Akan dibuka dalam tab baharu

Glosari kad kredit

Keliru dengan istilah berkaitan kad kredit, terutama dalam Bahasa Inggeris? Di sini kami senaraikan "jargon" atau istilah yang sering digunakan berhubung kad kredit di Malaysia.
Carian Glosari
Credit Limit (Had kredit)

Jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan atau dipinjam oleh pemegang kad kredit.

Credit Balance (Baki kredit)

Jumlah yang masih boleh dibelanjakan oleh pemegang kad kredit selepas mengira jumlah yang telah dibelanjakan dan bayaran balik yang telah di buat.

Expiration date (Tarikh luput)

Tarikh luput kad kredit boleh digunakan. Selepas tarikh ini, kad tidak sah dan perlu digantikan dengan kad baru.

Card verification code (CVC)

Tiga atau empat digit nombor yang terdapat di belakang kad kredit. Kod ini digunakan untuk mengesahkan identiti pemegang kad kredit selalunya untuk transaksi dalam talian.

Annual fee (Yuran tahunan)

Yuran tahunan atau bayaran yang dikenakan oleh bank atau institusi kewangan kepada pemegang kad kredit setiap tahun sebagai kos penyelenggaraan kad kredit.

Interest (Faedah)

Caj kadar faedah yang dikenakan oleh bank atau institusi kewangan kepada ke atas penggunaan kad kredit.

Due date (Tarikh akhir)

Tarikh yang ditetapkan oleh bank atau institusi kewangan untuk bayaran balik baki kredit. Jika bayaran tidak di buat pada atau sebelum tarikh ini, faedah tambahan akan dikenakan.

Late payment fee (Penalti lewat bayar)

Penalti lewat bayar iaitu caj tambahan yang dikenakan sekiranya bayaran balik tidak di buat pada tarikh matang.

Discount (Diskaun)

Potongan harga yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan kepada pemegang kad kredit jika mereka menggunakan kad kredit mereka di kedai-kedai atau perkhidmatan tertentu.

Cashback (Pulangan tunai)

Ganjaran pulangan wang tunai yang diberikan oleh berdasarkan jumlah yang dibelanjakan dengan kad kredit.

Reward points (Mata ganjaran)

Mata ganjaran yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan berdasarkan jumlah yang dibelanjakan dengan kad kredit. Mata ganjaran ini boleh ditukar atau ditebus dengan barangan atau perkhidmatan tertentu. 

Balance transfer (Pindahan baki)

Proses pemindahan baki kredit dari satu kad kredit ke kad kredit lain, biasanya dengan kadar faedah yang lebih rendah atau 0% untuk tempoh tertentu.

Easy Payment (Ansuran mudah)

Kemudahan yang membolehkan pemegang kad kredit pembelian tunai kepada bayaran secara ansuran dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar faedah biasa.

Cash Instalment (Ansuran tunai)

Kemudahan yang membolehkan pemegang kad kredit memindahkan sebahagian daripada had kredit mereka ke dalam akaun bank mereka sebagai wang tunai. Jumlah ini kemudian boleh dibayar balik secara ansuran dengan kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar faedah biasa.

Cash advance (Pendahuluan tunai)

Pengeluaran wang tunai dari kad kredit, sama ada melalui mesin ATM atau kaunter bank. Caj dan faedah yang tinggi biasanya dikenakan untuk transaksi ini.

0% installment

Kemudahan yang membolehkan pemegang kad kredit membayar balik jumlah yang mereka belanjakan dengan menggunakan kad kredit mereka secara ansuran tanpa dikenakan faedah. Terpakai untuk pelan seperti Balance Transfer, Easy Payment, dan Cash Instalment.

Annual fee waiver (Pengecualian yuran tahunan)

Kemudahan yang membolehkan pengecualian atau pengurangan bayaran yuran tahunan jika memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Credit score (Skor kredit)

Skor yang menunjukkan tahap kredit sesuatu individu berdasarkan rekod kewangan mereka. Skor ini mempengaruhi kemungkinan individu itu mendapat kelulusan untuk pinjaman atau kad kredit, serta kadar faedah yang ditawarkan.

Grace period (Tempoh ihsan)

Tempoh yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan kepada pemegang kad kredit untuk membayar baki kredit mereka tanpa dikenakan faedah. Tempoh ini biasanya bermula dari tarikh penyata kad kredit sehingga tarikh matang.

Minimum payment (Bayaran minimum)

Jumlah minimum yang perlu dibayar setiap bulan untuk mengelakkan penalti lewat bayar. Jumlah ini biasanya ditetapkan sebagai peratusan daripada baki kredit, atau jumlah tetap yang lebih tinggi.

Foreign transaction fee (Caj transaksi wang asing)

Caj yang dikenakan oleh bank atau institusi kewangan kepada pemegang kad kredit jika mereka menggunakan kad kredit mereka di luar negara atau dalam mata wang asing.

Air miles

Jenis mata ganjaran yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan kepada pemegang kad kredit yang boleh ditukar dengan tiket penerbangan atau diskaun penerbangan.

Credit card statement (Penyata kad kredit)

Penyata bulanan yang mengandungi maklumat tentang transaksi, baki, bayaran, faedah, dan caj yang berkaitan dengan kad kredit. Penyata ini boleh dihantar dalam bentuk fizikal atau elektronik.

Sumber Tambahan

Jangan lupa untuk menambah ilmu berkaitan kad kredit melalui sumber tambahan yang kami sediakan.

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakan kad anda dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Soalan Lazim (FAQs)

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Bank Kad Kredit

Kenal pasti bank terpilih yang menawarkan kad kredit di Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut tentang kad kredit ditawarkan.
Lihat Institusi

Artikel & Berita Kad Kredit

Dapatkan maklumat dan berita terbaru berhubung kad kredit di Malaysia melalui laman blog Kad Kredit.
Perubahan Struktur Yuran & Manfaat Kad Kredit CIMB dan Maybank 2026
Disember 13, 2025
Dua bank gergasi umum perubahan besar bermula 2026. Berita baik untuk pengguna CIMB e Credit...
Bank Islam Lancar Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth Untuk Pelanggan Premier Wealth
Januari 23, 2025
Bank Islam melancarkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth eksklusif untuk pelanggan Premier Wealth. Kad...
Kad Kredit HLB Essential Tawar Ganjaran Pulangan Tunai Tanpa Had Bermula 3 Februari 2025
Januari 14, 2025
HLB telah mengumumkan penambahbaikan Kad Kredit HLB Essential dengan pulangan tunai tanpa had bermula 3...
UOB Malaysia Kemaskini Kad PRVI Miles Elite Dengan Ganjaran dan Manfaat Perjalanan Baru
Januari 14, 2025
UOB Malaysia telah mengemaskini Kad PRVI Miles Elite dengan perubahan ganjaran dan manfaat perjalanan. Pemegang...
Lihat semua artikel