Cash-i Muamalat Pro

Cash-i Muamalat Pro
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Pinjaman daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 2.69% p.a hingga 7.52% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Had Umur 18 hingga 70 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

Cash-i Muamalat Pro yang ditawarkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad disasarkan khusus kepada golongan profesional di Malaysia. Pelan pembiayaan Islamik patuh Syariah dengan konsep Tawarruq ini adalah sebuah pinjaman tidak bercagar, oleh itu pemohon tidak perlu cagaran atau penjamin untuk mohon.

Pelan ini  ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor swasta, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpilih seperti doktor, akauntan, pensyarah, juruterbang, jurutera, arkitek, juruteknik dan sebagainya. Golongan profesional yang mempunyai firma sendiri atau bekerja sendiri juga layak mohon. Untuk senarai lengkap anda boleh rujuk pada bahagian syarat kelayakan di bawah.

Sekiranya anda adalah kakitangan sektor awam dan ingin buat pembiayaan daripada Bank Muamalat, anda boleh mohon Cash-i Muamalat yang ditawarkan untuk kakitangan sektor awam.

Pelan pembiayaan Cash-i Muamalat Pro membenarkan pembiayaan dari RM10,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun atau sehingga anda berumur 60 tahun. Bagi pengamal perubatan pula, had umur dilanjutkan sehingga 70 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan dikira berdasarkan dua kategori, iaitu kadar keuntungan tetap (fixed rate) dan kadar keuntungan terapung. Jumlah caj untuk kedua-dua kategori ini adalah berbeza. Anda boleh rujuk bahagian ciri pembiayaan di bawah untuk kiraan caj perkongsian kadar keuntungan yang lengkap.

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk Cash-i Muamalat Pro ialah anda perlu berumur 18 tahun ke atas dan berkhidmat sebagai profesional di kategori yang telah dinyatakan, dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM5,000. Anda juga perlu menyandang jawatan tetap, atau jika anda berstatus kontrak, anda perlu mempunyai pengalaman minimum selama 5 tahun dalam bidang berkaitan.

Anda menggunakan pembiayaan ini untuk tujuan tunai, perubatan, pendidikan dan sebagainya – asalkan tidak menyalahi hukum Syarak. Pelan ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang (Debt Consolidation). Dengan ciri debt console, anda boleh menyatukan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru. Ciri ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menyusun semula kewangan mereka atau terlalu dibebani dengan hutang bulanan.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri-ciri lengkap pembiayaan ini, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pembiayaan ini secara atas-talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Cash-i Muamalat Pro

Pelan pembiayaan peribadi Bank Muamalat ini menawarkan beberapa ciri menarik.

  • 100% patuh Syariah
    Dengan berlandaskan prinsip Tawarruq dan Murabahah, pelan pembiayaan ini adalah patuh Syariah sepenuhnya, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon.
  • Tanpa cagaran dan penjamin
    Sebagai pelan pembiayaan tidak bercagar, anda tidak perlu penjamin atau cagaran untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi
    Anda boleh mohon sehingga RM200,000 dengan pelan pembiayaan Bank Muamalat ini – satu jumlah yang tinggi untuk pinjaman tidak bercagar.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang
    Dengan tempoh pembiayaan yang fleksibel dari 2 hingga 10 tahun, anda dapat merancang kewangan dengan lebih mudah dan efektif.
  • Perkongsian kadar keuntungan yang fleksibel
    Pelan pembiayaan ini menawarkan caj kadar keuntungan yang begitu fleksibel. Kadar keuntungan tahunan dikira berdasarkan beberapa faktor iaitu kadar terapung atau kadar tetap, tempoh pembiayaan, kaedah bayaran, dan pilihan perlindungan Takaful. Rujuk caj perkongsian kadar keuntungan Cash-i Muamalat Pro di bawah.
  • Ciri penyatuan hutang
    Jika anda terbeban dengan pinjaman dan pembiayaan yang terlalu banyak, anda boleh guna kaedah penyatuan hutang atau debt consolidation untuk meringankan beban anda. Ciri penyatuan membenarkan anda menyatukan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam pembiayaan Cash-i Muamalat Pro. Jadi anda hanya perlu bayar satu pinjaman sahaja setiap bulan.
  • Ditawarkan kepada jawatan tetap dan kontrak
    Bank Muamalat membuka permohonan pembiayaan kepada golongan profesional dengan jawatan tetap dan juga kontrak.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel
    Anda boleh pilih kaedah bayaran ansuran yang pelbagai seperti potongan gaji, pindahan bayaran ke Bank Muamalat melalui syarikat, Autodebit, dan arahan tetap (Standing Instruction).
  • Tiada caj proses
    Anda tidak akan dikenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan pembiayaan anda lulus.

Caj perkongsian kadar keuntungan Cash-i Muamalat Pro

Berikut ialah maklumat lengkap tentang caj kadar keuntungan untuk pelan pembiayaan ini.

