Menu

CIMB Xpress Cash Financing-i Personal Loan – Gaji Bersih RM800 Layak

CIMB Xpess Cash Financing-i personal loan

CIMB Xpress Cash Financing-i adalah antara pinjaman peribadi islamik yang patuh syariah dengan konsep Bai Al-Inah.

Berbeza dengan CIMB Cash Plus, pinjaman Xpress Cash ini mengenakan syarat kelayakan yang minima. Dengan gaji bersih RM800 anda boleh memohon pinjaman dari CIMB Islamic ini.

Klik di sini jika anda ingin tahu perbezaan antara pinjaman peribadi konvensional CIMB Cash Plus & pinjaman peribadi patuh syariah CIMB Xpress Cash Financing-i.

Kelebihan Pembiayaan Peribadi CIMB Xpress Cash Financing-i

Pembiayaan peribadi CIMB Xpress Cash menawarkan beberapa ciri-ciri menarik untuk pemohon. Antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh pinjaman ini ialah:

  1. Margin Pinjaman Sehingga 8 Kali Ganda Gaji Kasar
    CIMB Xpress Cash menawarkan margin sehingga 8 kali ganda pendapatan kasar (Gross pay) bulanan. Sebagai contoh jika jumlah pendapatan kasar anda ialah RM2,000 sebulan, anda layak untuk meminjam sehingga RM16,000.
  2. Tidak Perlu Penjamin
    Pinjaman peribadi ini tidak perlu penjamin untuk pinjaman anda.
  3. Tidak Perlu Cagaran
    Oleh kerana pinjaman Xpress Cash adalah dalam kategori “unsecured loan”, anda tidak perlu meletakkan sebarang cagaran untuk memohon.
  4. Tidak Perlu Pengesahan Majikan
    Selain daripada tidak memerlukan cagaran dan penjamin, pinjaman dari CIMB ini juga tidak memerlukan pengesahan majikan bagi yang bekerja makan gaji.
  5. Nilai Pembiayaan Yang Fleksibel
    Pinjaman CIMB Xpress Cash menawarkan nilai pembiayaan yang fleksibel. Jumlah pinjaman bermula dari serendah RM3,000 sehingga jumlah maksimum RM50,000.
  6. Tempoh Pembiayaan Sehingga 5 Tahun
    CIMB menawarkan tempoh pembiayaan bermula dari 1 tahun sehingga 5 tahun untuk pinjaman Xpress Cash Financing-i.
  7. Kadar Faedah Tetap
    Salah satu kelebihan pinjaman yang patuh syariah ialah kadar faedah rata, atau tetap. CIMB Xpress Cash menawarkan kadar faedah 24% setahun.
  8. Tiada Caj Proses
    Pinjaman peribadi CIMB ini tidak mengenakan sebarang caj proses – seperti yang dikenakan oleh bank lain. Cuma CIMB akan mengenakan caj setem duti sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang diluluskan.

Dengan kelayakan minima yang rendah dan kadar lulus yang tinggi, CIMB Xpress Cash Financing-i adalah pinjaman peribadi yang sangat popular berbanding pinjaman peribadi bank yang lain.

Syarat Memohon CIMB Xpress Cash Financing-i

Berikut ialah syarat-syarat utama yang diperlukan untuk memohon CIMB Xpress Cash.

Kelayakan Memohon

Kelayakan untuk memohon pembiayaan peribadi Xpress Cash adalah sangat fleksibel dan memudahkan pemohon. Berikut ialah kelayakan yang diperlukan.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 58 tahun.
  • Pendapatan bersih bulanan RM800 ke atas.
  • Bekerja melebihi 6 bulan (Untuk kerja makan gaji).
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi lebih dari 2 tahun (Untuk yang berniaga).

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi CIMB Xpress Cash.

Kerja Kerajaan

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata gaji tahunan (Borang EC/EA).
  4. Salinan penyata bank gaji masuk 3 bulan terkini.

Kerja Swasta (Gaji dibayar ke bank & ada potongan KWSP)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank gaji masuk 3 bulan terkini.
  4. Salinan penyata KWSP terkini.

Kerja Swasta (Gaji dibayar tunai & ada potongan KWSP)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini atau baucar gaji 6 bulan terkini.
  3. Salinan penyata KWSP terkini.

Kerja Swasta (Gaji dibayar ke bank & tiada caruman KWSP)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank gaji masuk 6 bulan terkini.

Bekerja Sendiri/Berniaga

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan sijil pendaftaran perniagaan (Borang B&D)/ Borang 9,24, 49 & M&A.
  3. Salinan penyata bank akaun perniagaan 6 bulan terkini.
  4. Akaun untung rugi dan kunci kira-kira; atau borang BE/B, resit cukai pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan. (jika ada).

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon CIMB Xpress Cash Financing-i sangat ringkas dan tidak merumitkan pemohon.

Malah jika anda memohon pinjaman peribadi ini melalui perkhidmatan kami, anda hanya perlu snap gambar dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas dan hantar kepada kami melalui WhatsApp atau email – ringkas dan mudah.

