Menu

Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Tunai – Gaji Cash Boleh Memohon?

pinjaman peribadi untuk gaji tunai

Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Tunai – Gaji Cash Boleh Memohon? Gaji tunai boleh ke memohon pinjaman peribadi bank? Ramai yang bertanya kepada pihak kami mereka dibayar secara cash/tunai, boleh ke nak buat personal loan bank.

Jawapannya boleh.

Tetapi walaupun gaji anda dibayar secara tunai, pihak bank masih perlukan beberapa dokumen yang akan membantu permohonan personal loan anda.

pinjaman peribadi untuk gaji tunai kira duit

Gaji Cash Nak Buat Pinjaman Peribadi Bank

Sebelum ini ramai individu dengan gaji tunai yang memohon personal loan bank dengan pihak kami. Sebenarnya tiada masalah untuk memohon pinjaman peribadi untuk gaji tunai.

Masalah timbul apabila tidak ada dokumen sokongan untuk mengesahkan gaji tersebut.

Cuba letak diri anda di pihak bank. Jika anda mendakwa anda dibayar secara tunai sebanyak RM10,000 setiap bulan – bagaimana pihak bank nak tahu sama ada anda bercakap benar atau tidak?

Pinjaman peribadi yang termasuk dalam kategori pinjaman tidak bercagar (unsecured loan) tidak memerlukan cagaran, penjamin mahupun pengesahan majikan.

Oleh itu bank perlu menanggung risiko sekiranya peminjam tidak membayar pinjaman yang diluluskan.

Walaupun syarat-syarat untuk membuat pinjaman tidak ketat seperti pinjaman bercagar, bank masih memerlukan dokumen untuk mengesahkan dakwaan gaji anda.

Dokumen Yang Diperlukan Bank Untuk Gaji Tunai

Untuk pemohon pinjaman peribadi tidak bercagar atau unsecured personal loan yang bergaji tunai, bank memerlukan dokumen tambahan berikut:

  1. Baucar gaji/slip gaji 6 bulan
  2. Caruman EPF sekurang-kurangnya 6 bulan caruman.

Itu sahaja.

Kalau ada baucar/slip gaji tapi tak ada caruman EPF boleh memohon tak? Jawapannya tak boleh.

Selain baucar atau slip gaji, caruman EPF tersebut adalah salah satu cara untuk bank membuat pengesahan terhadap jumlah gaji anda.

Anda pasti terkejut jika saya beritahu anda berapa banyak cubaan menipu dokumen yang kami terima setiap hari untuk permohonan personal loan bank.

Jadi, caruman EPF adalah dokumen tambahan yang kuat yang boleh memudahkan permohonan pinjaman peribadi anda diluluskan bank.

Bagaimana pula jika ada caruman EPF tapi tak ada baucar/slip gaji? Ini tak menjadi masalah besar anda boleh suruh majikan anda keluarkan baucar gaji untuk anda.

Setengah majikan malas nak keluarkan slip/baucar gaji bulanan untuk pekerja mereka sekiranya dibayar dengan pekerja bergaji tunai.

Kenapa Susah Nak Buat Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Tunai

Betul ke susah gaji cash nak buat pinjaman peribadi bank? Tak susah sekiranya dokumen anda lengkap. Proses memohon pinjaman peribadi untuk gaji tunai sama seperti mereka dengan gaji dibayar ke bank.

Bagi mana-mana Institusi Kewangan, termasuk bank – dokumen adalah segalanya untuk urusan mereka. Oleh itu mereka sangat menitikberatkan dokumen pemohon.

Kadang-kadang kalau dokumen tak jelas pun permohonan anda boleh di’reject’ oleh pihak bank.

Jika dokumen anda cantik dan lengkap, tiada masalah untuk memohon personal loan bank dan lulus.

Bagaimana pula jika yang bekerja sendiri dan mengambil gaji tunai?

