Pinjaman ASB / ASB2 Terbaik 2024

Bandingkan & mohon online
Berikut adalah senarai pelan pinjaman dan pembiayaan ASB/ASB2 daripada bank terpilih. Pilih pelan yang diingini untuk melabur dalam ASB dan klik mohon sekarang untuk maklumat lengkap seperti ciri-ciri, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, dan bagaimana untuk mohon Baca juga maklumat lengkap tentang Pinjaman ASB (ASB Loan) pada bahagian informasi di bawah sekiranya anda ingin maklumat lanjut berhubung pinjaman dan pembiayaan ASB/ASB2.
Pinjaman ASB / ASB2 Terbaik
Cari Pinjaman ASB Terbaik
Panduan Memilih Pinjaman
Soalan Lazim (FAQ)
filter-list

Bandingkan & pilih Pinjaman ASB Terbaik

Masukkan ciri-ciri pinjaman ASB yang anda ingini dan keputusan pelan pinjaman yang paling sesuai dengan pilihan anda akan dipaparkan. Pilih pelan tersebut untuk maklumat lengkap dan mohon online.
square-dollar
calendar-range
building-columns
folder-grid
 
 
RHB Pembiayaan ASB
folder-grid
Jenis Pinjaman
Konvensional
square-dollar
Jumlah Pinjaman
RM20000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
5 – 40 Tahun
badge-percent
Kadar Faedah
Kadar Asas (KA) + 1.65% setahun (p.a)

Pinjaman ASB RHB ini mengenakan caj kadar faedah yang rendah dan tidak membebankan. Mohon serendah RM20,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun.

Bank Islam ASB Financing-i
folder-grid
Jenis Pembiayaan
Islamik
square-dollar
Jumlah Pembiayaan
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pembiayaan
1 – 40 Tahun
badge-percent
Kadar Keuntungan
Kadar Asas (KA) + 1.77% setahun (p.a)

Pinjaman ASB Bank Islam ini boleh dimohon oleh mereka yang bekerja makan gaji, tetap atau kontrak, dan juga individu yang bekerja sendiri. Mohon sehingga umur 70 tahun dengan caj kadar keuntungan rendah.

Maybank Pembiayaan ASB
folder-grid
Jenis Pinjaman
Konvensional
square-dollar
Jumlah Pinjaman
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
5 – 35 Tahun
badge-percent
Kadar Faedah
Kadar Asas (KA) + 1.55% setahun (p.a)

Pelan Maybank Pembiayaan ASB adalah pinjaman ASB konvensional yang menawarkan caj kadar faedah yang berpatutan dengan perlindungan insurans dan pilihan Perlindungan Peribadi Pengurangan Berjangka (PRTA).

Ambank Term Financing-i Secured by ASB/ASB2 Certificate
folder-grid
Jenis Pembiayaan
Islamik
square-dollar
Jumlah Pembiayaan
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pembiayaan
5 – 40 Tahun
badge-percent
Kadar Keuntungan
Kadar Asas (KA) + 0.90% setahun (p.a)

Pelan pembiayaan ASB AmBank ini adalah bertempoh dan dijamin oleh sijil ASB. Mohon pembiayaan sehingga 40 dan bayar caj kadar keuntungan yang rendah dan berpatutan

AmBank Term Loan ASB / ASB2
folder-grid
Jenis Pinjaman
Konvensional
square-dollar
Jumlah Pinjaman
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
5 – 40 Tahun
badge-percent
Kadar Faedah
Kadar Asas (KA) + 0.90% setahun (p.a)

Pelan pinjaman ASB AmBank menawarkan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun dengan jumlah minimum RM10,000. Kadar faedah yang dikenakan adalah antara yang terendah berbanding pelan dari bank lain.

Bank Muamalat Pembiayaan ASB Berjangka-i
folder-grid
Jenis Pembiayaan
Islamik
square-dollar
Jumlah Pembiayaan
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pembiayaan
5 – 25 Tahun
badge-percent
Kadar Keuntungan
Kadar Asas (KA) + 1.24% setahun (p.a)

Pinjaman ASB Bank Muamalat adalah pelan pembiayaan Islamik patuh Syariah dengan tempoh pembiayaan sehingga peminjam berumur 75 tahun.

