Salinan Borang BE terkini dengan resit pembayaran cukai, atau Salinan penyata caruman KWSP terkini, atau Salinan penyata komisyen tahunan.

Untuk Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salah satu daripada dokumen berikut:
    – Salinan Borang B terkini dengan resit bayaran cukai atau CP02, atau Salinan penyata caruman KWSP terkini.
    – Salinan penyata kewangan yang diaudit, atau  Akaun untung rugi. – Salinan perdaftaran syarikat.

Dokumen-dokumen ini adalah dokumen asas yang diperlukan. HSBC mungkin meminta dokumen tambahan semasa memproses permohonan anda jika diperlukan.

Jadual Bayaran Bulanan HSBC Amanah Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment HSBC Amanah Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran HSBC Amanah Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj atau fi yang akan dikenakan sekiranya permohonan pinjaman HSBC Amanah Pembiayaan Peribadi-i anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj setem duti 0.5% daripada amaun pinjaman yang lulus.
  3. Tiada caj penamatan awal (early termination fee) yang dikenakan.
    Anda perlu memberi notis sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum membuat penamatan awal.
  4. Caj lewat bayar (late payment penalty) sebanyak 1% daripada baki pinjaman.

Cara Mohon HSBC Amanah Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh memohon pinjaman peribadi HSBC Amanah Personal Financing-i dengan mengunjungi cawangan HSBC Amanah berdekatan.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Keputusan permohonan yang pantas.
  • Kadar keuntungan tetap.
  • Tiada caj pemprosesan termasuk caj duti setem.
  • Dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
Kekurangan
  • Kelayakan gaji minimum yang tinggi, terutama bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun HSBC atau HSBC Amanah.

HSBC Amanah Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik tanpa cagaran yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira apa sektor pekerjaan anda. Pinjaman ini dibuka kepada para pesara yang mempunyai bayaran pencen tetap bulanan. Apa yang membuatkan skim pinjaman peribadi ini sangat menarik ialah HSBC tidak mengenakan sebarang caj, termasuk tiada caj duti setem seperti kebanyakan pinjaman peribadi yang lain. Pinjaman ini juga antara pinjaman peribadi dengan keputusan lulus segera. HSBC hanya memerlukan 72 jam untuk memproses permohonan anda. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji minimum yang diletakkan agak tinggi, terutama untuk pemohon yang tidak mempunyai akaun HSBC. Faktor ini mungkin buat pemohon mencari alternatif lain jika boleh.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan HSBC Amanah Personal Financing-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak HSBC Bank Malaysia Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak HSBC Bank Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak HSBC Bank Malaysia Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang HSBC Amanah Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

10 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right