Cash-i Muamalat

Cash-i Muamalat
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Pinjaman daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 2.69% p.a hingga 7.52% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Had Umur 18 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Pendapatan Rendah, Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

Cash-i Muamalat adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad. Pelan pinjaman Islamik ini sepenuhnya patuh Syariah dengan berlandaskan beberapa konsep Islamik seperti Tawarruq dan Murabahah. Pelan pembiayaan ini juga adalah pelan pinjaman tidak bercagar. Oleh itu anda sebagai pemohon tidak perlu mengemukakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.

Pelan pembiayaan ini ditawarkan kepada pekerja sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan, dan kakitangan badan-badan berkanun. Anda perlu berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga 60 tahun pada tarikh akhir bayaran. Syarat kelayakan gaji pula berbeza mengikut jenis jawatan, sama ada anda menyandang jawatan tetap, kontrak, atau baru berkhidmat. Rujuk bahagian syarat kelayakan di bawah untuk maklumat lengkap berkaitan kelayakan pendapatan.

Sekiranya anda adalah kakitangan sektor swasta (profesional) dan bekerja sendiri, ingin buat pembiayaan daripada Bank Muamalat, anda boleh mohon Cash-i Muamalat Pro yang ditawarkan untuk kakitangan sektor swasta dan GLC.

Bank Muamalat Cash-i menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM10,000 hingga jumlah pembiayaan maksimum RM200,000. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah tempoh minimum 2 tahun hingga maksimum 10 tahun, atau sehingga anda berumur 60 tahun, atau sehingga tarikh pencen (yang mana yang lebih awal).

Pelan Cash-i Muamalat mengenakan dua jenis caj perkongsian kadar keuntungan, iaitu kadar terapung dan kadar tetap. Untuk kadar terapung, caj perkongsian yang dikenakan adalah antara 3.80% setahun (p.a) hingga 7.52% p.a. Untuk kadar tetap pula caj perkongsian yang dikenakan ialah adalah antara 2.69% p.a hingga 6.69% p.a. Caj ini berbeza bergantung kepada tempoh pembiayaan, pilihan perlindungan Takaful, dan juga kaedah bayaran ansuran. Anda boleh rujuk pada maklumat lanjut di bawah.

Salah satu ciri istimewa pelan pembiayaan Bank Muamalat Cash-i ini ialah ciri penyatuan hutang atau debt consolidation. Anda boleh mohon pembiayaan ini untuk menyatukan pinjaman atau hutang yang sedia ada ke dalam satu pinjaman sahaja.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri-ciri lengkap pembiayaan ini, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pembiayaan ini secara atas-talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Cash-i Muamalat

Pelan pembiayaan peribadi Bank Muamalat ini menawarkan beberapa ciri menarik.

  • 100% patuh Syariah
    Dengan berlandaskan prinsip Tawarruq dan Murabahah, pelan pembiayaan ini adalah patuh Syariah sepenuhnya, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon.
  • Tanpa cagaran dan penjamin
    Sebagai pelan pembiayaan tidak bercagar, anda tidak perlu penjamin atau cagaran untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi
    Anda boleh mohon sehingga RM200,000 dengan pelan pembiayaan Bank Muamalat ini – satu jumlah yang tinggi untuk pinjaman tidak bercagar.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang
    Dengan tempoh pembiayaan yang fleksibel dari 2 hingga 10 tahun, anda dapat merancang kewangan dengan lebih mudah dan efektif.
  • Perkongsian kadar keuntungan yang fleksibel
    Pelan pembiayaan ini menawarkan caj kadar keuntungan yang begitu fleksibel. Kadar keuntungan tahunan dikira berdasarkan beberapa faktor iaitu kadar terapung atau kadar tetap, tempoh pembiayaan, kaedah bayaran, dan pilihan perlindungan Takaful. Rujuk caj perkongsian kadar keuntungan Cash-i Muamalat di bawah.
  • Ciri penyatuan hutang
    Jika anda terbeban dengan pinjaman dan pembiayaan yang terlalu banyak, anda boleh guna kaedah penyatuan hutang atau debt consolidation untuk meringankan beban anda. Ciri penyatuan membenarkan anda menyatukan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam pembiayaan Cash-i Muamalat. Jadi anda hanya perlu bayar satu pinjaman sahaja setiap bulan.
  • Ditawarkan kepada kakitangan kontrak
    Tidak seperti kebanyakan pembiayaan kakitangan sektor awam, Bank Muamalat membuka permohonan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat dan juga kepada kakitangan dengan status kontrak.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel
    Anda boleh pilih kaedah bayaran ansuran yang pelbagai seperti potongan gaji majikan, pindahan bayaran ke Bank Muamalat, Autodebit, dan arahan tetap (Standing Instruction).
  • Tiada caj proses
    Anda tidak akan dikenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan pembiayaan anda lulus.

Caj perkongsian kadar keuntungan Cash-i Muamalat

Berikut ialah maklumat lengkap tentang caj kadar keuntungan untuk pelan pembiayaan ini.

Kadar terapung

Tempoh Pembiayaan Potongan Gaji Potongan Gaji Dengan Takaful Arahan Tetap Arahan Tetap Dengan Takaful
2-3 Tahun Kadar Asas + 1.24% Kadar Asas + 2.24% Kadar Asas + 3.24% Kadar Asas + 4.24%
4 – 10 tahun Kadar Asas + 1.96% Kadar Asas + 2.96% Kadar Asas + 3.96% Kadar Asas + 4.96%

Kadar Asas (KA) semasa ialah 2.56%

Kadar tetap

Tempoh Pembiayaan Potongan Gaji Potongan Gaji Dengan Takaful Arahan Tetap Arahan Tetap Dengan Takaful
2-3 Tahun 2.69% p.a 3.69% p.a 4.69% p.a 5.69% p.a
4 – 10 tahun 3.69% p.a 4.69% p.a 5.69% p.a 6.69% p.a

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang anda perlu patuhi untuk mohon pembiayaan Cash-i Muamalat.

Syarat Umum

  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun (atau tarikh pencen).
  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Kakitangan Kerajaan (Berkhidmat lebih dari 1 tahun)

  • Berjawatan tetap.
  • Pendapatan gaji kasar + elaun tetap lebih dari RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun.

Kakitangan Awam (Berkhidmat kurang dari 1 tahun)

  • Menyandang jawatan kurang dari 1 tahun.
  • Pendapatan gaji kasar lebih dari RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.

Kakitangan Kerajaan (Kontrak)

  • Berkhidmat tidak kurang daripada 1 tahun.
  • Jawatan Gred 41 ke atas atau untuk Jururawat Gred U29 ke atas.
  • Pendapatan gaji kasar lebih dari RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.

Kakitangan Syarikat Panel

  • Pendapatan lebih dari RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun (gaji kasar dan elaun tetap).
  • Berjawatan tetap.
  • Berkhidmat lebih dari 3 tahun di syarikat yang sama.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Cash-i Muamalat, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda layak untuk mohon Cash-i Muamalat, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan 3 bulan penyata akaun bank kemasukan gaji.
  4. Surat pengesahan jawatan (untuk kakitangan kerajaan).
  5. Borang sokongan pendapatan jika ada.

Jadual Bayaran Bulanan Cash-i Muamalat

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Cash-i Muamalat. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Cash-i Muamalat
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang akan dikenakan sekiranya permohonan anda lulus.

  1. Tiada caj proses
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.

Caj-caj lain yang dikenakan adalah seperti caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% daripada jumlah yang tertunggak.

Pihak Bank Muamalat tidak akan mengenakan sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk buat penamatan atau penyelesaian awal. Malah anda kana diberikan rebat (Ibra’).

Cara Mohon Cash-i Muamalat

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pelan pembiayaan Cash-i Muamalat dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Review Cash-i Muamalat

Cash-i Muamalat yang ditawarkan kepada kakitangan sektor awam adalah sebuah pelan pinjaman peribadi yang menarik. Antara kelebihan utama pelan pembiayaan ini ialah pelan ini ditawarkan kepada semua kakitangan sektor awam tidak kira yang baru berkhidmat mahupun mereka yang menyandang jawatan dengan status kontrak. Dalam erti kata lain, kakitangan awam yang baru berkhidmat dalam tempoh 1 tahun boleh mohon pembiayaan ini. Pelan ini juga menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi iaitu sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang. Dengan ciri penyatuan hutang yang ditawarkan, pelan pembiayaan ini sesuai untuk kakitangan sektor awam yang sedang mencari kaedah untuk meringankan beban bulanan dan menguruskan kewangan dengan lebih bijak.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Ciri penyatuan hutang.
  • Ditawarkan kepada kakitangan kontrak.
  • Ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang baru berkhidmat.
thumbs-down
Kekurangan
  • Caj perkongsian kadar keuntungan yang agak tinggi berbanding pelan pembiayaan Islamik yang lain.
Rating
4/5

Soalan Lazim Cash-i Muamalat

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Cash-i Muamalat
Apakah Cash-i Muamalat?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan dengan had umur dari 18 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Cash-i Muamalat?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM10000 hingga RM200000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Cash-i Muamalat di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Cash-i Muamalat.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Cash-i Muamalat yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Cash-i Muamalat?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

47 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right