Akan dibuka dalam tab baharu

Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera

Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera
Pinjaman daripada Koperasi Tentera
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM500 - RM20000
Kadar Keuntungan
3.65% p.a - 4.25% p.a
Tempoh Pembiayaan
6 - 96 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
1 hari bekerja

Anggota tentera dan ingin pinjaman yang lulus segera? Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera mungkin pelan pinjaman terbaik untuk tujuan anda. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) menawarkan tiga jenis pinjaman express untuk anggota ATM.

Pembiayaan ekspres juga dikenali sebagai ekspres 1 menawarkan jumlah pinjaman dari RM600 hingga RM20,000 dengan tempoh pembiayaan dari 6 hingga 96 bulan. Pembiayaan ekspres 2 pula menawarkan pinjaman sebanyak RM500 hingga RM10,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan. Pinjaman ekpress koperasi tentera terakhir iaitu ekspres 3 membenarkan pinjaman dari RM600 hingga RM6,000 dan tempoh pinjaman hingga 48 bulan. Caj perkongsian kadar keuntungan pula adalah serendah 3.65% setahun (p.a) untuk ekspres 1 dan 2, dan 4.25% setahun untuk ekspres 3.

Ketiga-tiga pinjaman express Koperasi Tentera ini adalah pembiayaan Islamik dengan konsep Bai’ Al Inah, jadi anda boleh mohon tanpa ragu-ragu.

Pelan pembiayaan ekspres ini ditawarkan kepada anggota Koperasi, iaitu anggota Tentera dan juga kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Syarat kelayakan yang dikenakan adalah ringkas iaitu pemohon mestilah berkhidmat melebihi tempoh pembiayaan.

Salah satu ciri menarik pelan pinjaman ini ialah tempoh proses yang sangat pantas. Pihak KT hanya memerlukan 1 hari bekerja untuk memaklumkan keputusan permohonan pembiayaan ekspres anda.

Berminat untuk mohon pinjaman express koperasi tentera? Baca lebih lanjut ciri lengkap pelan ini, syarat kelayakan mohon, dokumen diperlukan, jadual bayaran ansuran pinjaman, caj dikenakan, dan bagaimana untuk mohon pinjaman koperasi tentera online.

Kelebihan Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera

  • Pelan pembiayaan yang fleksibel.
    Pilih antara tiga pelan pembiayaan ekspres yang ditawarkan mengikut keperluan dan kelayakan anda.
  • 100% pembiayaan Islamik.
    Pelan pinjaman ekspres ini adalah pinjaman patuh Syariah dengan konsep pembiayaan Bai’ Al Inah.
  • Syarat kelayakan yang ringkas.
    Pihak Koperasi Tentera mengenakan syarat kelayakan mohon yang tidak membebankan pemohon.
  • Ditawarkan kepada kakitangan awam.
    Pelan ini tidak hanya dibuka permohonan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga ditawarkan kepada kakitangan awam KEMENTAH. Anda hanya perlu menganggotai Koperasi Angkatan Tentera Malaysia untuk mohon.
  • Kadar keuntungan berpatutan.
    Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan adalah antara yang terendah jika dibandingkan dengan pelan pinjaman koperasi yang lain.
  • Tempoh lulus yang sangat pantas.
    Anda hanya perlu tunggu 1 hari bekerja untuk tahu sama ada permohonan anda lulus atau tidak.

Syarat kelayakan untuk mohon

  • Kakitangan Angkatan Tentera Malaysia atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH).
  • Tempoh perkhidmatan melebihi tempoh pembiayaan.
  • Pemohon telah bayar yuran bulanan minimum 6 bulan (anggota baru) atau 12 bulan (kemasukan semula).

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan Diri (MyKad) pemohon.
  2. Salinan penyata gaji terkini pemohon.
  3. Salinan penyata gaji 3 bulan terkini (kakitangan awam).

Dokumen lain mungkin diperlukan bergantung kepada kelayakan pemohon.

Jadual Bayaran Bulanan Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Caj Perkhidmatan

  • Caj duti setem RM5 setiap RM1,000, atau sebahagian daripadanya.
  • Caj untuk pembiayaan baru, RM10 dikenakan.
  • Caj untuk pembiayaan bertindih (overlap), RM20 dikenakan.

Caj Tambahan

  • Bayaran balik akan dikenakan caj tambahan 0.85% setahun (p.a) daripada jumlah pembiayaan untuk menggantikan penjamin.
  • Caj lewat bayar (Ta’widh) akan dikenakan sebagai ganti-rugi atas kelewatan peminjam membayar ansuran bulanan.

Cara Mohon Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman koperasi tentera dengan mengunjungi mana-mana cawangan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Koperasi Tentera.

Anda juga boleh muat turun borang permohonan Pinjaman Express Koperasi Tentera melalui laman web rasmi KT.

Anda juga boleh mohon pinjaman Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera secara atas-talian (online) melalui laman web Koperasi Tentera.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Tempoh lulus pantas.
  • Kadar keuntungan yang rendah,
  • Syarat kelayakan ringkas.
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada anggota koperasi.
  • Jumlah pembiayaan yang rendah.

Sesuai dengan namanya, pelan pembiayaan ini menawarkan pembiayaan yang ringkas dengan tempoh lulus yang sangat pantas. Walaupun jumlah pinjaman yang boleh dimohon adalah lebih rendah berbanding pelan daripada institusi yang lain, ciri-ciri pinjaman ini menawarkan kelebihan lain seperti syarat kelayakan yang ringkas dan juga caj kadar keuntungan yang sangat berpatutan. Walau bagaimanapun, seperti semua pelan pinjaman daripada Koperasi Tentera, pelan ini hanya ditawarkan kepada anggota koperasi dan kakitangan awam yang berkhidmat di MINDEF.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Koperasi Tentera untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Koperasi Tentera. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Koperasi Tentera.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

89 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right