Caj Yang Dikenakan Terhadap Pinjaman Peribadi CIMB Xpress Cash

Pihak CIMB Bank hanya mengenakan caj setem duti sebanyak 0.5% untuk pinjaman CIMB Xpress Cash yang diluluskan. Tidak ada caj tambahan seperti caj pemproses seperti yang dikenakan oleh pinjaman peribadi dari bank lain.

Jadual Pembayaran Semula CIMB Xpress Cash Financing-i

Berikut ialah jadual pembayaran semula (installment/repayment table) yang lengkap untuk pembiayaan peribadi CIMB Xpress Cash Financing-i.

*Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Bagaimana Nak Mohon CIMB Xpress Cash Financing-i Personal Loan

Anda boleh memohon CIMB Xpress Cash Personal Loan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Walk-in ke cawangan CIMB
    Anda boleh pergi ke cawangan CIMB terdekat di kawasan anda dan berbincang dengan pegawai pinjaman untuk memohon pinjaman CIMB ini.
  2. Menghubungi Khidmat Pelanggan CIMB
    Anda juga boleh memohon secara dengan menghubungi pegawai khidmat pelanggan CIMB di nombor berikut – +603 6204 7788.
  3. Mohon melalui perkhidmatan kami
    Jika anda tidak ada masa untuk walk-in ke bank, atau malas nak menghubungi pegawai khidmat pelanggan CIMB, anda boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk menguruskan permohonan pinjaman anda.
    Anda cuma perlu semak kelayakan anda melalui borang yang kami sediakan di laman web ini, dan jika anda layak pihak kami menghubungi anda kembali untuk urusan seterusnya
    KLIK DI SINI UNTUK SEMAK KELAYAKAN ANDA

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Kami Untuk Memohon Pinjaman Peribadi CIMB Xpress Cash

Berikut ialah kelebihan-kelebihan untuk anda jika anda menggunakan perkhidmatan kami untuk memohon pinjaman peribadi ini.

  1. Urusan 100% online
    Anda tidak perlu buang masa untuk walk-in ke CIMB untuk urusan loan anda. Semua urusan dijalankan melalui WhatsApp atau email – 100% online.
  2. Khidmat nasihat percuma
    Kebanyakan permohonan pinjaman peribadi gagal kerana pemohon tidak mencukupi syarat atau memohon lebih dari kelayakan. Jangan risau, sebelum memohon kami akan melakukan analisis terhadap kelayakan anda dan akan mengesyorkan jenis pinjaman yang paling sesuai untuk anda.
  3. Peratusan lulus lebih tinggi
    Dengan pengalaman dan analisis yang kami lakukan, InsyaAllah permohonan anda lebih mudah lulus berbanding anda mohon sendiri.
  4. Tiada bayaran deposit/pendahuluan atau upfront
    Kami tidak mengenakan sebarang bayaran pendahuluan atau upfront. Loan lulus baru kami caj sedikit caj perkhidmatan. Loan tak lulus tiada sebarang caj. Dalam erti kata lain, ini adalah win-win situation. Kami akan cuba sedapa upaya supaya loan anda lulus.
  5. Bukan hanya CIMB
    Tidak semua jenis loan sama, begitu juga jenis pinjaman peribadi bank. Lain bank lain syaratnya. Kami akan memilih loan paling sesuai dengan kriteria anda. Malah kami juga boleh tolong anda mohon lebih dari satu loan pada masa yang sama(jika anda layak).

Anda boleh menggunakan perkhidmatan kami untuk memohon, atau anda boleh mohon sendiri. Malah, kalau anda nak minta khidmat nasihat kami dan nak mohon sendiri pun tiada masalah.

Anggap sahaja kami beri khidmat nasihat percuma untuk memudahkan loan anda lulus.

Jika anda nak gunakan perkhidmatan kami, anda hanya Cuma perlu isi Borang Semak Kelayakan yang kami sediakan dan kami akan hubungi anda urusan selanjutnya.

UPDATE

Pihak kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan memohon pinjaman peribadi bank. Walau bagaimanapun, pihak kami telah bekerjasama dengan agensi  lain untuk memudahkan anda mohon pinjaman peribadi secara online.

Anda cuma perlu pilih pinjaman peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan dan baca lebih lanjut pada laman pinjaman tersebut untuk mohon secara online tanpa perlu walk-in ke bank.

KLIK DI SINI UNTUK SEMAK KELAYAKAN MEMOHON CIMB XPRESS CASH

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Bank yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan proses memohon pinjaman peribadi melalui institusi-intitusi kewangan di Malaysia.

Kongsi ilmu ni

Klik butang sharing dan kongsi maklumat ni dengan rakan, pasangan dan saudara-mara anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Reddit
WhatsApp
Telegram
Email
Print

Nak Tahu Anda Layak Mohon ke Tak?

Semak Kelayakan Anda melalui sistem semak kelayakan yang kami sediakan. Tak sampai 5 minit pun dari masa anda.