Bekerja Sendiri dan Gaji Tunai

Ini adalah masalah yang sedikit sukar. Untuk memohon pinjaman peribadi bank tidak bercagar, anda perlu tergolong dalam lima kategori berikut:

  1. Pekerja sektor swasta – ada slip/baucar gaji, gaji dibayar ke bank dan ada caruman EPF.
  2. Pekerja sektor swasta – ada slip/baucar gaji, gaji tunai dan ada caruman EPF.
  3. Pekerja sektor swasta – ada slip/baucar gaji, gaji dibayar ke bank tiada caruman EPF.
  4. Pekerja kerajaan (tetap atau kontrak) – ada slip gaji, gaji dibayar ke bank.
  5. Berniaga – ada perniagaan yang didaftarkan dengan SSM, ada akaun bank syarikat.

Jadi jika anda tidak tergolong dalam lima golongan yang diberikan kat atas, dukacita saya maklumkan anda tidak layak untuk memohon pinjaman peribadi bank tidak bercagar.

Pihak kami pun tidak dapat membantu anda sekiranya anda tidak tergolong dalam lima kategori yang saya beri kat atas.

Ada Agen Yang Cakap Boleh ‘Adjust’

Berhati-hati jika anda bertemu dengan pihak yang mengaku boleh membantu walaupun anda tak tergolong dalam kategori di atas.

Besar kemungkinan anda akan dikenakan bayaran pendahuluan atau bayaran ‘upfront’ untuk servis mereka. Dan, besar kemungkinan mereka tak submit pun permohonan anda kepada pihak bank.

Jika mereka submit pun, secara terang-terangan permohonan  anda akan ditolak oleh pihak bank.

Jadi, anda hanya bayar wang pendahuluan yang tinggi, tapi apa pun tak dapat.

Pihak kami menerima ramai pemohon yang pernah terkena dengan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab ni. Ada yang sampai takut nak mohon pinjaman peribadi sebab dah banyak kali terkena.

Cuba Mohon Dengan Kami

Kami tak kenakan sebarang wang pendahuluan atau ‘upfront’. Jika pinjaman anda lulus baru kami kenakan sedikit caj perkhidmatan. Itu pun dari jumlah yang masuk ke dalam akaun anda, bukan dari jumlah lulus.

Malah, jika anda nak berbincang, nak minta nasihat pihak kami dan nak mohon sendiri pinjaman anda, tak ada masalah. Kami beri khidmat nasihat percuma.

Anda cuma perlu semak kelayakan memohon anda melalui borang yang kami sediakan di laman web ini, dan pihak kami akan hubungi anda semula sekiranya anda layak untuk memohon.

Cara untuk semak kelayakan – KLIK DI SINI

UPDATE

Pihak kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan memohon pinjaman peribadi bank. Walau bagaimanapun, pihak kami telah bekerjasama dengan agensi  lain untuk memudahkan anda mohon pinjaman peribadi secara online.

Anda cuma perlu pilih pinjaman peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan dan baca lebih lanjut pada laman pinjaman tersebut untuk mohon secara online tanpa perlu walk-in ke bank.

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Admin Pinjaman Peribadi Bank

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Bank yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan proses memohon pinjaman peribadi melalui institusi-intitusi kewangan di Malaysia.

Kongsi ilmu ni

Klik butang sharing dan kongsi maklumat ni dengan rakan, pasangan dan saudara-mara anda.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Reddit
WhatsApp
Telegram
Email
Print

Nak Tahu Anda Layak Mohon ke Tak?

Semak Kelayakan Anda melalui sistem semak kelayakan yang kami sediakan. Tak sampai 5 minit pun dari masa anda.

Update Terbaru

Pinjaman Peribadi Popular

Tinggalkan Soalan/Mesej/Komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

  • hanafi says:

    salam bos saya hanafi ada ssm dan bank statment sahaja boleh tak?

  • Tohir says:

    Salam cik..saya kerje sawit gaji cash..tk ada epf..krje gn org kmpung bukan felda mcm mna cra nk memohon..sya kurang paham artikel di atas

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Tohir

      Wsalam,

      Untuk gaji cash, perlu ada slip/baucar gaji dan EPF baru boleh mohon – tak ada EPF tak boleh mohon.

