7 Tip Mohon Pinjaman Koperasi – Wajib Baca Sebelum Apply

calendar-range
Dikirim 15/08/2020
(dikemaskini 21/12/2023)
Tip mohon pinjaman koperasi

Bagi individu yang sukar untuk mohon pinjaman bank, koperasi adalah tumpuan selanjutnya bagi sumber pinjaman. Oleh itu kali ini saya nak kongsi 7 tip mohon pinjaman koperasi untuk mereka yang bercadang untuk apply pembiayaan koperasi, terutama pinjaman peribadi.

Tip Mohon Pinjaman Koperasi

Terdapat banyak koperasi yang menyediakan produk pembiayaan di negara kita. Boleh dikatakan semua koperasi ini adalah berdaftar dan sah. Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai koperasi atau wakil koperasi untuk menipu mangsa yang terdesak ingin buat pinjaman.

Oleh itu, tip mohon pembiayaan koperasi ini boleh bantu anda untuk pilih pinjaman yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda.

Semak latar belakang koperasi

Tahu tak terdapat lebih daripada 14,000 koperasi yang berdaftar di Malaysia. Ini adalah statistik terkini pada bulan Jun 2019 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kebanyakan daripada koperasi berdaftar ini menawarkan produk pembiayaan atau kredit kepada ahli dan bukan ahli.

Sebelum anda mohon sebarang pinjaman daripada koperasi, semak dahulu latar belakang koperasi tersebut. Adakah koperasi tersebut koperasi yang sah dan berdaftar dengan SKM?

Anda boleh semak status koperasi tersebut melalui laman Carian Koperasi yang disediakan oleh pihak SKM.

Laman carian koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Pastikan anda hanya berurusan dengan koperasi yang berdaftar di Malaysia. Jangan terpengaruh dengan janji manis pihak penipu (scammer) yang mengaku daripada koperasi berdaftar, atau wakil koperasi dan menawarkan ciri-ciri pinjaman yang tak masuk akal seperti kadar faedah yang melampau rendah dan payout 100%.

Semak betul-betul dan buat sedikit ‘homework’ sebelum mohon.

Layak mohon atau tidak

Seperti juga syarat untuk pinjaman bank, syarat kelayakan mohon pinjaman koperasi adalah berbeza bergantung kepada jenis pelan pembiayaan yang ditawarkan. Begitu juga dokumen yang diperlukan untuk mohon. Ada koperasi yang perlu dokumen dengan pengesahan majikan, dan sebaliknya.

Anda perlu teliti apakah syarat dan dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman koperasi tersebut. Pastikan anda layak untuk mohon dan dapat sediakan dokumen yang diminta.

Sebagai contoh, ini adalah perbandingan ringkas antara tiga pinjaman koperasi yang popular di laman web ini. Perhatikan bagaimana syarat kelayakan mohon yang sangat berbeza antara ketiga-tiga pelan pembiayaan koperasi yang ditawarkan.

Pelan PembiayaanPendapatan (gaji kasar)CTOS/CCRIS/AKPK
Public Bank BAE Personal Financing-i (MCCM)RM3,000
– Ambil kira komitmen luar
CTOS – Tiada rekod
CCRIS – Tiada Special Attention Account (SAA)
AKPK – Tidak disenaraikan
KOPUTRI Pembiayaan TawarruqRM1,800
– Tidak ambil kira komitmen luar
CTOS – Tidak melebihi RM5,000
CCRIS – Tunggakan perlu diselesaikan dengan pinjaman
AKPK – Tidak disenaraikan
Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan PeribadiRM1,500
– Tidak ambil kira komitmen luar
CTOS – Tidak melebihi RM30,000
CCRIS – Tunggakan/SAA boleh mohon
AKPK – Disenaraikan boleh mohon
Jadual 1.1 Perbandingan syarat kelayakan pinjaman koperasi

Anda boleh perhatikan pinjaman Public Bank MCCM meletakkan syarat yang agak ketat berbanding pinjaman Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP).

Jika hanya mengambil kira faktor syarat kelayakan yang longgar, sudah pasti ramai yang akan memilih pinjaman daripada YYP berbanding pinjaman Public Bank MCCM. Tetapi, masih ramai yang memilih pinjaman daripada Public Bank MCCM kerana kadar keuntungan (profit rate) yang rendah dan payout yang tinggi.

Faktor kadar keuntungan/faedah dan payout adalah salah satu daripada tip mohon pinjaman koperasi yang perlu anda beri perhatian.