Kadar terapung

Tempoh Pembiayaan Potongan Gaji Potongan Gaji Dengan Takaful Arahan Tetap Arahan Tetap Dengan Takaful
2-3 Tahun Kadar Asas + 1.24% Kadar Asas + 2.24% Kadar Asas + 3.24% Kadar Asas + 4.24%
4 – 10 tahun Kadar Asas + 1.96% Kadar Asas + 2.96% Kadar Asas + 3.96% Kadar Asas + 4.96%

Kadar Asas (KA) semasa ialah 2.56%

Kadar tetap

Tempoh Pembiayaan Potongan Gaji Potongan Gaji Dengan Takaful Arahan Tetap Arahan Tetap Dengan Takaful
2-3 Tahun 2.69% p.a 3.69% p.a 4.69% p.a 5.69% p.a
4 – 10 tahun 3.69% p.a 4.69% p.a 5.69% p.a 6.69% p.a

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang anda perlu patuhi untuk mohon pembiayaan Cash-i Muamalat Pro.

Syarat Umum

  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun atau 70 (Pengamal Perubatan) atau tarikh pencen.
  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun.
  • Berjawatan tetap atau jawatan kontrak (pengalaman bekerja minimum 5 tahun dalam bidang berkaitan).
  • Berkhidmat di dalam kategori berikut:
    – Pengamal perubatan (Doktor dan Doktor Gigi).
    – Akauntan.
    – Pensyarah.
    – Juruterbang.
    – Jurutera.
    – Arkitek.
    – Juruteknik.
    – Ahli Geologi.
    – Pegawai Kesihatan.
    – Ahli farmasi.
    – Ahli veterinar.
    – Optometri dan ahli optik.
    – Juru ukur bahan.
    – Ahli Aktuari.
    – Pemegang Doktor Falsafah (PhD).
    – Kakitangan syarikat Minyak dan Gas.
    – Kakitangan institusi kewangan.
    – Kakitangan Perubatan.
    – Kakitangan syarikat komunikasi (TM, Celcom Axiata, Maxis, Digi).
    – Firma profesional/bekerja sendiri.Senarai syarikat yang layak mohon Cash-i Muamalat Pro
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Individu

  • Perlu berdaftar dengan badan profesional berkaitan, atau mempunyai kelayakan dan akreditasi dalam bidang yang terlibat.

Firma Profesional/Bekerja Sendiri

  • Firma Profesional/bekerja sendiri perlu menjalankan perniagaan minimum 5 tahun.
  • Pengamal perubatan yang mempunyai klinik perlu menjalankan perniagaan minimum 1 tahun.
  • Mempunyai hubungan positif dengan bank atau institusi kewangan lain.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Cash-i Muamalat Pro, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda layak untuk mohon, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata pendapatan terkini seperti akaun bank kemasukan gaji atau penyata cukai pendapatan atau penyata akaun semasa (syarikat/bekerja sendiri).
  4. Pendaftaran syarikat untuk bekerja sendiri.

Jadual Bayaran Bulanan Cash-i Muamalat Pro

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Cash-i Muamalat Pro. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Cash-i Muamalat Pro
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang akan dikenakan sekiranya permohonan anda lulus.

  1. Tiada caj proses
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.

Caj-caj lain yang dikenakan adalah seperti caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% daripada jumlah yang tertunggak.

Pihak Bank Muamalat tidak akan mengenakan sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk buat penamatan atau penyelesaian awal. Malah anda kana diberikan rebat (Ibra’).

Cara Mohon Cash-i Muamalat Pro

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pelan pembiayaan Cash-i Muamalat Pro dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Review Cash-i Muamalat Pro

Cash-i Muamalat Pro adalah sebuah pelan pembiayaan Islamik yang unik kerana tidak seperti pelan pinjaman lain untuk kakitangan swasta, pelan pembiayaan ini hanya ditawarkan kepada golongan profesional dan firma profesional dalam bidang yang terpilih. Salah satu ciri menarik utama yang ditawarkan ialah ciri penyatuan hutang. Tidak banyak pelan pembiayaan Islamik yang menawarkan ciri ini. Jumlah pembiayaan maksimum yang dibenarkan juga agak tinggi, sehingga RM200,000 dengan caj perkongsian kadar keuntungan yang rendah. Pembiayaan ini juga membenarkan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Tiga gabungan ini, iaitu jumlah pinjaman yang tinggi, tempoh yang panjang, dan kadar faedah rendah menjadikan pelan ini sangat menarik untuk dimohon.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Caj perkongsian kadar keuntungan yang rendah.
  • Ciri penyatuan hutang.
thumbs-down
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada golongan profesional terpilih.
Rating
4/5

Soalan Lazim Cash-i Muamalat Pro

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Cash-i Muamalat Pro
Apakah Cash-i Muamalat Pro?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 18 hingga 70 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Cash-i Muamalat Pro?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM10000 hingga RM200000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Cash-i Muamalat Pro di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Cash-i Muamalat Pro.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Cash-i Muamalat Pro yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Cash-i Muamalat Pro. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Cash-i Muamalat Pro.

Ada soalan tentang Cash-i Muamalat Pro?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

13 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right