Update Terbaru

Pinjaman Peribadi Popular

Tinggalkan Soalan/Mesej/Komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

  • WanArif says:

    salam admin.
    sebelum ni sy ada komitmen 85%++ based on payslip atas nama saya dgn bank, ASB & AEON credit. Baru buat settlement, tinggal ASB dan EPF je commitment bulanan (30% from payslip). Klau sy nak apply utk personal loan baru, ada tempoh bertenang dari tarikh sy buat settlement ke?
    Thanks

  • Ahmad F says:

    Hi nak tnye, sya dh apply cimb loan, xda result lg? Lg 1 cimb ada bgi kad debit tuk ape ae?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Ahmad F

      Lulus atau tidak CIMB akan hantar SMS. Jika lebih dari 14 hari bekerja, boleh hubungi CIMB untuk follow up.

      Kad debit? Mungkin dapat kad debit sebab tuan buka akan simpanan dengan CIMB? Duit loan akan masuk dalam akaun CIMB sahaja, oleh itu perlu ada akaun simpanan/semasa CIMB.

      Terima kasih.

  • Dhia says:

    Bagaimana nak berhubung dengan wakil bhgian pinjaman peribadi cimb area kluang,selain dr perlu ke cwngan cimb?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Dhia

      Hubungi pihak CIMB?

      CIMB menyediakan pelbagai saluran untuk dihubungi pelanggan – boleh guna telefon untuk call bantuan khidmat pelanggan, guna borang kat laman web diaorang untuk hantar E-Mail, atau komen kat laman rasmi Facebook CIMB.

      Terima kasih.

  • mazhar says:

    hai saya sdh mbuat permohonan 2 minggu lepas hari ini saya dpt msej We will notify you of the outcome in due course. For info, call our Consumer Contact Centre. TQ. apa ka maksud nya itu

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @mazhar

      “Kami akan memaklumkan kepada anda keputusannya dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami. TQ.”

      Terima kasih.

  • Mira says:

    Salam..
    Saya nak tanya,kalau nak apply loan cimb,tapi slip gaji bertulis..boleh buat ke?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Mira

      Wsalam,

      Slip gaji bertulis tu dikenali sebagai Baucar Gaji.

      Boleh mohon tetapi pastikan maklumat kat baucar gaji tu sama dengan kemasukan gaji ke bank (jika gaji dimasukkan ke bank) atau sama dengan caruman EPF (jika gaji tunai).

      Terima kasih.

  • zuraidah says:

    saya dah apply loan express cash pada 19/7/2019. agaknya bila boleh dapat tahu approve ke tak..selalunya lulus tak klu apply.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @zuraidah

      Keputusan selalunya tak lebih dari 7 hari bekerja. Paling lewat 14 hari bekerja. Lulus atau tidak CIMB akan hantar SMS untuk maklumkan.

      Tentang selalu lulus tu, kalau kelayakan semua cukup dan tak ada masalah lain – boleh lulus.

      Terima kasih.

  • Ayu says:

    Hai..saya ada apply loan cimb..dah sumbit semua dokumen..tapi smpai skrg masih belum dpt apa2 feedback dr pihak bank..saya ada call bank..dia org cuma kata masih dalam proses tp masalahnya skrg sy dh tunggu seminggu lebih .masih belum ada apa2 mengatakan loan saya lulus atau tidak

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Ayu

      Mohon cik bersabar tunggu keputusan. Lulus atau tidak CIMB akan maklumkan nanti.

      Terima kasih.

      • Ayu says:

        Saya dah dapat sms dr bank yg mngatakan loan sy sudah approved dan dpt call ..tapi saya tak sempat nak angkat call tu…sy try call balik tp tak ada respon..macam mana ye?

  • Arifazrin says:

    Salam.. jika sy bkerja sendiri gaji sy cash tiada slip gaji.. adakah sy juga layak mohon??

  • Nani says:

    Saya nak tanya.gaji saya rm2300/months.. sy dh bkerja dkt company lama dh lebih 2 tahun.. bulan 5 2019 sy masuk company baru.gaji sama jgk.. syarat dokumen 3bulan gaji.mknanya bulan 4,5,6.. tp bln 4 payslip dgn company lain..bulan 5 dan 6 dgn company lain… jadi payslip tu mcm mna ye? Kena tunggu 3bulan dgn company bru ke bru boleh apply? Atau boleh combine payslip dgn majikan lama + majikan baru?

  • Wan says:

    Saya nak Tanya saya ada apply loan di aeon credit tetapi tak lulus..boleh ke saya apply di cimb atau kene tunggu jugak tempoh bertenang jugak walaupun berlainan bank

  • AZLINA BINTI MOKHTAR says:

    HAI
    baru2 nie saya ada buat pinjiman di cimb.saya nak tanya saya kena tunggu 2 minggu ke untuk tahu saya lulus atau tidak.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @AZLINA BINTI MOKHTAR

      Untuk CIMB Xpress Cash, tempoh lulus adalah bergantung kepada pegawai yang uruskan loan cik.

      Terima kasih.

  • hani says:

    berapa hari masa untuk duit masuk dalam akaun bank kata 2 hari jangkau bekerja dah 3 hari tak masuk lagi

  • mimi says:

    kalau sy dah buat pinjaman cash plus boleh ke buat pinjaman xpress ni

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @mimi

      Jika dah mohon CIMB Cash Plus, lulus atau tidak perlu tunggu 6 bulan tempoh bertenang sebelum mohon dengan bank yang sama.

      Terima kasih.

