Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej
Pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM10000 - RM150000
Kadar Keuntungan
5.5% p.a - 6.5% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM4000
Tempoh Lulus
5 hari bekerja

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam. Pelan pembiayaan ini juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing-i (non-package).

Bank Islam Malaysia Berhad menawarkan Pembiayaan Peribadi-i Pakej dan Bukan Pakej. Sekiranya anda ingin maklumat lanjut tentang Pembiayaan Peribadi-i Pakej, anda boleh layari laman Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap atau Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung.

Pembiayaan Bank Islam ini adalah pinjaman peribadi Islamik tidak bercagar. Dalam erti kata lain anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pembiayaan peribadi ini.

Bank Islam Personal Financing-i (non-package) ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor awam seperti kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan, kakitangan badan berkanun dan juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta. Anda perlu berumur 18 tahun ke atas sehingga 60 tahun pada tarikh akhir bayaran, dengan pendapatan gaji kasar bulanan tidak kurang daripada RM4,000.

Sekiranya anda layak, anda boleh mohon pembiayaan dari RM10,000 hingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan antara 1 tahun hingga 10 tahun. Walaupun kelayakan gaji minimum yang dikenakan agak tinggi, Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej adalah antara pembiayaan peribadi tak bercagar yang menawarkan caj perkongsian kadar keuntungan tahunan yang sangat rendah, iaitu bermula dari serendah 5.5% p.a.

Selain caj kadar keuntungan yang rendah, antara kelebihan lain pelan pembiayaan Bank Islam ini ialah keputusan mohon yang pantas. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih daripada 5 hari bekerja untuk tahu sama ada anda lulus atau tidak.

Berminat untuk mohon pembiayaan ini? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej ini, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, caj yang dikenakan, jumlah bayaran balik bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam.

Kelebihan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej

Bank Islam adalah antara perintis perbankan Islamik di Malaysia. Jadi tidak menghairankan jika Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej menawarkan beberapa kelebihan dan ciri-ciri menarik berbanding pinjaman peribadi Islamik lain. Berikut adalah ciri-ciri Personal Financing-i non-package.

  • 100% patuh Syariah
    Pelan pembiayaan ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dengan konsep Tawarruq – komoditi Murabahah.
  • Tidak bercagar
    Oleh kerana ini adalah pembiayaan peribadi tak bercagar, anda tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon serendah RM10,000 hingga RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej ini.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk pinjaman ini adalah dari 1 tahun hingga 10 tahun.
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah
    Seperti nama pinjaman ini, Bank Islam menawarkan perkongsian keuntungan tetap (fixed profit rate) yang rendah, iaitu bermula dari 5.5% p.a hingga 6.5% p.a. Kadar keuntungan adalah bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan. Sila rujuk bahagian Jadual Pembayaran Balik untuk maklumat lengkap.
  • Kelulusan pantas
    Anda hanya perlu menunggu kurang dari 5 hari bekerja untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman Bank Islam anda selepas anda menghantar semua dokumen yang diperlukan.
  • Tiada caj proses
    Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i non package anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. Anda juga akan diberikan rebat (Ibra’) oleh Bank Islam.
  • Kaedah bayaran instalmen bulanan yang fleksibel
    Anda boleh buat bayaran bulanan untuk Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej anda melalui Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pindahan gaji ke Bank Islam menerusi Autodebit.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda ingin mohon pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Bekerja/Berkhidmat di salah satu kategori berikut:
    – Kakitangan Kerajaan.
    – Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
    – Kakitangan Swasta (Syarikat Sendirian Berhad tersenarai dalam Pakej Bank Islam).
  • Berpendapatan bulanan RM4,000 (gaji kasar) atau tahunan RM48,000 (gaji kasar).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) daripada AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam dan ingin mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej, berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan surat pengesahan jawatan terkini dari majikan.
  4. Salah satu daripada dokumen di bawah: – Salinan penyata KWSP (EPF) terkini; – Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini. – Salinan penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC).

Jadual Bayaran Bulanan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj atau fi yang akan dikenakan oleh pihak Bank Islam sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i Non-Package anda telah diluluskan.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah lulus.
  3. Caj Agensi (Wakalah) RM50.00.
  4. Pembayaran pendahuluan bersamaan 2 bulan ansuran bulanan. Anda tidak perlu membayar ansuran pada dua bulan pertama tempoh pembiayaan.

Caj-caj lain yang dikenakan untuk pembiayaan ini pula adalah seperti berikut.

  1. Tiada caj penamatan awal. Anda akan diberikan rebat (Ibra’) untuk penamatan awal.
  2. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada baki tunggakan.

Cara Mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej (Non-Package) dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Kelayakan had umur minimum yang rendah.
  • Kadar keuntungan yang rendah.
  • Tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
Kekurangan
  • Kelayakan gaji minimum yang tinggi.
  • Perlu pembayaran pendahuluan sekiranya lulus.
  • Tidak ditawarkan kepada semua kakitangan swasta.

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej adalah salah satu skim pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Bank Islam. Pinjaman ini menawarkan beberapa ciri menarik seperti kelayakan had umur minimum yang rendah, jumlah pembiayaan sehingga RM150,000, tiada caj proses dan caj penamatan awal, dan kelebihan yang paling utama ialah kadar faedah tetap yang sangat rendah jika dibandingkan dengan skim pembiayaan peribadi Islamik lain di Malaysia. Pinjaman peribadi Bank Islam ini juga tidak mengenakan syarat memohon yang ketat, dan dokumen yang diperlukan untuk mohon juga sangat ringkas dan tidak membebankan. Tetapi, walaupun pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan swasta, hanya kakitangan syarikat swasta yang terpilih sahaja yang boleh memohon. Kelayakan gaji minimum yang diperlukan untuk mohon juga agak tinggi iaitu gaji kasar RM4,000 ke atas. Ini menjadikan pelan pinjaman ini mungkin sukar dimohon jika syarikat anda tidak disenaraikan dalam pakej Bank Islam dan kelayakan gaji anda tidak mencukupi.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Islam Malaysia Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

26 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right