      Tujuan EPF adalah untuk bank sahkan bahawa pendapatan kita adalah sama seperti pada slip/baucar gaji.

      Terima kasih.

  • azaha says:

    Hi!sya nk tanye blh ke sya buat pnjaman,tnpa epf dan gji cash..

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @azaha

      Hai,

      Gaji cash perlu ada EPF – seperti yang ditulis pada artikel di atas.

      Terima kasih.

  • KALAVANI A/ P SAHADEVAN says:

    PINJAMAN BAYAR KERETA

  • AMPHON says:

    Hi, basic gaji saya 1150 tp gaji kasar dalam 2.3k, caruman epf hanya ikut basic sahaja dan kadang boss lambat carum, namun gaji cash, ccris clear dan skor ctos dalam 769, pernah ada loan kereta dan telah bayar habis 3 tahun lepas, adakah saya layak buat pinjaman aeon kredit atau personal loan lain?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @AMPHON

      Caruman pada penyata EPF perlu sama dengan potongan EPF pada slip gaji. Jika sama, boleh mohon. Jika tak sama, masih boleh cuba mohon cuma peluang lulus mungkin rendah.

      Terima kasih.

  • Alif says:

    Hye…boleh sy buat pinjaman peribadi tampa epf…gaji sy dibayar bank cimb…

  • qq8788 alternatif says:

    Admin, bisa lebih sering update artikel gak? kadang lama banget nunggu update-nya.
    Padahal konten-kontenmu selalu bagus loh

  • Yanie says:

    Hi admin, jika berniaga sendiri tapi ada kwsp dan jdikn diri sbg pencarum syarikat. Tapi saya tiadalah statment bnk dimana saya istilah kn sbg gaji cash la mksdnya so bukti dari caruman jak la utk mengatakan saya dapat gaji setiap bulan. Jadi start daftar majikan dkt kwsp bulan Mei 2018 smpi la skg yg mana sya sdh bayar 6 bulan caruman kwsp bagi 13% utk majikan dan
    11% utk pekerja. Saya daftar perniagaan ni guna alamat rumah. Jadi soalan saya perlukah lagi untuk pengesahan majikan dimana saya ni tiadalah permis bedaftar untuk talian tetap pejabat. Jika benar apa yang ditulis dalam artikel ni untuk syarat pinjaman peribadi bagi yang bekerja sendiri rasanya saya sudah layak memohon dimana saya nak mohon atas individu bukan atas syarikat. Tapi bila saya memohon melalui agensi lain under rhb tapi tidak lulus. So perlukah lagi untuk saya bawa dokumen seperti slip gaji dan caruman ke kios berdekatan tu sendiri atau agensi admin boleh bantu saya berikan perkhidmatan untuk dapatkan pinjaman dibank-bank lain yang layak untuk saya memohon.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Yanie

      Rujuk syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pinjaman tersebut seperti jumlah gaji, perlu ada komitmen atau tidak, sektor pekerjaan, dokumen dan sebagainya. Tak semua syarat pinjaman bank sama. Tak semestinya tak lulus sebab gaji tunai.

      Rujuk dokumen yang diperlukan untuk mohon pinjaman terbabit. Ada pinjaman yang perlu slip gaji, ada yang tidak. Walaubagaimanapun, hampir 90% pinjaman bank perlu slip gaji (kecuali kes khas). Pihak kami menghentikan sementara perkhidmatan memohon pinjaman.

      Terima kasih

  • Alicia says:

    Selamat pagi.
    saya buntu sekarang. sebab saya tak tahu nak buat pinjaman di bank mana.
    sebab gaji yang diletakkan adalah tinggi dari gaji saya. gaji minimum saya hanyalah RM1011.
    Saya pernah semak kelayakan di RinggitPlus. dan mengatakan saya layak membuat pinjaman sebanyak RM30k di Aeon. Namun bila berurusan dengan pihak Aeon, saya tak boleh nak pinjam banyak tu.
    Dan perkara sebegini memudahkan rakyat kita terpanggil nak membuat pinjaman di tempat lain, selain bank.