      • Arif says:

        Saya call cimb tanya boleh apply tak xpress cash ni sebab cash plus tak lulus. Dia kata boleh je nak walk in. So boleh ke tak sebenarnya?

        • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

          @Arif

          Jika pihak CIMB cakap boleh apply, tuan boleh apply.

          Tempoh bertenang 6 bulan selepas pinjaman ditolak boleh dikatakan adalah “unwritten rules” dalam permohon pinjaman peribadi. Ini kerana kebanyakan bank akan melihat rekod kredit pemohon dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan untuk menilai skor kredit pemohon.

          Setiap kali kita mohon loan, lulus atau tak lulus akan masuk dalam rekod CCRIS. Jadi kalau bank tengok pemohon ni tiap-tiap minggu apply loan dan kena reject – agak-agak tuan bank nak luluskan ke tak?

          Sebelum ini saya ada uruskan permohonan pinjaman peribadi bank, dan saya deal direct dengan pegawai bank yang uruskan permohonan loan. Boleh dikatakan semua permohonan yang baru kena reject, kemudian apply semula dengan bank yang sama tak sampai 6 bulan – 100% reject.

          So, tepuk dada tanya selera.

          Terima kasih.

  • siti says:

    kalau loan yang lepas habis dibayar dalam bulan january masih boleh balik ke loan baru

  • kai says:

    kalau cimb hantar sms cakap permohonan anda sedang diproses adakah sudah lulus loan tu

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @kai

      Permohonan diproses. Jika lulus CIMB akan hantar SMS “lulus”, dan sebaliknya.

      Terima kasih.

  • Latiff bin Aziz says:

    Saya gaji bersih RN1200 Tetapi saya pencen rm4100( arwah isteri) setiap bulan.layak tak saya pinjam.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Latiff bin Aziz

      Syarat kelayakan mohon ialah gaji bersih RM800 ke atas, jadi tuan layak. Pencen dari pihak ketiga bank tak kira sebagai pendapatan.

      Terima kasih.

  • Aben says:

    gaji bersih 800 layak ap…ak 1800 pn da banyak kali apply pun tak layak

  • Namiyy says:

    Saya bekerja di singapore.. Adakah saya layak untuk memohon loan cimb bank?

  • Azam says:

    Kalau walk in berapa lama ya masa nak diluluslan cimb loan?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Azam

      Bergantung kepada banker yang uruskan permohonan – selalunya antara 1 hingga 7 hari bekerja.

      Terima kasih.

  • kila says:

    bolehkah saya pinjam lagi untuk personal loan kalau saya dah buat loan kereta dgn cimb bank?

  • Mohd rizal says:

    Bolehkah saya pinjam kalau saya dah pinjam kat aeon

  • Fathi says:

    Sy nk tnya kalau gaji xmelalui bank boleh apply tak loan nie? Kalau boleh apa requirement yg diperlukan?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Fathi

      Kat atas tu dah tulis:

      Kerja Swasta (Gaji dibayar tunai & ada potongan KWSP)

      1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
      2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini atau baucar gaji 6 bulan terkini.
      3. Salinan penyata KWSP terkini

      Terima kasih.

  • Emy says:

    Hi..Sekiranya sudah dapat SMS loan sudah approved..Berapa lama yaa masa untuk terima panggilan bagi pengesahan..

  • siti noor farhana says:

    Gaji kasar saya dlm 2400 sy tak ade ape2 htang dgn bank..lulus tak kalau sy nk buat personal loan?

  • AIQIN AMRAN says:

    salam, encik . saya nak bertanya? saya ingin bermohon personal loan, basic saya RM1600, komitmen saya setakat ni hanya ASB maybank, Saya apply ASB rendah 15k, layak ke untuk saya APPLY personal loan cimb

  • Mar says:

    Salam.. Jika ada pinjaman ptptn, Ada peluang juga utk apply loan?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      Wsalam, Tak ada masalah untuk apply sebarang loan sekiranya ada pinjaman ptptn. Masalah timbul jika ada tunggakan ptptn. Terima kasih.

  • hakiku says:

    Assalam

    gaji kasar saya 2.5k – 3k sebulan… saya mahu bt loan dlm 20k.. peluang untuk lulus tu tinggi ke cik? komitment dgn bank dan lain2 tak pernah ada, motor dan kereta beli cash dahulu… t. kasih cik…

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @hakiku

      Maaf saya tak tahu, Lulus atau tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak bank (CIMB).

      Tetapi, jika cukup syarat kelayakan dan rekod kredit cantik, tak ada masalah untuk lulus.

      Terima kasih.

  • keat says:

    hi saya nak tanya kalau gaji dia kira perhour boleh tak nak apply cash express loan? terima kasih

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @keat

      Perlu ada gaji asas (basic), gaji kasar (gross pay) dan gaji bersih (netpay).

      Terima kasih.

      • Din says:

        Hi , saya nak tanya ? Saya sudah semak kelayakan , saya dapat email dari ringgitplus document2 sya tu perlu dihantar kepada siapa ye ? Sebab dalam email tuh ckp hantar ke branch cimb .

        • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

          @Din

          Hi,

          Hantar kat branch CIMB terdekat seperti yang dinyatakan kat Email tu? Maaf boleh tahu kat mana yang tuan kurang jelas?

