Pinjaman peribadi Pinjaman Wang Berlesen (Kredit Komuniti)
Berikut ialah senarai pinjaman wang berlesen daripada syarikat Kredit Komuniti, dahulunya dikenali sebagai syarikat Pemberi Pinjaman Wang (PPW) atau syarikat Pinjaman Berlesen. Pinjaman dan pembiayaan yang disenaraikan di bawah adalah daripada syarikat pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai. Syarikat-syarikat ini berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Syarikat Kredit Komuniti yang berdaftar di bawah KPKT perlu mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang. Akta ini diperkenalkan pada tahun 1951. Mengikut akta ini, syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar hanya boleh mengenakan caj kadar faedah tahunan tidak lebih daripada 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar dan tidak lebih daripada 12% setahun untuk pinjaman bercagar. Dengan berbekalkan maklumat ini, anda boleh tahu sama ada syarikat tersebut sah atau tidak berdasarkan caj faedah yang dikenakan.

Seperti yang ramai yang sedia maklum, pinjaman peribadi berlesen adalah alternatif kepada pinjaman peribadi bank dan koperasi. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang jenis pinjaman ini bukan lagi boleh dianggap sebagai pilihan kedua atau ketiga. Kebanyakan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai menawarkan pelan pinjaman yang lebih menarik daripada bank atau koperasi. Tambahan pula dengan syarat kelayakan mohon yang tidak begitu ketat dan penyediaan dokumen ringkas membuatkan pinjaman ini sering dimohon.
Antara kelebihan utama pinjaman wang berlesen berbanding pembiayaan peribadi bank dan koperasi ialah anda boleh mohon walaupun anda mempunyai rekod tidak baik di laporan CTOS dan CCRIS. Jika anda lihat pada senarai di bawah, terdapat pelan pinjaman yang membuka permohonan kepada individu yang di senarai hitam di laporan CTOS, atau mempunyai tunggakan di laporan CCRIS. Walau bagaimanapun, masih terdapat syarat-syarat yang ditetapkan berhubung situasi ini. Contohnya jumlah tunggakan terkumpul perlu tidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan pada syarat untuk membenarkan permohonan.
Terdapat juga pinjaman kredit komuniti yang menerima permohonan daripada individu yang sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) yang disela oleh pihak AKPK. Kelebihan ini boleh membantu sekiranya anda terdesak dan ingin tunai dengan kadar segera.
Walaupun terdapat banyak syarikat yang berdaftar dan selamat, terdapat banyak juga penipu atau scammer yang mengaku sebagai syarikat berdaftar. Anda perlu buat sedikit kajian sebelum mohon untuk mengelak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tawaran yang tidak masuk akal seperti pinjaman wang berlesen mudah lulus, tanpa dokumen, slip gaji dan sebagainya selalunya adalah palsu. Ada juga yang mengaku sebagai syarikat pinjaman wang berlesen Islam tetapi tidak menawarkan pembiayaan Islamik. Ini adalah taktik yang sering digunakan untuk memancing mangsa.
Sekiranya anda terlibat atau adalah mangsa penipu-penipu ini, penyelesaian terbaik adalah dengan buat laporan polis dan aduan KPKT terhadap individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Pilih pelan pinjaman dan pembiayaan daripada syarikat kredit komuniti yang anda ingini daripada senarai di bawah. Klik pada pinjaman tersebut untuk maklumat lengkap seperti syarat kelayakan, jumlah pinjaman maksimum, tempoh pembiayaan, dokumen diperlukan, caj dikenakan dan bagaimana cara untuk mohon secara atas talian (online).
Senarai Pinjaman peribadi Pinjaman Wang Berlesen (Kredit Komuniti)
Pinjaman Peribadi instaDuit

RM1000 - RM10000
6 - 48 bulan
12% p.a
Pinjaman Peribadi instaDuit menawarkan proses permohonan yang ringkas, sepenuhnya dalam talian dengan pilihan kadar faedah yang lebih rendah dengan cagaran. Sesuai jika anda sedang mencari pinjaman jangka masa pendek yang tidak membebankan.
Mohon sekarangPinjaman Peribadi Evo Credit

RM5000 - RM400000
2 - 60 bulan
12% p.a
Pinjaman peribadi Evo Credit menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM400,000 dengan proses permohonan ringkas dan tempoh lulus segera.
Mohon sekarangJCL i-FUND

RM500 - RM50000
6 - 60 bulan
18% p.a
JCL i-Fund menawarkan jumlah pembiayaan serendah RM500 dengan tempoh sehingga 5 tahun. Tempoh keputusan permohonan adalah pantas, iaitu hanya 3 hari bekerja.
Mohon sekarangPinjaman Wang Berlesen Direct Lending

RM1000 - RM20000
12 - 48 bulan
18% p.a
Syarikat Direct Lending Sdn. Bhd. menawarkan kemudahan untuk anda mohon pinjaman wang berlesen daripada pelbagai syarikat kredit komuniti/pinjaman berlesen terpilih 100% atas-talian (online) . Mohon sehingga RM20,000 dengan tempoh 4 tahun.
Mohon sekarangIVC Personal Loan

RM5000 - RM100000
12 - 60 bulan
13% p.a
IVC Personal Loan atau pinjaman peribadi IVC menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman konvensional tidak bercagar ini juga membenarkan anda mohon walaupun anda ada blacklist di CTOS atau tunggakan di CCRIS. Anda juga cuma perlu tunggu tidak lebih dari 2 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda.
Mohon sekarangYayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

RM2500 - RM150000
12 - 120 bulan
5.99% p.a
Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi adalah pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar yang 100% patuh Syariah. Pembiayaan ini khusus untuk kakitangan sektor awam. Antara ciri menarik pembiayaan ini ialah anda layak mohon walaupun anda disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda. Mereka yang mengikuti program Pengurusan Kredit AKPK juga layak…
Mohon sekarangEmicro Personal Loan

RM500 - RM10000
1 - 24 bulan
18% p.a
Emicro Personal Loan adalah antara pelan pinjaman habis bulan yang popular. Pinjaman habis bulan atau payday loan ini sesuai dimohon untuk mereka yang ingin tunai segera di saat kecemasan. Anda tidak perlu Mohon serendah RM500 sehingga RM3,000 dengan caj kadar faedah tetap yang berpatutan untuk payday loan.
Mohon sekarangYayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

RM2500 - RM250000
12 - 120 bulan
6.99% p.a
Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i adalah pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar yang 100% patuh Syariah. Pembiayaan ini khusus untuk kakitangan sektor awam. Antara ciri menarik pembiayaan ini ialah anda layak mohon walaupun anda disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda. Mereka yang mengikuti program Pengurusan Kredit AKPK juga layak mohon.
Mohon sekarangJCL Pinjaman Peribadi

RM500 - RM50000
12 - 60 bulan
12% p.a
JCL Pembiayaan Peribadi adalah pelan pinjaman peribadi kredit komuniti (pemberi pinjaman wang berlesen) yang disasarkan khusus kepada mereka yang mempunyai masalah di laporan CTOS atau rekod CCRIS. Proses permohonan adalah ringkas dan caj kadar faedah tahunan juga adalah berpatutan untuk memudahkan pemohon.
Mohon sekarang