Pinjaman Affin ASB & ASB2
folder-grid
Jenis Pinjaman
Konvensional
square-dollar
Jumlah Pinjaman
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
5 – 40 Tahun
badge-percent
Kadar Faedah
Kadar Asas (KA) + 1.40% setahun (p.a)

Pihak Affin Bank menawarkan pinjaman ASB Affin dalam bentuk pelan konvensional dengan kadar faedah tahunan yang sangat berpatutan. Buat pinjaman sehingga 40 tahun dengan kadar faedah rendah.

CIMB Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB
folder-grid
Jenis Pembiayaan
Islamik
square-dollar
Jumlah Pembiayaan
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pembiayaan
5 – 40 Tahun
badge-percent
Kadar Keuntungan
Kadar Asas (KA) + 1.20% setahun (p.a)

Pelan pinjaman ASB CIMB menawarkan tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun, atau sehingga peminjam berumur 70 tahun. Caj kadar keuntungan adalah rendah dan tidak membebankan.

Hong Leong ASB-i
folder-grid
Jenis Pembiayaan
Islamik
square-dollar
Jumlah Pembiayaan
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pembiayaan
5 – 35 Tahun
badge-percent
Kadar Keuntungan
Kadar Asas (KA) + 1.62% setahun (p.a)

Pinjaman ASB Hong Leong ini adalah pelan pembiayaan Islamik dengan tempoh pembiayaan yang panjang, Dengan caj kadar asas Islamik yang berpatutan, pelan ini sangat popular di kalangan pelabur.

BSN MyRinggit ASB
folder-grid
Jenis Pinjaman
Konvensional
square-dollar
Jumlah Pinjaman
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
5 – 30 Tahun
badge-percent
Kadar Faedah
Kadar Asas (KA) + 0.85% setahun (p.a)

Pinjaman BSN MyRInggit ASB sesuai bagi pelabur yang ingin buat pinjaman serendah RM10,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun. Kadar faedah adalah tidak membebankan.

Maybank Pembiayaan ASB-i
folder-grid
Jenis Pembiayaan
Islamik
square-dollar
Jumlah Pembiayaan
RM10000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pembiayaan
5 – 35 Tahun
badge-percent
Kadar Keuntungan
Kadar Asas (KA) + 1.55% setahun (p.a)

Pinjaman ASB Maybank ini menawarkan pelan pembiayaan Islamik patuh Syariah dengan tempoh pembiayaan sehingga anda berumur 65 tahun. Caj kadar keuntungan adalah sangat berpatutan dengan Kadar Asas yang rendah.

info

Panduan Memilih Pinjaman ASB / ASB2 Terbaik

Pinjaman ASB dan pembiayaan ASB adalah kemudahan fasiliti unit amanah harga tetap yang ditawarkan oleh bank terpilih kepada individu yang ingin melabur di dalam unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2). Sebagai unit amanah harga tetap, pelaburan ASB/ASB2 adalah berbeza dengan pelaburan unit amanah harga berubah seperti Amanah Saham Nasional (ASN).

Tujuan utama ASB Loan ini adalah satu kaedah pelaburan untuk membantu pelabur yang tidak mempunyai modal permulaan untuk melabur dalam ASB. Pelan pinjaman ASB juga pada masa yang sama membantu mereka yang ingin melabur dalam ASB secara tunai atau sekaligus.

Oleh kerana syarat pinjaman ASB tidak begitu ketat, boleh dikatakan kebanyakan individu layak untuk mohon sehingga had maksimum pelaburan.

Bagaimana Pinjaman Amanah Saham Bumiputera Berfungsi

Apabila anda buat pinjaman atau pembiayaan ASB, bank yang menawarkan skim tersebut akan membeli Unit Amanah Saham Bumiputera dalam kuantiti berdasarkan kepada jumlah pinjaman.

Unit amanah yang dibeli atas nama peminjam ini akan dicagarkan ke atas bank yang menyediakan pinjaman.

Contohnya anda mohon jumlah pembiayaan RM10,000 dan lulus. Jumlah RM10,000 tersebut akan dilaburkan oleh bank ke dalam unit ASB.