          Jika tuan ada sebarang kemusykilan tentang proses permohonan tuan boleh berhubung terus dengan pihak RinggitPlus – diaorang akan bantu tuan mohon.

          Terima kasih.

  • Amir says:

    Saya nak pinjam rm10000

    Amir

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Amir

      Minta tuan baca Cara Mohon kat atas. Dan tolong jangan letak nombor telefon kat laman web public macam ni, jadi target Scammer.

      Terima kasih.

  • Tehah says:

    Salam…sya nk tnya..klau prmohnan prtama gagal blh ke klau nk apply blik

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Tehah

      Wsalam,

      Seelok-eloknya tunggu 6 bulan tempoh bertenang sebelum mohon dengan bank yang sama. Kalau nak mohon dengan bank lain boleh.

      Terima kasih.

  • mohd harris says:

    saya nak buat loan 10k..gaji saya pun melalui cimb bank…boleh ka saya memohon

  • Kartiyayini Sankaran says:

    Hi i dah succesfully apply and i dah dpt cash nye.. sekarng i nak tanya kalau i nak buat pemohonan lagi boleh buat atau tidak boleh pemohonan sekali lagi sehinga hbs bayaran ?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Kartiyayini Sankaran

      Hi,

      CIMB Xpress Cash boleh buat permohonan baru atau overlap selepas 6 bulan dari tarikh loan sedia ada lulus. Cuma pastikan bayaran selama 6 bulan tu cantik dan tak ada miss atau lewat bayar.

      Terima kasih.

  • andra says:

    hai admin.

    admin saya ingin bertanya boleh kah saya apply personal loan cimb cash express ini kerana sebelum ni saya ada buat loan moto dan personal loan dengan aeon. kalau boleh saya ingin apply around 3k sahaja. adakah application saya ini wajar.

    terima kasih

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @andra

      Boleh apply jika cukup syarat kelayakan memohon. Walaubagaimana pun jika loan AEON iCash baru lulus, perlu tunggu 6 bulan tempoh bertenang dari tarikh lulus sebelum mohon sebarang pinjaman bank.

      Terima kasih.

    • Wani says:

      Saya Ada pinjaman ptptn,saya sudah semak nama di ctos,nama saya clear,cuma Ada tunggakan bulan pertama.masa tu belum berkerja,sekarang saya sudah berkerja.saya bayar ptptn macam biasa,cuma tunggakan tu saya Tak mampu bayar penuh,.boleh ke

  • Jie says:

    Sya nak buat pinjaman xpress cash..tpi simpanan dlm akaun selalu habis..duit tu saya pakai buat belanja seperti beli barang2 kereta,motor dan sebagainya lah..sya tak ada buat pinjaman ape pon..hutang bank ke hutang kereta motor x ada..senang cerita saya boros..boleh lulus ke kalau dlm akaun selalu kurang tak ada simpanan?..gaji saya setiap bulan masuk 2600 atau lebih Bila nak smpai hujung bulan jerr baki dah kurang..mcm mane tu peratusan nak lulus tu tinggi tak agak2?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Jie

      Tujuan bank minta penyata akaun bank kemasukan gaji sebagai dokumen untuk mohon loan bukan sebab Bank nak tengok perbelanjaan kita. Tujuannya adalah untuk pihak Bank sahkan gaji yang masuk ke akaun setiap bulan tally atau tidak dengan jumlah kat slip gaji.

      Untuk semak kewangan kita, bank refer kepada rekod CTOS dan CCIRS, bukan kat akaun bank.

      Jadi tak perlu risau tentang duit keluar masuk kat akaun tu, bank tak ambik tau pun. 😀 .

      Terima kasih.

  • Haniff says:

    Assalamualaikum admin, utk anggota tentera boleh x memohon?

  • zawiyah mohamed says:

    nak overlaping kali kedua boleh ke

  • HAMDAN BIN ARIFFIN says:

    Saya dah isi borang pinjaman ini.. Dah t/tangan…. Tapi belum ada sebarang jawapan…. Betul ke pantas…. Saya penjawat awam
    Bila boleh lulus tu en,/ puan. Kalau boleh disegera kan $4000 .

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @HAMDAN BIN ARIFFIN

      Tuan perlu berhubung secara terus dengan pegawai yang uruskan permohonan tuan atau pihak CIMB. Laman web ini hanya beri informasi berkaitan pinjaman peribadi bank.

      Terima kasih

  • Khairul Nizam Abu Hassan Asaari says:

    Saya ada buat pinjaman cimb pada tahun 2013..2016 dah habis bayar..sy nk aply lagi sekali perlukah ulang prosuder yg sama mohon pencerahan

  • syamirah says:

    hi saya nak tanya, kalau loan sudah lulus, surat pengesahan akan di pos atau tak ya

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @syamirah

      Hi. CIMB lakukan pengesahan(akad) melalui telefon, tak ada surat pengesahan. Kalau nak black & white, boleh hubungi pegawai CIMB yang uruskan loan cik.

      Terima kasih

  • Haida says:

    Gaji bersih sy Rm800 , bulan2 cuma bayar coway . Agak2 klau sy cuba loan , dpt ke ?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Haida

      Boleh cuba mohon jika syarat lain layak. Walaubagaimanapun, bayaran Coway tidak akan dikira sebagai komitmen bulanan oleh bank.