Kadar keuntungan/faedah dan Payout

Pinjaman koperasi terbaik atau yang sempurna adalah pinjaman dengan kadar keuntungan/faedah yang rendah dan payout yang tinggi, dan juga syarat kelayakan yang longgar. Malangnya pinjaman tersebut tidak wujud.

Anda harus pilih dua daripada tiga faktor di atas. Pinjaman dengan kadar keuntungan/faedah rendah dan payout tinggi akan mengenakan syarat kelayakan mohon yang ketat, dan pinjaman dengan syarat kelayakan mohon yang longgar didatangkan dengan kadar keuntungan/faedah tinggi dan payout yang rendah.

Untuk lebih jelas lagi, rujuk jadual 1.2 di bawah untuk perbandingan kadar keuntungan dan payout tiga pinjaman koperasi pada jadual 1.1

Pelan PembiayaanKadar Keuntungan (% p.a)Jumlah Payout
Public Bank BAE Personal Financing-i (MCCM)Bermula dari 3.99%Sehingga 98%
KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq5.99%Sehingga 95%
Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan PeribadiBermula dari 6.50%Sehingga 90%
Jadual 1.2 Perbandingan kadar keuntungan dan payout pinjaman koperasi

Daripada jadual di atas, walaupun pelan pembiayaan Public Bank MCCM mengenakan syarat kelayakan mohon yang agak ketat, pinjaman ini menawarkan caj kadar keuntungan terendah dan juga bayaran payout yang sangat tinggi.

Sebaliknya untuk pelan pembiayaan YYP yang memerlukan syarat kelayakan mohon yang sangat longgar, tetapi mengenakan caj kadar keuntungan yang agak tinggi, dan jumlah payout yang sedikit rendah.

Untuk senarai pelan pembiayaan koperasi yang lebih komprehensif, anda boleh layari laman Pinjaman Koperasi di Malaysia yang telah pihak kami sediakan.

Pilih yang lebih untung

Merujuk kepada jumlah payout atau jumlah bersih wang yang akan anda terima, sudah pasti ramai yang akan memilih pinjaman koperasi dengan jumlah payout yang tinggi. Tetapi anda harus buat sedikit kira-kira sebelum anda pilih.

Pilih pinjaman yang lebih untung
Pilih pinjaman yang lebih menguntungkan

Payout yang tinggi tidak bermaksud pinjaman tersebut adalah pinjaman terbaik.

Contoh yang paling ringkas adalah daripada jadual di bawah.

Pelan Pinjaman APelan Pinjaman B
Jumlah PembiayaanRM10,000RM10,000
Kadar Faedah/Keuntungan5% p.a5.5% p.a
Tempoh Pembiayaan10 tahun10 tahun
% Payout90%98%
Wang dalam tanganRM9,000RM9,800
Ansuran bulananRM125RM129
Jumlah bayaran keseluruhanRM15,000RM15,500
Jumlah keseluruhan pinjamanRM6,000RM5,700
Jadual 1.3 Perbandingan jumlah keseluruhan pinjaman

Pelan pinjaman A menawarkan payout yang rendah iaitu 90% berbanding pinjaman B dengan payout sehingga 98%. Walau bagaimanapun, caj kadar faedah/keuntungan tahunan yang dikenakan oleh pinjaman B lebih tinggi daripada pinjaman A.

Walaupun perbezaan caj kadar faedah/keuntungan antara pinjaman A dan pinjaman B hanya 0.5% p.a, jumlah kos pinjaman yang perlu anda bayar adalah lebih RM500 sekiranya anda memilih pinjaman B. Ini menjadikan pinjaman A lebih menguntungkan walaupun menawarkan payout yang lebih rendah berbanding pinjaman B.

Kenal pasti caj yang dikenakan

Apabila ingin mohon sebarang pinjaman, ramai yang takut jika ada caj tersembunyi yang dikenakan oleh pemberi pinjaman.

Ini bukanlah faktor yang perlu diambil mudah kerana memang terdapat institusi kewangan atau pemberi pinjaman yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang sengaja disembunyikan dalam proses permohonan – sesetengah koperasi juga tidak terkecuali.

Oleh itu pastikan anda selidik betul-betul caj pinjaman koperasi yang ingin anda mohon.

