RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta 
RHB Bank Berhad
Pinjaman daripada RHB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM2000 hingga RM150000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 84 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 13.45% p.a hingga 20.03% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Had Umur 21 hingga 55 Tahun
Ciri Menarik Bank, Pendapatan Tidak Tetap, Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

Sedang mencari pinjaman untuk dana kecemasan, menguruskan hutang, atau sebarang tujuan peribadi? RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta mungkin antara pilihan terbaik.

RHB Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah sebuah pelan pembiayaan peribadi daripada RHB Islamic yang menawarkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Pinjaman Islamik patuh Syariah sepenuhnya ini adalah pinjaman tanpa cagaran, dan ditawarkan khusus kepada kakitangan sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Jika anda berkhidmat dalam sektor awam dan ingin mohon pinjaman RHB, anda boleh lihat Pembiayaan Peribadi-i RHB untuk Sektor Awam.

Pinjaman Islamik RHB ini menawarkan jumlah pinjaman maksimum sehingga RM150,000 dengan kadar keuntungan berubah (variable profit rate), bermula daripada 13.45% setahun (p.a) dan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun.

Selain kakitangan swasta dan individu yang berniaga, RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta juga boleh dimohon oleh penerima komisen, iaitu individu tanpa pendapatan tetap. Anda perlu berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM3,000 untuk layak mohon.

Antara kelebihan utama pelan pembiayaan peribadi ini ialah anda boleh buat penyatuan hutang, atau debt consolidation. Dalam erti kata lain, anda boleh satukan semua hutang-hutang sedia ada seperti hutang kad kredit, atau pinjaman lain ke dalam pinjaman RHB ini.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap pelan RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta, termasuk dokumen yang diperlukan, jadual bayaran bulanan, dan bagaimana untuk mohon pinjaman ini.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightSemak Status Permohonan
  8. square-arrow-down-rightReview
  9. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  10. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

Pinjaman RHB sektor swasta ini menawarkan beberapa ciri menarik.

Pembiayaan 100% patuh Syariah

RHB Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah 100% patuh Syariah dengan menggunakan konsep Komoditi Murabahah berasaskan Tawarruq dan Wakalah. Jadi, anda boleh mohon tanpa ragu-ragu. Walaupun ini adalah pinjaman Islamik, mereka yang bukan beragama Islam juga boleh mohon tanpa sebarang sekatan.

Jumlah dan tempoh pinjaman yang fleksibel

Mohon jumlah pinjaman serendah RM2,000 hingga RM150,000 dengan tempoh pinjaman antara 2 hingga 7 tahun. Jumlah dan tempoh pembiayaan yang fleksibel ini memudahkan anda merancang kewangan pada masa hadapan.

Kadar keuntungan berubah yang berpatutan

Dengan mengenakan kadar keuntungan berubah (variable profit rate) berdasarkan kepada Kadar Asas Standard Islamik (KASI) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh mengurangkan jumlah kadar faedah sekiranya anda buat bayaran lebih setiap bulan. Bergantung kepada kemampuan bayaran balik, anda boleh dapatkan lebih penjimatan dalam jangka masa panjang.

Ditawarkan kepada penerima komisen

Tidak banyak pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada individu tanpa pendapatan tetap. Walau bagaimanapun, Pembiayaan Peribadi-i RHB untuk Sektor Swasta ini membenarkan anda mohon walaupun anda tidak mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Ini berita baik untuk mereka yang bekerja dengan mendapat komisen bulanan.

Ciri penyatuan hutang yang membantu

Kelebihan penyatuan hutang yang ditawarkan oleh pinjaman ini sangat membantu sekiranya anda sedang dibebani dengan hutang lapuk. Satukan semua hutang-hutang anda ke dalam satu pinjaman baru dengan kadar keuntungan yang lebih berpatutan melalui pembiayaan peribadi RHB ini.

Kaedah bayaran balik yang fleksibel

Anda boleh pilih untuk bayaran ansuran bulanan melalui pindahan gaji, arahan tetap, atau auto debit melalui akaun bank pilihan anda. Pilih kaedah bayaran yang memudahkan anda tanpa kekangan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Syarat kelayakan yang dikenakan untuk layak mohon Pembiayaan Peribadi-i RHB Sektor Swasta adalah seperti berikut:

  • Berumur 21 tahun hingga 55 tahun pada tarikh bayaran akhir pinjaman.
  • Berkhidmat di sektor swasta dengan pendapatan tetap atau menerima komisen, atau bekerja sendiri.
  • Pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM3,000 (gaji kasar).
  • Tidak disenaraikan hitamkan oleh mana-mana institusi kewangan.
  • Tidak mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya layak, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk mohon.

Bekerja makan gaji

  1. Salinan MyKad depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji sebulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank kemasukan gaji sebulan terkini.
  4. Salinan penyata KWSP 12 bulan terkini.
  5. Salinan borang B/BE dengan resit bayaran cukai LHDN.

