MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP

MBSB Ihsan-i Fasiliti Akaun 2 (FSA2) KWSP
MBSB Bank Berhad
Pinjaman daripada MBSB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM3000 hingga RM50000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 4.50% p.a
Sektor Pekerjaan Tentera / Pesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Ciri Menarik Bank, CTOS CCRIS, Pinjaman KWSP
Tempoh Keputusan Lulus 5 hari bekerja

Pembiayaan MBSB Ihsan-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP adalah pelan pinjaman khas untuk KWSP yang ditawarkan oleh MBSB Bank. Pelan pembiayaan KWSP ini ditawarkan selari dengan pelancaran FSA2 KWSP bertujuan untuk memberi pilihan kepada pencarum mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik dengan konsep Tawarruq yang terdiri daripada dua kontrak jual beli. Oleh itu, anda boleh mohon tanpa ragu.

Pinjaman KWSP MBSB Ihsan-i ditawarkan kepada ahli KWSP berumur 40 hingga 50 tahun ketika mohon dengan baki simpanan minimum RM3,000 di dalam akaun 2 KWSP. Ahli yang ingin mohon juga perlu mendaftar i-Akaun dengan KWSP untuk layak mohon.

Sekiranya anda layak, anda boleh mohon dari jumlah pinjaman minimum RM3,000 hingga jumlah maksimum RM50,000. Tempoh pinjaman yang dibenarkan pula ialah dari 1 hingga 10 tahun, atau berumur 55 tahun pada tarikh akhir pinjaman.

Caj kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah Kadar Asas Semasa (KAS) + 1.75% setahun. Anda harus maklum yang Kadar Asas Semasa atau Base Lending Rate (BLR) adalah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan sentiasa berubah.

Tempoh proses permohonan yang ditetapkan pula ialah dari 5 hari bekerja bermula dari tarikh anda menghantar permohonan bersama dokumen yang lengkap.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap Pembiayaan MBSB Ihsan-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP, termasuk syarat kelayakan mohon, dokumen yang perlu disediakan, caj yang dikenakan, dan langkah lengkap untuk mohon.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  8. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP

  • Jumlah pinjaman yang fleksibel bermula dari pinjaman minimum RM3,000 hingga pinjaman maksimum RM50,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 10 tahun.
  • Caj kadar faedah yang berpatutan.
  • Tiada caj duti setem.
  • Tiada caj penamatan awal. Malah MBSB Bank akan menawarkan rebat (Ibra’) untuk penyelesaian awal pembiayaan.
  • Kaedah bayaran balik yang fleksibel. Anda boleh pilih untuk buat bayaran ansuran bulanan melalui bayaran tunai di kaunter MBSB Bank, arahan tetap, atau perbankan dalam talian melalui bank pilihan anda.
  • Individu yang mempunyai tindakan undang-undang atau tunggakan di rekod CCRIS boleh mohon. Walau bagaimanapun perkara ini masih tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak MBSB Bank.

Syarat kelayakan untuk mohon

  • Berumur 40 hingga 50 tahun ketika mohon.
  • Ahli KWSP dengan baki simpanan minimum tidak kurang daripada RM3,000 dalam akaun 2 KWSP.
  • Berdaftar i-Akaun dengan KWSP.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan pengenalan diri (MyKad) depan dan belakang untuk individu berpendapatan tetap
  • Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini, atau penyata pendapatan 3 bulan terkini, atau Borang BE bagi yang bekerja sendiri.

Dokumen lain seperti dokumen sokongan mungkin akan diminta oleh pihak MBSB Bank bergantung kepada kelayakan anda.

Jadual Bayaran Bulanan MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

  1. Tiada caj duti setem.
  2. Tiada caj atau fi Wakalah.
  3. Caj perlindungan Takaful. Jumlah caj ini berubah bergantung kepada faktor seperti umur, jumlah pembiayaan, dan tempoh pembiayaan.
  4. Tiada caj penamatan awal dengan syarat anda mengemukakan notis bertulis kepada pihak MBSB Bank. Bergantung kepada situasi, anda akan memberikan Ibra’ (rebat) untuk penyelesaian awal pinjaman.

Cara Mohon MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pembiayaan MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP melalui kaedah berikut.

  1. Layari laman sesawang permohonan di alamat https://www.fsa2mbsbbank.com/
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan ikuti langkah seterusnya untuk teruskan permohonan.

Soalan Lazim MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP
Apakah pembiayaan peribadi MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP?
chevron-down

Pembiayaan peribadi MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP adalah sebuah produk pinjaman peribadi untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui notis pengeluaran akaun 2 KWSP.

Siapa yang boleh mohon pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan pada maklumat di atas.

Bilakah saya boleh mohon pinjaman ini?
chevron-down

Anda boleh mohon pinjaman peribadi MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP bermula dari 14 April 2023.

Bilakah tarikh tutup permohonan?
chevron-down

Tarikh tutup permohonan MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP ialah pada 4 April 2024.

Berapakah jumlah pembiayaan yang saya boleh pinjam?
chevron-down

Anda boleh mohon pembiayaan dari RM3000 hingga RM50000. Walaubagaimanapun, jumlah lulus akhir akan ditentukan oleh pihak MBSB Bank Berhad setelah menilai kelayakan anda.

Berapakah caj kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan?
chevron-down

Caj kadar faedah/keuntungan yang dikenakan untuk pembiayaan peribadi ialah Kadar Asas Standard (KAS) + 1.75% setahun. Oleh kerana KAS sentiasa berubah, kadar keuntungan juga akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan berdasarkan kepada nilai KAS.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang dibenarkan?
chevron-down

Tempoh pembiayaan yang dibenarkan ialah sehingga 10 tahun, atau sehingga anda berumur 55 tahun pada tarikh akhir pembayaran.

Apakah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan saya lulus?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj yang dikenakan pada maklumat di atas.

Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Boleh. Tetapi anda perlu melepasi penilaian kelayakan dan semakan kredit yang akan dilakukan oleh pihak MBSB Bank Berhad.

Bolehkah saya mohon lebih daripada satu kali?
chevron-down

Harap maaf. Anda hanya dibenarkan untuk mohon satu kali sahaja untuk pinjaman KWSP ini.

Bolehkah saya mohon bersama pasangan?
chevron-down

Harap maaf, tidak boleh. Pelan pembiayaan ini hanya ditawarkan kepada individu.

Saya mempunyai tunggakan di rekod CCRIS, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Boleh. Walau bagaimanapun, kelulusan masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak MBSB Bank Berhad.

Adakah pinjaman MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP akan direkodkan dalam CCRIS?
chevron-down

Ya. Pembiayaan ini akan direkodkan di dalam CCRIS dan CTOS.

Bagaimana nak mohon pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Mohon pada maklumat di atas.

Selepas saya mohon, berapa lama perlu saya tunggu untuk tahu keputusan?
chevron-down

Pihak MBSB Bank Berhad akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja untuk memproses permohonan MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP.

Permohonan saya telah lulus, bolehkah saya membatalkan pinjaman tersebut?
chevron-down

Harap maaf. Anda tidak boleh membatalkan pembiayaan MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP sekiranya pihak KWSP telah meluluskan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun.

Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya gagal buat bayaran bulanan?
chevron-down

Kelewatan atau kegagalan buat bayaran bulanan akan menjejaskan rekod CCRIS dan CTOS.

Bolehkah saya buat penyelesaian awal untuk pelan pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Ya. Anda boleh buat penamatan awal atau penyelesaian awal untuk MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP. Rujuk pada bahagian Caj yang dikenakan pada maklumat di atas untuk maklumat lanjut.

Saya telah mohon tetapi tidak lulus. Bolehkah saya tahu sebab permohonan saya tidak diluluskan?
chevron-down

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan permohonan anda tidak lulus, iaitu baki simpanan Akaun 2 anda kurang daripada jumlah pembiayaan yang dipohon; atau anda tidak memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MBSB Bank Berhad.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP.

Ada soalan tentang MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

21 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right