Secara ringkas, terdapat beberapa caj pembiayaan koperasi yang dikenakan jika permohonan anda lulus. Antaranya ialah:-

  • Duti Setem
    Cukai yang dikenakan ke atas dokumen/surat perundangan perjanjian pinjaman. Caj yang dikenakan adalah 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus, atau RM5 bagi setiap RM1,000.
  • Perlindungan insurans
    Ini adalah wajib atau pilihan bergantung kepada jenis pinjaman yang ditawarkan.
  • Bayaran pendahuluan
    Bergantung kepada jenis pinjaman, terdapat beberapa pinjaman yang memerlukan anda buat bayaran pendahuluan dalam bentuk deposit bulanan. Jangan keliru dengan caj deposit/bayaran pendahuluan yang diminta oleh penipu (scammer). Rujuk bahagian bayaran pendahuluan di bawah untuk penjelasan yang lebih terperinci.
  • Yuran ahli
    Ini juga antara caj yang akan dikenakan oleh sesetengah koperasi. Terdapat koperasi yang tidak mengenakan yuran ahli sekiranya pinjaman lulus, dan sebaliknya. Yuran ahli koperasi selalunya dalam lingkungan RM30 dan akan ditolak terus daripada potongan bayaran bulanan.
  • Caj lewat bayar
    Caj ini jarang dikenakan kerana kebanyakan pinjaman koperasi menggunakan Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA) atau potongan melalui majikan untuk bayaran ansuran. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah Koperasi yang mengenakan caj lewat bayar sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran pada tarikh yang dipersetujui.
  • Caj penamatan awal
    Untuk pinjaman Islamik, tiada caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya anda berhasrat melangsaikan hutang pinjaman anda lebih awal. Malah sesetengah pinjaman akan memberikan rebat atau Ibra’ untuk penyelesaian awal.

Pastikan tiada bayaran pendahuluan

Bukan sahaja koperasi, tetapi semua institusi kewangan sah yang menyediakan produk pinjaman atau pembiayaan tidak akan meminta sebarang wang deposit atau pendahuluan. Caj seperti duti setem, yuran proses, insurans dan sebagainya akan ditolak terus daripada jumlah pinjaman yang lulus.

Untuk memudahkan promosi dan pemasaran, banyak koperasi yang menggunakan khidmat ejen untuk memasarkan produk pembiayaan peribadi mereka. Ejen-ejen ini terdiri daripada syarikat atau individu terpilih yang telah dilantik oleh koperasi yang terlibat.

Seperti juga jika anda mohon secara terus dengan koperasi, ejen koperasi dilarang untuk meminta sebarang bayaran, yuran atau upah kepada pemohon. Jika ada ejen yang meminta sebarang bayaran pendahuluan, besar kemungkinan ejen tersebut adalah penipu atau scammer.

Contoh ejen koperasi yang sah adalah syarikat Direct Lending. Pihak Direct Lending adalah ejen koperasi yang berpengalaman dalam menguruskan permohonan pembiayaan peribadi Koperasi.

Mohon khidmat nasihat dan bantuan

Oleh kerana terdapat banyak pinjaman Koperasi pada masa sekarang, sudah pasti anda perlu luangkan sedikit masa untuk pilih pinjaman koperasi yang sesuai dengan kelayakan dan kehendak anda. Pihak kami telah sediakan Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi untuk memudahkan anda cari pinjaman yang sesuai berdasarkan kelayakan anda.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan khidmat nasihat untuk bantu anda buat pilihan yang lebih tepat, anda boleh gunakan khidmat konsultasi daripada pihak yang menguruskan pinjaman koperasi, seperti pihak Direct Lending.

Mohon nasihat dan bantuan
Mohon nasihat dan bantuan

Pihak Direct Lending adalah pakar dalam menguruskan permohonan pinjaman Koperasi untuk kakitangan awam. Mereka akan bantu anda pilih pinjaman koperasi yang paling sesuai berdasarkan kelayakan dan keperluan anda. Malah dalam sesetengah kes peluang lulus anda boleh dipertingkatkan dengan memilih pinjaman yang sesuai.

Anda boleh gunakan perkhidmatan mereka melalui laman web rasmi Direct Lending, klik di sini.

Perkhidmatan mereka adalah 100% percuma, jadi anda tidak perlu risau tentang caj tersembunyi.

Jadi Pengguna Bijak

Saya berharap semoga tip mohon pinjaman koperasi yang saya kongsi kali ini dapat bantu anda untuk buat pilihan yang bijak dalam proses memohon pelan pembiayaan peribadi. Pada masa sekarang terdapat ramai penipu (scammer) yang mengambil kesempatan, oleh itu jadi pengguna yang bijak dan buat sedikit ‘homework’ sebelum anda mohon.

Jika anda ingin bertanyakan sebarang soalan, atau ingin berkongsi pengalaman anda berkaitan pembiayaan koperasi, jangan teragak-agak untuk gunakan ruangan komen di bawah.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments