Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank Islamic Personal Financing-i

Ambank Islamic Personal Financing-i
Pinjaman daripada AmBank (M) Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM5000 - RM200000
Kadar Keuntungan
4.35% p.a - 7.90% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
48 jam hari bekerja

AmBank Islamic Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar oleh AmBank Islamic. AmBank Islamic, iaitu salah satu anak syarikat AmBank Group adalah sebuah institusi perbankan yang  menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. AmBank Personal Financing-i adalah salah satu daripada produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh AmBank Islamic.

Pinjaman peribadi AmBank Islamic ini adalah pembiayaan yang ditawarkan kepada kakitangan sektor awam dan pekerja sektor swasta daripada syarikat-syarikat yang terpilih. Dalam erti kata lain, pinjaman ini tidak dibuka kepada semua kakitangan GLC dan kakitangan swasta. Jika anda adalah kakitangan GLC dan kakitangan swasta, anda boleh menyemak jika syarikat anda tersenarai untuk layak memohon pinjaman peribadi AmBank Islamik Personal Financing-i pada bahagian syarat yang dikenakan di bawah.

AmBank Islamic Pembiayaan Peribadi-i ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu mengemukakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pihak AmBank Islamic menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM5,000 hingga jumlah pembiayaan maksimum RM200,000. Tempoh pinjaman pula adalah sehingga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan yang sangat berpatutan, iaitu serendah 4.35% p.a. Caj ini adalah kadar keuntungan tetap, dan antara caj yang terendah untuk pinjaman peribadi Islamik tak bercagar.

Kelayakan memohon yang dikenakan juga tidak membebankan. Anda hanya perlu berumur tidak kurang dari 18 tahun dengan pendapatan bulanan RM1,500 ke atas.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui ciri-ciri menarik pinjaman AmBank Islamic Personal Financing-i, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang diperlukan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).

Kelebihan AmBank Islamic Personal Financing-i

AmBank Islamic Personal Financing-i mempunyai beberapa ciri menarik dan kelebihan berbanding pinjaman peribadi yang lain. Berikut ialah kelebihan-kelebihan untuk pinjaman peribadi ini.

  • Pinjaman peribadi patuh Syariah
    AmBank Islamic Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Bai Al-Inah.
  • Dibuka kepada semua kakitangan kerajaan
    AmBank Islamic membuka pinjaman ini kepada semua kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC/swasta terpilih.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh memohon pinjaman serendah RM5,000 sehingga mencecah RM200,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Pihak AmBank menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan (2 tahun) sehingga menjangkau 120 bulan (10 tahun).
  • Kadar keuntungan tetap
    Kadar keuntungan yang ditawarkan adalah kadar tetap sebanyak 4.35% p.a (untuk kakitangan kerajaan) dan 7.90%p.a (untuk kakitangan GLC dan kakitangan swasta), antara kadar keuntungan terendah untuk pinjaman peribadi Islamik di Malaysia.
  • Tiada caj penamatan awal
    AmBank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination fee) untuk pinjaman ini.
  • Rebat untuk penamatan awal
    AmBank Islamic akan memberikan rebat terhadap pembiayaan anda sekiranya anda memilih untuk membuat penamatan awal dari tarikh kontrak.
  • Pembayaran dari potongan gaji
    Anda boleh membuat pembayaran secara potongan gaji menggunakan khidmat Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AmBank Islamic Personal Financing-i.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk kakitangan kerajaan

  • Status pekerjaan ialah tetap.
  • Berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan.

Syarat  untuk kakitangan GLC dan kakitangan swasta

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon AmBank Islamic Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah senarai dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AmBank Islamic Personal Financing-i.

  1. 3 salinan kad pengenalan (MyKad) depan dan belakang yang disahkan oleh ketua jabatan/syarikat.
  2. Salinan 1 bulan slip gaji terkini.
  3. 2 salinan yang disahkan oleh ketua jabatan/syarikat untuk setiap slip gaji; atau 3 salinan untuk slip gaji atas talian (e-pay).
  4. Salinan penyata bank atau buku bank di mana wang pinjaman akan dimasukkan.

Jadual Bayaran Bulanan AmBank Islamic Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment AmBank Islamic Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran AmBank Islamic Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj-caj yang dikenakan oleh pihak AmBank Islamic sekiranya permohonan pinjaman peribadi AmBank Islamic Personal Financing-i lulus.

  1. Caj setem duti 0.5% ditolak dari jumlah pinjaman yang lulus.
  2. Caj pemprosesan RM10.00 untuk surat kelulusan.
  3. Caj yuran bulanan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) sebanyak 2% daripada bayaran bulanan.
  4. Sumbangan Takaful daripada AmMetLife Takaful Berhad – bergantung kepada amaun pembiayaan, tempoh pembiayaan dan umur pelanggan (yang mana berkenaan).
  5. Caj lewat bayar 1% dari jumlah baki pinjaman sekiranya berlaku kelewatan pembayaran.

AmBank Islamic tidak mengenakan caj penamatan awal (early termination fee), malah pihak AmBank Islamic akan memberikan rebat sekiranya anda menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak.

Cara Mohon AmBank Islamic Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh AmBank, anda boleh memohon pinjaman peribadi AmBank Islamic Personal Financing-i melalui saluran-saluran berikut.

  1. Mohon secara walk-in di mana-mana cawangan AmBank Islamic atau AmBank Berhad.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah.
  • Amaun fasiliti atau jumlah pinjaman yang fleksibel dan tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel.
  • Syarat kelayakan yang minimum.
  • Dokumen diperlukan yang minimum.
  • Pembayaran melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa.
Kekurangan
  • Hanya dibuka kepada kakitangan GLC dan kakitangan swasta dari syarikat terpilih sahaja.
  • Kadar keuntungan yang lebih tinggi untuk kakitangan GLC dan kakitangan swasta.

AmBank Islamic Personal Financing-i daripada AmBank Islamic adalah pinjaman peribadi tak bercagar yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi lain di Malaysia. Antara faktor-faktor yang membuatkan pinjaman ini sangat menarik ialah kadar keuntungan tetap yang rendah, jumlah pinjaman yang sangat fleksibel, tempoh pembiayaan yang panjang, dan syarat kelayakan minimum yang sangat rendah. Faktor-faktor ini membuatkan pinjaman peribadi daripada AmBank Islamic ini sangat sesuai dimohon oleh kakitangan kerajaan. Walau bagaimanapun, pinjaman ini hanya dibuka kepada kakitangan GLC dan kakitangan swasta yang terpilih sahaja.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan AmBank Islamic Personal Financing-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak AmBank (M) Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak AmBank (M) Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak AmBank (M) Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang AmBank Islamic Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

232 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right