Anda kemudiannya perlu buat bayaran ansuran bulanan yang ditetapkan kepada bank seperti yang telah dipersetujui di dalam kontrak sehingga selesai jumlah RM10,000 termasuk caj faedah atau caj keuntungan, dan caj atau fi lain yang berkaitan.

Syarat Mohon Pinjaman

Syarat mohon ASB Loan tidak begitu ketat jika dibandingkan dengan syarat pinjaman peribadi, kenderaan mahupun perumahan. Kebanyakan bank ejen ASNB hanya meletakkan syarat kelayakan umum seperti anda harus layak untuk melabur di dalam Unit Amanah Saham Bumiputera, iaitu Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera dan berumur 18 tahun ke atas.

Pemohon juga harus dapat membuktikan pendapatan melalui slip atau baucar gaji, atau maklumat bayaran cukai hasil LHDN.

Walaupun mudah untuk mohon pelan yang ditawarkan, keputusan lulus atau tidak masih bergantung kepada pihak bank. Bank akan menilai faktor-faktor seperti skor kredit, rekod kredit dan risiko yang perlu ditanggung sebelum meluluskan permohonan.

Perbezaan Antara Simpanan dan Pembiayaan ASB

Perbezaan yang paling utama antara simpanan dan pinjaman ASB adalah jumlah dividen yang akan diperolehi.

Jika anda buat simpanan ASB dengan melabur ke dalam Unit Amanah Saham Bumiputera setiap bulan, pulangan kadar dividen tahunan yang akan  diperolehi adalah bergantung kepada jumlah simpanan. Manakala, pinjaman ASB pula menjanjikan pulangan dividen tahunan berdasarkan jumlah pinjaman.

Sebagai contoh, anda buat simpanan bulanan sebanyak RM100 ke dalam akaun ASB. Setahun dapat simpan RM1,200. Katakan kadar dividen pada tahun tersebut ialah 5%. Jadi dapat pulangan sebanyak RM60 berdasarkan simpanan tahunan.

Tetapi jikalau anda membuat pinjaman ASB berjumlah RM10,000 dan anda perlu bayar ansuran bulanan sebanyak RM100 kepada bank, jumlah dividen tahunan yang akan diterima dengan kadar 5% ialah RM500 – dengan syarat anda berdisiplin dalam membuat bayaran.

Pinjaman ASB Lebih Untung Dari Simpanan ASB

Kalau berdasarkan contoh antara menyimpan sendiri dan buat pinjaman yang saya beri kat atas, sudah pasti pinjaman ASB lebih menguntungkan berbanding simpanan.

Tetapi, dengan pulangan dividen ASB yang semakin menurun setiap tahun selepas tahun kewangan berakhir, adakah pinjaman masih lebih untung dan dividen yang diterima dapat menampung bayaran balik pinjaman?

TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER DIVIDEN + BONUS (SEN/UNIT)
2023 4.25 + 1.00
2022 3.35 + 1.25
2021 4.25 + 0.75
2020 3.50 + 0.75
2019 5.00 + 0.50
Jadual Dividen dan Bonus ASB dari tahun 2019 hingga 2023

Jawapan ringkas adalah ya. Walaupun dividen berkurangan, pinjaman lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang berbanding simpanan sendiri dengan kelebihan kuasa faedah kompaun.

Tetapi situasi ini hanya sah sekiranya kadar dividen tahunan lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman.

Jika kadar faedah atau kadar keuntungan tahunan pembiayaan lebih tinggi daripada dividen tahunan ASB. Kalau keadaan adalah sebaliknya – anda akan rugi.

Tetapi jangan risau. Boleh dikatakan semua pelan pinjaman dan pembiayaan ASB yang ditawarkan mengenakan kadar faedah atau kadar keuntungan yang rendah.

Walau bagaimanapun, oleh kerana caj kadar faedah ini adalah kadar faedah terapung, nilainya boleh berubah mengikut Kadar Asas (Base Lending Rate, BLR) bank tersebut. Terdapat juga situasi berlaku pengurangan dalam kadar pembiayaan.

Kelemahan Dan Keburukan Pinjaman ASB

Walaupun pinjaman dan pembiayaan ASB lebih untung berbanding simpanan, sistem masih adalah kelemahannya. Seperti semua pinjaman pinjaman bank, pembiayaan ASB akan mempengaruhi skor kredit peminjam.

Maklumat pinjaman ini akan dimasukkan ke dalam rekod CCRIS Bank Negara Malaysia, sekaligus meningkatkan Nisbah Khidmat Hutang (Debt Service Ratio, DSR).

Tidak ada masalah sekiranya DSR masih rendah. Tetapi jika DSR dah nyawa-nyawa ikan, tambah pula dengan pinjaman ASB yang baru – sudah pasti jumlah nisbah hutang akan bertambah.

Kesan terhadap pertambahan ini akan menyukarkan anda untuk buat pembiayaan atau mohon kad kredit.

Oleh itu, sebelum buat keputusan untuk mohon pembiayaan ASB, pastikan semak dahulu rekod kredit yang terkini dan pertimbangkan risiko pelaburan serta faktor-faktor lain yang berkaitan untuk loan ASB tersebut.

Tip Mohon Pinjaman ASB

Nak mohon pinjaman ASB yang mana? Sebelum mohon ASB Loan,  nilai kemampuan membayar. Anda boleh membuat permohonan, tetapi adakah anda dapat bayar ansuran bulanan pinjaman yang dibuat? Ramai yang buat kesilapan mohon jumlah pinjaman tinggi tetapi gagal buat bayaran bulanan.

Anda tidak boleh mengharapkan dividen yang diperolehi semata-mata untuk membayar ansuran bulanan. Walaupun kadar dividen pinjaman ASB boleh dikatakan agak tinggi, sekiranya pelabur membayar pinjaman dengan dividen, ini bukan kaedah terbaik untuk melabur. Anda perlu buat loan dengan strategi yang betul.

Buat pinjaman berdasarkan kemampuan supaya tidak ada masalah untuk bayar ansuran bulanan, seterusnya mengelakkan masalah di kemudian hari.

Jika masih ragu-ragu dengan kemampuan untuk bayar balik setiap bulan, lebih baik pilih kaedah simpanan sendiri berbanding pinjaman.

Kat Mana Nak Mohon?

Pelan pinjaman dan pembiayaan ASB ditawarkan oleh bank, iaitu ejen dan ASB yang dilantik. Bukan semua bank menawarkan pelan ini. Anda juga boleh rujuk senarai pinjaman ASB yang telah kami senaraikan di atas.

Guna sistem yang kami sediakan untuk pilih pelan pinjaman yang paling sesuai dengan kelayakan dan kemampuan anda untuk membuat permohonan yang bijak.

question

Soalan Lazim (FAQ) Pinjaman ASB / ASB2

Berikut ialah soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pinjaman dan pembiayaan ASB/ASB2.

Perlukah saya buat pinjaman ASB (ASB Financing)?

chevron-down

Jawapannya adalah bergantung kepada keinginan dan kemampuan anda. Jika diikutkan semua individu yang berminat untuk melabur dengan Unit Amanah Saham Bumiputera digalakkan buat pinjaman ASB kerana lebih untung.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang mampu mengikat komitmen bulanan untuk bayar ansuran.

Jadi terpulang kepada anda. Jika anda telah faham risiko dan kesan pinjaman, dan mampu untuk bayar hutang bulanan – pinjaman ASB adalah kaedah pelaburan Unit Amanah Saham Bumiputera terbaik.

Adakah pinjaman ASB masih relevan pada masa sekarang?

chevron-down

Ya. Walaupun kadar pulangan dividen adalah rendah, tetapi anda masih untung kerana caj kadar faedah atau caj keuntungan yang dikenakan oleh bank untuk pelan pinjaman ini masih lebih rendah daripada dividen.

Adakah semua bank boleh buat pinjaman ASB?

chevron-down

Hanya bank yang dilantik sebagai ejen dana ASB sahaja yang boleh menawarkan pelan pinjaman ASB/ASB2. Rujuk senarai bank di atas.

Berapakah jumlah yang boleh saya pinjam?

chevron-down

Jumlah pinjaman juga bergantung kepada bank yang terlibat. Walau bagaimanapun kebanyakan bank menawarkan jumlah dari RM10,000 hingga jumlah maksimum RM200,000.

Berapakah tempoh pinjaman yang dibenarkan?

chevron-down

Seperti juga jumlah pinjaman, tempoh pinjaman bergantung kepada pelan yang ditawarkan oleh pihak bank. Ada pelan yang membenarkan tempoh dari 5 tahun hingga 40 tahun, dan ada yang membenarkan tempoh maksimum sehingga 30 tahun sahaja.

Tempoh maksimum juga selalunya ditentukan oleh umur anda. Jika syarat kelayakan umur maksimum yang ditetapkan ialah 60 tahun, tempoh pinjaman yang dibenarkan ialah sehingga anda berumur 60 tahun pada tarikh tamat.

Berapakah caj kadar faedah atau caj kadar keuntungan yang dikenakan?

chevron-down

Caj kadar faedah tahunan untuk pinjaman konvensional atau caj kadar keuntungan tahunan untuk pembiayaan Islamik adalah bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh bank.

Caj yang dikenakan ini boleh berubah kerana dikira berdasarkan Kadar Asas (Base Rate)/Kadar Asas Islamik (Islamic Base Rate) semasa bagi setiap bank tersebut.

Apakah cara buat pinjaman ASB?

chevron-down

Cara mohon pinjaman dan pembiayaan ASB adalah bergantung kepada pelan yang ditawarkan. Terdapat pelan yang membenarkan permohonan secara atas-talian (online). Ada juga pelan yang menyediakan borang permohonan untuk di muatturun, dan ada yang memerlukan pemohon mengunjungi cawangan terdekat untuk mohon.

Adakah saya perlu mengemukakan penjamin atau cagaran untuk mohon?

chevron-down

Tidak perlu mengemukakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon jika mohon untuk diri sendiri kerana unit ASB/ASB2 menjadi cagaran untuk pinjaman tersebut. Walau bagaimanapun, anda perlu menjadi penjamin atau peminjam bersama jika anda mohon atas nama ahli keluarga – bergantung kepada bank yang menawarkan pelan tersebut.

Adakah saya perlu Adakah terdapat perlindungan Insurans untuk pinjaman ASB?penjamin atau cagaran untuk mohon?

chevron-down

Boleh dikatakan semua pelan menawarkan perlindungan insurans atau Takaful kepada pemegang amanah. Perlindungan insurans/takaful ini adalah pilihan dan peminjam boleh memilih untuk mengambil perlindungan ini atau tidak. 

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah bank yang mengenakan syarat perlindungan insurans/takaful wajib di ambil oleh pemegang.

Bagaimana insurans/takaful berfungsi untuk pelan pinjaman?

chevron-down

Perlindungan insurans/takaful akan melindungi peminjam secara penuh sepanjang langganan. Jika pemegang unit meninggal dunia atau mengalami cacat kekal, perlindungan insurans/takaful akan melangsaikan baki pinjaman dan unit pelaburan ASB/ASB2 kepada pemegang unit akan diterima oleh waris.

Adakah perlindungan insurans/takaful akan meningkatkan bayaran bulanan saya?

chevron-down

Ya. Langganan perlindungan insurans/takaful akan meningkatkan bayaran ansuran bulanan. Walau bagaimanapun, anda boleh pilih untuk tidak mengambil perlindungan insurans/takaful jika tidak mahu bayaran bulanan bertambah.

Bolehkah saya buat pinjaman ASB lebih daripada sekali?

chevron-down

Anda boleh buat pinjaman atau pembiayaan seberapa kali yang diingini asalkan tidak melebihi had pelaburan maksimum, iaitu RM200,000.

Kenapa permohonan pinjaman ASB saya ditolak?

chevron-down

Faktor utama yang boleh buat permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank ialah pemohon tidak layak untuk melabur di dalam dana ASB itu sendiri. Salah satu ialah pemohon bukan warganegara Malaysia dan tidak boleh mohon Tabung Unit Amanah yang dikhaskan oleh Bumiputera sahaja. Faktor lain adalah seperti dokumen yang tidak lengkap, atau gagal memberi maklumbalas kepada pihak bank selepas surat peringatan ASB dikeluarkan.

Saya ada soalan lanjut berhubung Loan ASB

chevron-down

Pilih pelan pinjaman ASB yang anda ingini daripada senarai di atas dan tinggalkan soalan pada bahagian Pertanyaan di laman tersebut.