Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap
Pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM10000 - RM300000
Kadar Keuntungan
4.99% p.a - 4.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
5 hari bekerja

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Pelan pinjaman peribadi ini juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing-i (package with fixed rate) atau Bank Islam Flat Rate Personal Financing-i Package.

Terdapat dua pelan Pembiayaan Peribadi-i Pakej yang ditawarkan oleh Bank Islam, iaitu Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap dan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung. Laman ini memberikan informasi berkaitan Pakej Kadar Tetap.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Pakej Kadar Terapung di laman Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung.

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang 100% patuh Syariah. Ini bermaksud anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau menyediakan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pembiayaan Peribadi-i Pakej ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di Sektor Awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kakitangan badan berkanun dan juga kakitangan sektor swasta daripada syarikat terpilih.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah daripada RM10,000 hingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun. Perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu 4.99% p.a.

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Bank Islam untuk mohon pelan pembiayaan ini tidak membebankan. Bank Islam Personal Financing-i (package with fixed rate) ditawarkan kepada pemohon yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan gaji kasar bulanan tidak kurang daripada RM2,000, atau tahunan RM24,000.

Tempoh lulus permohonan yang diperlukan untuk tahu keputusan permohonan anda juga agak pantas, iaitu anda hanya perlu menunggu 5 hari bekerja untuk tahu sama ada permohonan anda lulus atau tidak.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri pembiayaan peribadi ini, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, caj yang dikenakan, jumlah instalment bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online).

Kelebihan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap

Sebagai antara perintis institusi kewangan Islamik di Malaysia, Bank Islam menawarkan beberapa ciri menarik untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap. Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan pelan pinjaman peribadi ini.

  • 100% patuh Syariah
    Pinjaman ini adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dengan konsep Tawarruq, dan komoditi Murabahah.
  • Tanpa cagaran
    Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, pemohon tidak perlu sediakan cagaran atau kemukakan penjamin untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon serendah RM10,000 hingga RM300,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej ini. Satu jumlah yang tinggi untuk pelan pembiayaan peribadi tidak bercagar.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk pinjaman ini adalah daripada 1 tahun hingga 10 tahun untuk memudahkan anda mengurus kewangan anda.
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah
    Seperti nama pinjaman ini, Bank Islam menawarkan kadar keuntungan tetap (fixed profit rate) yang rendah, iaitu bermula dari 4.99% p.a. Kadar keuntungan adalah bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan. Sila rujuk bahagian Jadual Pembayaran Balik untuk maklumat lengkap.
  • Kelulusan pantas
    Anda hanya perlu menunggu kurang dari 5 hari bekerja untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman Bank Islam anda selepas anda menghantar semua dokumen yang diperlukan.
  • Tiada caj proses
    Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda lulus. Walaubagaimanapun perlu membayar caj agensi dan caj pendahuluan ansuran bulanan. Rujuk bahagian “Caj yang dikenakan” di bawah untuk maklumat lanjut.
  • Tiada caj penamatan awal
    Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. Anda juga akan diberikan rebat (Ibra’) oleh Bank Islam.
  • Kaedah pembayaran yang fleksibel
    Anda boleh buat bayaran bulanan untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda melalui Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pindahan gaji ke Bank Islam menerusi Autodebit.

Syarat kelayakan untuk mohon

Bank Islam tidak mengenakan syarat yang ketat untuk permohonan pelan pembiayaan peribadi ini. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda ingin mohon pinjaman ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Bekerja/Berkhidmat di salah satu kategori berikut:
    – Kakitangan Kerajaan.
    – Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
    – Kakitangan Badan Berkanun.
    – Kakitangan Swasta (Syarikat Sendirian Berhad terpilih dalam Pakej Bank Islam).
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 (gaji kasar) atau tahunan RM24,000 (gaji kasar).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam dan ingin mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap, berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Bank (pengkreditan gaji) 3 bulan terkini.
  4. Surat pengesahan jawatan terkini.
  5. Salah satu daripada dokumen di bawah: – Salinan penyata KWSP (EPF) terkini; – Salinan penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC).

Jadual Bayaran Bulanan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj atau fi yang akan dikenakan oleh pihak Bank Islam sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap anda telah diluluskan.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah lulus.
  3. Caj Agensi (Wakalah) RM50.00
  4. Pembayaran pendahuluan bersamaan 2 bulan ansuran bulanan. Anda tidak perlu membayar ansuran pada dua bulan pertama tempoh pembiayaan.

Caj-caj lain yang dikenakan untuk pembiayaan ini pula adalah seperti berikut.

  1. Tiada caj penamatan awal. Anda akan diberikan rebat (Ibra’) untuk penamatan awal.
  2. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada baki tunggakan.

Cara Mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Kelayakan had umur minimum yang rendah.
  • Kelayakan gaji minimum mampu mohon.
  • Tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
Kekurangan
  • Perlu pembayaran pendahuluan.
  • Tidak ditawarkan kepada semua kakitangan swasta.

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap adalah salah satu skim pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Bank Islam. Pinjaman ini menawarkan beberapa ciri menarik seperti kelayakan had umur minimum yang rendah, jumlah pembiayaan sehingga RM300,000, tiada caj proses dan caj penamatan awal, dan kelebihan yang paling utama ialah kadar faedah tetap yang sangat rendah jika dibandingkan dengan skim pembiayaan peribadi Islamik lain di Malaysia. Pinjaman peribadi Bank Islam ini juga tidak mengenakan syarat memohon yang ketat, dan dokumen yang diperlukan untuk mohon juga sangat ringkas dan tidak membebankan. Tetapi, walaupun pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan swasta, hanya kakitangan syarikat swasta yang terpilih sahaja yang boleh memohon. Ini menjadikan pelan pinjaman ini mungkin sukar dimohon jika syarikat anda tidak disenaraikan dalam pakej Bank Islam.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Islam Malaysia Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

185 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right