      Terima kasih

  • Sayidah Nafisah says:

    Saya nak buat pinjaman peribadi

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Sayidah Nafisah

      Baca artikel di atas bagaimana langkah untuk buat pinjaman peribadi bank CIMB.

      Terima kasih

  • kusnan says:

    salam..baru2 nie saya ada memohon CIMB Xpress Cash tapi sampai sekarang pihak CIMB belum ada menghubungi ataupun sms

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @kusnan

      Wsalam. Minta tuan semak dan follow up dengan pegawai yang uruskan permohonan tuan.

      Terima kasih

  • hanafi Yusof says:

    Hye saya dah apply loan 4/10 tapi sampai skrgxdapat sms lulus ke x??saya bln bln 1500 xde komitmen agak agak bole lulus x

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @hanafi Yusof

      Maaf, saya tak tahu. Tuan perlu semak dengan pegawai yang uruskan permohonan loan tuan.

      Kelayakan minima untuk CIMB Xpress Cash ialah gaji bersih RM800 sebulan, jadi jika syarat lain takde masalah – kemungkinan lulus adalah tinggi. Walau bagaimanapun, banyak lagi faktor yang bank tengok selain gaji

      Terima kasih

  • AWLIYAK says:

    MACAM MANA KALAU NAK MINTA PIHAK TUAN TOLONG URUSKAN YE ? SBB SY KEJE TAKDE MASA NAK WALK IN . BILA TIME SY CUTI BANK PULA TUTUP

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @AWLIYAK

      Buat masa sekarang kami menutup sebentar perkhidmatan kami kerana sedang lakukan penstrukturan semula.

      Terima kasih

  • suren says:

    kerja singapore bleh lulus tak…DSR, CCRIS all okay.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @suren
      Lulus atau tidak bergantung kepada banyak faktor. CIMB xpress cash tak buka untuk kerja di Singapore. Boleh cuna AEON iCash atau Hong Leong Personal Loan. Terima kasih.

  • anna says:

    hi, sy ada buat permohonan loan kat kiosk cimb tesco pada 5/9 but still belum dapat jawapan, katanyer dalam masa seminggu. bagaimana saya boleh untuk menyemak loan saya lulus atau tak ? sebabnya , keperluan buat loan bukan sengaja, ada komitmen dan keperluan asas yang penting sehingga seseorang tuh membuat permohonan. terima kasih

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @anna
      Sila berhubung terus dengan pegawai yang uruskan loan puan, atau dengan pihak CIMB. Kami hanya boleh semak jika mohon melalui pihak kami. Terima kasih.

  • Nor farizan binti hamzah says:

    Untuk buat pinjaman

  • Sharm says:

    Bermakna bank yg lain pun sama juga la., apa maksud Rm800 pun boleh apply., sy tak fhm la apa yg diorang buat ni.,pegi bank ni dia ckp simpan duit kat ASB,yg satu ni jgn ckp la cikadak dia score card la,tu la ,,macam mana kwn sy ni br buat loan,tak sampai sebulan pun apply loan lain,boleh dapat,yg sblm ni nk byr 420,yg br ni 380,gaji 1500 je , (nmpk tak kat situ bg anaiya kat org tu) yg sy ni bln2 tak de pe2 nak bayar,.tak dapat nk bt loan,. Jap2 ohh!!diorang tgk kat kwsp sy., ada 32k je memang la tak bg., pe2 nti diorg bleh claim kat situ,. Hayun betul,. Patut la ., kan boleh budi bicara., takpe la klw nak tgu 6 bln.,apa2 pun t.ksh

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Sharm
      Perlu tunggu 6 bulan untuk bank yang sama, bank lain boleh apply. RM800 adalah gaji bersih yang minima seperti yang dinyatakan untuk syarat kelayakan pada artikel di atas. Jika loan baru lulus, tapi bank belum update rekod di Bank Negara, boleh apply loan lain – jika dah update selalunya perlu tunggu 6 bulan tempoh bertenang sebelum apply semula. Banyak faktor yang menentukan sama ada permohonan loan diluluskan atau ditolak, bukan sekadar gaji atau komitmen. Untuk maklumat lanjut tuan boleh baca di artikel -> http://pinjamanperibadibank.com/permohonan-pinjaman-peribadi-tidak-diluluskan-bank/ . Terima kasih.

  • SHAHRUL HISHAM BIN ISAHAK says:

    Maafkan saya,Saya ada apply online xpress cash sebelum ni,pegawai pun takda reply lagi., macam mana nak cancel kan apply saya tu,saya dah walk in kat cimb,risau nanti ada effect kat apply saya tu dah tak lulus.,kalau takde effect takpe., macam mana nak cancel kan., n t.q

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @SHAHRUL HISHAM ISAHAK
      Ada rekod tuan isi borang semak kelayakan pada laman web kami, tetapi seperti yang di maklumkan pada borang, itu bukan borang permohonan pinjaman peribadi – tetapi hanya untuk pihak kami semak kelayakan bank yang sesuai. Tiada permohonan online untuk CIMB Xpress Cash, hanya boleh walk-in atau menelefon pihak CIMB. Jika tuan dah mohon secara walk-in, sila berhubung terus dengan pegawai CIMB yang uruskan permohonan pinjaman tuan. Terima kasih.

      • Shahrul Hisham says:

        Ye ke., ok la teruskan klw boleh, cimb pun da reject ,. Gaji Rm1300 pun tak lulus, tak de commitment apa2 pun,.apa yg susah sangat nak bg pun tak tau la,score credt la,bnyk sangat cikadak dia,.yg wang brlesen ni pula nak duit jaminan elok sangat la tu,.org nk pinjam duit kat dia,dia srh kita cari duit jaminan.,hayun tul.,so klw ada yg nak bg sy teruskan,klw takde pun takpe la., suka sangat la diorng ni mkn bunga tu.,

        • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

          @Shahrul Hisham
          Kalau tuan dah mohon sendiri dan permohonan ditolak, perlu tunggu 6 bulan tempoh bertenang sebelum mohon semula. Syarikat pinjaman berlesen yang betul takkan minta wang pendahuluan atau jaminan. Terima kasih.

  • Azhar says:

    berapa jumlah caj yang dikenakan jika loan diluluskan ?

  • YUSLIZA YUSOF says:

    hai …loan cimb xpress saya dah lebih dari setahun blh kah saya nak overlap semula pinjaman saya…

  • Juani anak veronica says:

    https//pinjamanperibadibank.com

  • tumcial says:

    oh mcm tu. agak2 situasi sy skrg lulus ke x?

  • tumcial says:

    hi. saya sudah pergi ke bank untuk try apply cimb express dan dia sudah bagi sy borang. tetapi dlm borang tuh kenapa sy perlu isi sekali untuk credit card? sedangkan saya ingin memohon personal loan sahaja. satu lagi gaji bersih sy hanyalah 900 sahaja tp sy risau sbb ptptn sy belum bayar lg tp sy sudah buat penangguhan. ini kerana saya baru sahaja grad tahun lepas. mohon pencerahan.

    terima kasih encik

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @tumcial
      Kenapa tak tanya terus dengan pihak CIMB ketika dapat borang tersebut? Untuk CIMB susah lulus jika ada tunggakan PTPTN. Terima kasih.

      • tumcial says:

        tapi sy sudah buat penangguhan ptptn. saya baru sahaja konvo tahun lepas.

        • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

          @tumcial
          Jika nak tuan nak mohon sendiri, iaitu secara terus dengan pihak CIMB – lebih sesuai tuan berbincang dengan pegawai loan CIMB yang akan uruskan loan tuan nanti. Tanya apa sahaja yang nak ditanyakan kat beliau, dan beliau akan terangkan panjang lebar. Terima kasih.

  • Shila says:

    Hi I’m shila…my husband wan apply personal loan..but he don’t have kwsp..he work as bus driver..so please give feedback..and incarch contact number

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Shila
      Hi, please refer to the requirements, i.e documents needed. We cannot help you if the applicant cannot procure or produce the required documents. And, what is “incarch”? Thank you.

  • zaty says:

    sekiranya saya dah ambil CIMB xpress cash financing sebanyak RM20000, boleh ke saya tambahkan lagi jumlah pinjaman saya? Kelayakan saya sehingga RM40000.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @zaty
      Untuk CIMB Xpress Cash, perlu tunggu 6 bulan dari tarikh loan lulus untuk overlap. Terima kasih.

  • norziana says:

    kalau buat loan ni kena isi borang tandatangan melalui bos/ketua jabatan atau tak perlu ye? borang tu hantar melalui email atau ambil di bank sendiri?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @norziana
      Tak perlu pengesahan majikan. Jika nak apply sendiri perlu ke mana-mana cawangan CIMB terdekat atau kiosk CIMB. Kalau nak guna khidmat kami untuk mohon cuma perlu isi borang semak kelayakan yang kami sediakan. Jika layak kami akan hubungi semula untuk urusan lanjut. Terima kasih.

      • norziana says:

        kalau melalui online je tanpa perlu ke bank atau kiosk boleh ke?

        • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

          @norziana
          Untuk CIMB Xpress Cash perlu ke cawangan atau Kiosk. Tetapi jika apply guna perkhidmatan kami, urusan semua melalui email dan whatsapp. Jika nak guna perkhidmatan kami, sila isi Borang Semak Kelayakan yang disediakan. Terima kasih.

  • Hilton bin sturie says:

    Hari itu sy ade buat personal loan..bulan 4..jawapan dari bank cimb belum ade lagi

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Hilton
      Kalau dah 2 bulan belum ada keputusan, besar kemungkinan loan tak lulus atau ada masalah lain. Tempoh proses CIMB Xpress Cash selalunya antara 2-10 hari bekerja sahaja. Minta tuan semak dengan pihak CIMB. Kami tak dapat bantu kerana tuan tak mohon guna khidmat kami. Terima kasih.

  • Azrul says:

    Kalau tak ada komitmen boleh lulus k?sbb Sy tak da komitmen..sy try buat kt ambank tp pegawai tu suruh sy buat asb dlu..untuk tngok komitmen

  • AZIZAN ROSLIH says:

    Hi,saya ada buat permohonan.boleh tolong check result?sebab saya check kelayakan boleh dapat.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @AZIZAN ROSLIH
      Maaf, sekiranya kami tak hubungi selepas 72 jam, bermaksud kami telah melakukan pre-screen dan mendapati kami tak dapat bantu. Terima kasih.

  • khaty says:

    saya nak tanya..baru2 ni sya ada apply personal loan CIMB..masa isi borang tu 20 april..tp pada bulan may borang saya return balik sbb emel xda isi.so pegawai di kaunter dh sent blik borang sya pda 01 may..smpi skrg xda feedback..sya dh follow up dgn pihak bnk tp blm ada kputusan lg..smpi skrg blm ada apa2 [email protected] menyatakn loan sya ditolak.mcm mna tu ye.ada hrpn utk lulus x?brp lama ye tempoh loan tu akan lulus?sbb kwn sya pn ada loan tp serta merta dpt notification bhwa loan dia x lulus.x mcm sya..msuk 3 minggu dh ni..

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @khaty
      Untuk CIMB Xpress Cash bergantung kepada pegawai yang uruskan loan tersebut, selalunya antara 7 hingga 14 hari bekerja. Minggu lepas banyak cuti umum, jadi mungkin makan sedikit masa.

  • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

    @hanif
    UNtuk CIMB XPress Cash ambil sedikit masa kerana banker perlu proses manual.

  • hanif says:

    salam nak tanya? proses mmg ambil masa yg lama ke?

  • NURULAFIKA says:

    Salam saya ada buat permohonan dan hantar dokumen pada 19/4. Pada 25/4 ada follow up tapi sampai skg tak dapat jawapan. adakah saya kena tunggu panggilan dari pihak bank?

  • NURULAFIKA BINTI TUAH says:

    Salam saya ada buat permohonan dan hantar dokumen pada 19/4. Pada 25/4 ada follow up tapi sampai skg tak dapat jawapan. adakah saya kena tunggu panggilan dari pihak bank?

  • Farina says:

    Buln lps sye ade mhon loan aeon..tp x lulus…blh sye mhon pinjaman peribadi cimb nie???

  • ARNOLD RIMAN says:

    dapat ke tidak

  • Nia says:

    Salam. Saya sudah isi borang dan menunggu feedback daripada pihak encik. Tapi sampai sekarang saya belum menerima email dari pihak encik. Boleh saya tahu, adakah saya layak memohon pinjaman peribadi? Terima kasih

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Nia
      Wsalam. Seperti yang dimaklumkan selepas puan isi borang semak kelayakan – Sekiranya kami tidak menghubungi/follow up selepas 72 jam, dukacitanya kami tak dapat bantu untuk memohon pinjaman peribadi bank. Saya dah semak maklumat yang puan isi pada borang. Komitmen bulanan terlalu tinggi sehingga melampaui syarat minima yang dikehendaki bank. Walaupun loan kereta CIMB bukan puan yang bayar, loan tersebut masih di atas nama puan. Maaf tak dapat bantu.

  • zull bin abdul rahman says:

    sy dah isi borang n tungu jawapan drp pihak tuan/puan
    potongan bulanan tu mcm mana

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @zull
      potongan bulanan bergantung kepada jenis bank dan jenis loan. Kami akan semak bank yang sesuai berdasarkan kelayakan yang tuan isi di borang semak kelayakan dan akan maklumkan melalui email atau WhatsApp. Terima kasih.

  • azizah says:

    adakah kita akan diberitahumelalui sms atau email bila wang sudah dibank in ke akaun

  • azizah says:

    48 jam from approval or from aqad

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @azizah
      Akad tu menandakan loan dah approved dan pemohon bersetuju untuk terima loan yang ditawarkan. Jadi, 48 jam selepas akad/approval.

  • azizah says:

    kalau kita buat cimb cash plus. berapa hari pinjaman tu akan di bank in ke akaun peminjam

  • Reno says:

    Saya nk buat personal loan..

  • Rohana bt mohd amin says:

    Nak mohon pinjaman

  • Irza says:

    Kalo basic 2k….mmg terus dapat tunai kat bank pada hari yg sama ke?

  • Lin says:

    Berapa lama tempoh utk proses pemohonan itu dilulusksn setelah borang diisi dan diserahkn kpd pihak bnk.?

  • nisa says:

    kalau pernah cuba loan cimb express dlm beberapa bulan yang lepas dan ingin mencuba lagi dapat ke?

  • dah terkena says:

    Hmmmm sume syarat tu saje nk mengabui mata jer…auta jer lebih…sampai sana mcam2 dia nk…gaji bersih rm1000 pon belom tentu lepas..walaupon komitmen sikit…

  • Khatijah andulon says:

    Saya nak cek kelayakan pinjaman peribadi

  • Muhammad nazri bin kasim says:

    sy nk pinjam paling maksimum

  • MOHD IQBAL BIN MUSTAMAR says:

    Sy nk mohon pinjaman

  • mohd sayuti bin rosli says:

    sayaa nak check kelayakkan berapa boleh meminjam

  • Noraida binti abdul hamid says:

    Pijaman peribadi

  • >