Pinjaman peribadi Pinjaman Habis Bulan

Pinjaman habis bulan atau dikenali sebagai Payday Loan adalah jenis pinjaman jangka masa singkat yang ditawarkan oleh institusi kewangan kepada individu yang memerlukan tunai segera dalam tempoh yang pantas. Pinjaman ini selalunya ditawarkan oleh syarikat Kredit Komuniti, dahulunya dikenali sebagai syarikat Pinjaman Wang Berlesen (PPW) atau Pinjaman Berlesen.

Pinjaman habis bulan (Payday loan)

Jenis pinjaman ini mempunyai tempoh pinjaman yang singkat, di mana pinjaman hanya ditawarkan dalam tempoh sebulan. Peminjam kemudiannya perlu buat bayaran penuh apabila menerima gaji pada hujung bulan. Oleh itu pinjaman habis bulan juga dikenali sebagai pinjaman gaji atau pinjaman harian.

Pinjaman habis bulan adalah pinjaman tidak bercagar. Jadi anda tidak perlu sediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini. Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mohon pinjaman ini juga selalunya tidak terlalu ketat berbanding pinjaman dengan tempoh jangka masa panjang.

Malah sesetengah syarikat pinjaman berlesen atau kredit komuniti membenarkan pemohon yang mempunyai senarai hitam (blacklist) di CTOS atau tunggakan bayaran di laporan CCRIS untuk mohon pinjaman ini. Tempoh keputusan permohonan juga lebih pantas. Seringkali pemohon akan dapat keputusan permohonan pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, caj kadar faedah atau caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan untuk pinjaman gaji atau payday loan selalunya lebih tinggi daripada pinjaman jangka masa panjang. Tetapi ini adalah perkara biasa kerana institusi kewangan yang menawarkan pinjaman jenis ini perlu menanggung risiko yang lebih tinggi berbanding pinjaman jangka panjang.

Di bawah ialah senarai pelan pinjaman habis bulan. Pilih pelan pinjaman yang anda ingini untuk maklumat lanjut seperti ciri pinjaman, syarat kelayakan mohon, dokumen diperlukan, caj yang dikenakan, jadual bayaran ansuran bulanan dan bagaimana untuk mohon secara atas-talian (online).

share-nodes
Kongsi

Pinjaman Peribadi Evo Credit

Pinjaman Peribadi Evo Credit
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM400000

calendar-range
Tempoh bayaran

2 - 60 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

12% p.a

Pinjaman peribadi Evo Credit menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM400,000 dengan proses permohonan ringkas dan tempoh lulus segera.

Emicro Personal Loan

Emicro Personal Loan Pembiayaan Peribadi
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM500 - RM10000

calendar-range
Tempoh bayaran

1 - 24 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

18% p.a

Emicro Personal Loan adalah antara pelan pinjaman habis bulan yang popular. Pinjaman habis bulan atau payday loan ini sesuai dimohon untuk mereka yang ingin tunai segera di saat kecemasan. Anda tidak perlu Mohon serendah RM500 sehingga RM3,000 dengan caj kadar faedah tetap yang berpatutan untuk payday loan.