Akan dibuka dalam tab baharu

Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending

Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending
Pinjaman daripada Direct Lending Sdn. Bhd.
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM1000 - RM20000
Kadar Faedah
18% p.a - 18% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 48 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
1 hingga 3 hari bekerja

Syarikat Direct Lending Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat konsultan yang menyediakan platform dan menguruskan permohonan pinjaman peribadi telah bekerjasama dengan beberapa syarikat pinjaman wang berlesen untuk menawarkan permohonan pinjaman peribadi wang berlesen secara atas talian (online).

Pinjaman wang berlesen Direct Lending adalah alternatif terbaik kepada pinjaman peribadi bank atau pinjaman peribadi koperasi. Ini kerana kebanyakan pinjaman berlesen tidak mengenakan syarat kelayakan yang ketat berbanding bank atau koperasi.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin mohon pinjaman dari pemberi pinjaman wang (PPW), anda perlu pastikan syarikat PPW tersebut berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kementerian ini bertanggungjawab terhadap semua syarikat pinjaman berlesen, atau sekarang dikenali sebagai syarikat kredit komuniti.

Syarikat-syarikat pinjaman berlesen yang bekerjasama dengan Direct Lending adalah syarikat yang sah dan berdaftar dengan KPKT. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mohon pinjaman peribadi wang berlesen yang diuruskan oleh pihak Direct Lending.

Pelan pinjaman ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 20 dan 60 tahun, dengan pendapatan bulanan tetap tidak kurang daripada RM1,500. Pemohon juga mestilah telah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mohon.

Jika layak, anda boleh mohon sehingga RM20,000 dalam tempoh antara 1 hingga 4 tahun. Kadar faedah atau kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah 18% p.a. Kadar ini adalah nilai yang telah ditetapkan oleh di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Antara kelebihan memohon pinjaman peribadi wang berlesen menerusi Direct Lending adalah perkhidmatan yang ditawarkan. Apabila anda mohon, pihak Direct Lending akan menilai kelayakan, memilih, dan memadankan anda dengan syarikat kredit komuniti terbaik berdasarkan kelayakan dan keperluan anda.

Proses permohonan juga adalah secara atas talian. Anda tidak perlu bersusah-payah untuk pergi ke pejabat setiap syarikat pinjaman berlesen untuk membandingkan pelan pinjaman. Semuanya akan diuruskan oleh pihak Direct Lending.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat lengkap pelan pinjaman ini dan bagaimana untuk mohon secara online.

Kelebihan Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending

  • Tidak perlu cagaran atau penjamin
    Pelan pinjaman peribadi wang berlesen yang ditawarkan adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu menyediakan cagaran atau mengemukakan penjamin untuk mohon.
  • Syarikat sah dan berdaftar
    Pelan yang ditawarkan adalah daripada syarikat kredit komuniti/pemberi pinjam wang (PPW) yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  • Tiada deposit atau wang pendahuluan
    Oleh kerana ini adalah pinjaman yang sah, anda tidak perlu bayar sebarang deposit atau wang pendahuluan sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.
  • Tidak simpan kad ATM
    Tidak seperti pinjaman berlesen yang tidak sah atau pinjaman haram, anda tidak perlu serahkan sebarang dokumen diri seperti MyKad/IC, pasport, atau kad ATM kepada syarikat pinjaman.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel
    Mohon antara RM1,000 hingga RM20,000 mengikut keperluan dan kemampuan anda.
  • Tempoh bayaran balik yang panjang
    Pilih untuk buat bayaran ansuran bulanan sehingga 4 tahun dengan pinjaman ini.
  • Tempoh proses yang pantas
    Anda hanya perlu tunggu antara 1 hingga 3 hari bekerja untuk tahu permohonan pinjaman anda lulus atau tidak.
  • Kadar faedah berpatutan
    Kadar faedah 1.5% sebulan atau 18% setahun yang dikenakan adalah berpatutan dan mengikut jumlah yang dibenarkan untuk syarikat kredit komuniti.
  • Tiada sejarah kredit boleh mohon
    Anda tidak pernah mohon sebarang pinjaman dan tiada skor kredit? Anda boleh cuba mohon pinjaman ini. Pelan pinjaman ini juga ditawarkan kepada individu dengan skor kredit yang rendah di laporan CTOS.
  • PPK AKPK boleh mohon
    Anda juga boleh cuba mohon sekiranya anda sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) daripada AKPK.
  • Permohonan sepenuhnya atas talian
    Mohon dengan mudah secara online menerusi perkhidmatan yang disediakan platform Direct Lending.

Syarat kelayakan untuk mohon

Anda perlu mematuhi syarat-syarat berikut untuk layak mohon pinjaman peribadi wang berlesen yang diuruskan oleh pihak Direct Lending

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 20 hingga 60 tahun pada tempoh matang.
  • Berjawatan tetap dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 bulan.
  • Berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM1,500 atau tahunan RM18,000.
  • Gaji dikreditkan ke akaun bank peribadi.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh syarikat kredit komuniti/pemberi pinjam wang berlesen (PPW).
  • Tidak berstatus muflis.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya layak mohon, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

  1. Salinan kad pengenalan diri (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank (akaun gaji) 3 bulan terkini.
  4. Salinan bil utiliti (elektrik, air, telefon dan sebagainya).
  5. Salinan penyata KWSP 6 bulan terkini.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj yang dikenakan sekiranya permohonan anda lulus.

  1. Tiada caj deposit atau pendahuluan.
  2. Caj proses sehingga 10% ditolak daripada pinjaman (bergantung kepada syarikat kredit komuniti yang dimohon)
  3. Caj yuran guaman sehingga RM70 ditolak daripada pinjaman (bergantung kepada syarikat kredit komuniti yang dimohon)
  4. Caj duti setem 0.5% akan ditolak daripada pinjaman yang lulus.

Cara Mohon Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pinjaman Peribadi Berlesen Direct Lending melalui kaedah berikut:

  1. Layari laman web Direct Lending.
  2. Pilih “Pinjaman Peribadi Wang Berlesen”.
  3. Klik “Semak Kelayakan”.
  4. Isi butiran yang diperlukan.
  5. Klik butang “Hantar”.
  6. Pihak Direct Lending akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya.

Klik untuk melayari laman sesawang Direct Lending

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Ya, pelan ini ditawarkan kepada mereka yang dibawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Walau bagaimanapun keputusan permohonan masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pinjaman Wang Berlesen Direct Lending?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

10 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right