Bekerja sendiri

  1. Salinan MyKad depan dan belakang.
  2. Salinan Borang 9, 24, 49, atau sijil pendaftaran syarikat.
  3. Salinan penyata akaun bank syarikat 1 bulan terkini.

Penerima komisen

  1. Salinan MyKad depan dan belakang.
  2. Salinan penyata komisen 6 bulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini.

Jadual Bayaran Bulanan RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Sekiranya permohonan RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta anda lulus, anda akan dikenakan caj-caj berikut:

  1. Caj duti setem 0.5% daripada jumlah pinjaman (akan ditolak terus daripada pinjaman).
  2. Fi Broker berjumlah RM30.00.
  3. Sumbangan Takaful – jumlah adalah berbeza bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan, serta umur pemohon.

Caj-caj lain pula adalah termasuk:

  • Caj lewat bayar (Ta’widh) sejumlah 1% daripada tunggakan.
  • Tiada caj penyelesaian awal akan dikenakan sekiranya anda ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal. Rebat (Ibra’) akan diberikan bergantung kepada RHB Islamic.

Cara Mohon RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta melalui beberapa kaedah berikut.

Isi Borang di Laman Sesawang RHB

  1. Layari laman sesawang rasmi RHB dan isi borang yang disediakan.
  2. Pihak RHB akan menghubungi anda kembali berdasarkan maklumat anda untuk tindakan seterusnya.

Muat turun dan Isi Borang

  1. Muat turun Borang Permohonan yang disediakan di laman sesawang RHB.
  2. Cetak dan lengkapkan borang tersebut.
  3. Hantar borang permohonan anda di mana-mana cawangan RHB terdekat.

Aplikasi RHB Mobile Banking

Sekiranya anda adalah pelanggan RHB sedia ada, anda boleh guna aplikasi RHB Mobile Banking untuk mohon.

  1. Daftar masuk ke aplikasi RHB Mobile Banking anda.
  2. Pilih “Personal Financing-i” dan ikuti arahan yang diberikan untuk meneruskan permohonan.

Walk-in ke Cawangan RHB Bank Berhad

Anda juga boleh mengunjungi cawangan RHB terdekat untuk mohon. Lihat senarai cawangan RHB Bank Berhad seluruh Malaysia

Untuk kemudahkan, anda juga boleh mohon secara atas talian (online) dengan menggunakan perkhidmatan RinggitPlus. Ikuti panduan di bawah untuk mohon secara online.
RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta logo ringgitplus

Mohon RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta 100% ONLINE dengan perkhidmatan RinggitPlus

Anda boleh mohon RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta secara online menggunakan perkhidmatan RinggitPlus. Perkhidmatan ini adalah 100% percuma tanpa caj tambahan.

Anda cuma perlu isi nama dan nombor telefon pada laman permohonan RinggitPlus. Pihak RinggitPlus akan menghubungi anda dan membimbing step-by-step untuk meneruskan permohonan.

Tak perlu susah payah walk-in untuk mohon.

Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah untuk teruskan.

Mohon sekarang
* Anda akan dibawa ke laman web RinggitPlus. Pada laman tersebut klik butang "APPLY FOR LOAN" untuk meneruskan permohonan.

Here goes your text … Select any part of your text to access the formatting toolbar.

Cara Semak Status Permohonan RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

Anda boleh semak status permohonan RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta menghubungi pusat khidmat pelanggan RHB di talian 03-92068118.

Review RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

RHB Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah antara pelan pembiayaan RHB Islamic yang baru diperkenalkan khusus untuk kakitangan swasta. Berbanding RHB Personal Financing yang berkonsepkan pinjaman konvensional, pelan pembiayaan ini adalah pinjaman Islamik. Ini memberi lebih pilihan kepada kakitangan swasta yang sedang mencari pinjaman patuh Syariah. Dengan jumlah dan tempoh pembiayaan yang fleksibel, kadar keuntungan yang berubah, dan ciri penyatuan hutang, pelan pembiayaan Islamik RHB ini memudahkan pemohon merancang dan mengurus kewangan dengan lebih efisien. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji yang ditetapkan mungkin agak tinggi bagi sesetengah pemohon. Sekiranya anda layak, RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta boleh menjadi pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah dan tempoh pembiayaan fleksibel.
  • Kadar keuntungan berubah.
  • Ciri penyatuan hutang yang memudahkan.
thumbs-down
Kekurangan
  • Kadar keuntungan yang agak tinggi.
  • Syarat kelayakan gaji yang tinggi.
Rating
4/5

Soalan Lazim RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta
Apakah RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh RHB Bank Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 21 hingga 55 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM2000 hingga RM150000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak RHB Bank Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 84 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down
Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak RHB Bank Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak RHB Bank Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak RHB Bank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak RHB Bank Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak RHB Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak RHB Bank Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak RHB Bank Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta.

Ada soalan tentang RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right