  • Soraya Hazuwa says:

    boleh terangkan macam mana nak buat pinjaman ni

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Soraya Hazuwa
      Ini pinjaman peribadi bank, jadi cara memohon adalah bergantung kepada jenis pinjaman dan bank yang dimohon. Terima kasih.

  • Nor farizan binti hamzah says:

    Saya nak buat pinjaman

  • Amirul says:

    hye admin…baru ni sya ada apply personal loan icash aeon tapi xberjaya sebab rekod bersih dan pihak aeon bagitahu kena buat loan barang dulu tuk adakan rekod terlebih dahulu…katanya lagi ada juga yg berjaya tanpa buat loan barang…. boleh admin bantu saya ?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Amirul
      Pihak kami boleh bantu jika tiada komitmen. Cuma tuan baru mohon dan tak lulus, sebaik-baiknya tunggu 6 bulan tempoh bertenang sebelum mohon semula untuk tingkatkan peluang lulus. Terima kasih.

  • Rara says:

    Cik saya peniaga dah lebih 2 tahun saya ada lesen perniagaan under majlis . Ssm yg sarankan ambil lesen under majlis sbb jenis perniagaan premis runcit. Saya ada account bank atas nma kedai saya. Pndapatan masuk bank. Layak ke untuk apply.

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Rara
      Untuk berniaga perlukan syarat minimum berikut – SSM berdaftar lebih dari 1 tahun, ada akaun semasa syarikat dengan baki dalam akaun setiap bulan RM5,000 ke atas, Borang BE (jika ada). Terima kasih.

  • abel says:

    nak buat pinjaman peribadi tapi semua bank x Lulu’s ckp basic x cukup,mcm mn yer,dah buat borang semakan.adakah saya blh buat pinjaman.

  • Norlaila basral says:

    Saya ingin membuat pinjaman.. untuk masala peribadi.. bleh ka saya memohon pinjamana..

  • Ahmad Azhar D says:

    Hello admin. Sekiranya saya ada rekod ccris / ctos, tetapi ccris / ctos tersebut sudah dilangsaikan, cuma belum clear dari rekod, ada kah sy layak utk buat pinjaman aeon? Jika sy mendapatkan surat @ note pelepasan yg menyatakan sy sudah settle ccris /ctos dan sy kepilkan sekali dengan dokumen untuk memohon pinjaman, besar kemungkinan kah akan lulus permohonan pembiayaan sy ?

  • Lingpeihong says:

    Hello admit saya naik buat pimja person loan.tapi tau lalu saya ada beli handfoi loan Di aeom bank.tapi saya tak ada hutang la.cuma beluh habis bayar lagi . kalau macan begini saya boleh buat pimja personal loan lagi ka? denga saya naik tamya tentan kalau loan approve berapa saya naik bayar itu Angent free?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Lingpeihong
      Boleh. Loan barang AEON berbeza dengan AEON iCash. Fee bergantung kepada jenis dan jumlah loan yang lulus. Minta tuan/puan isi borang semak kelayakan dahulu. Jika layak kami akan hubungi melalui email atau whatsapp dan beri penerangan lebih lanjut tentang perkhidmatan kami. Terima kasih

  • Norlaila basral says:

    Bleh ka loan pinjaman klw gaji cash ??

  • fia says:

    Salam tuan…Saya ingin bertanya apakah saya layak utk memohon pinjaman ..saya bekerja di singapura dan dibayar secara cash ..dan punya payslip…tp tiada epf.jika layak..apa saja dokumen yg saya harus sediakan?..Terima kasih atas perhatian pihak tuan

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @fia
      Wsalam. Maaf untuk bekerja di Singapura perlu gaji dibayar ke bank kerana tak ada EPF. Terima kasih.

  • Siti Aida says:

    Salam Tuan…jika sy suri rumah berniaga online tp tiada ssm sendiri hanya berkongsi dgn kakak..boleh ke sy membuat pinjaman utk diri sendiri?atau sy perlu membuat lesen perniagaan atas nama sy sendiri dahulu?

    Tetapi kebanyakkn hanya menerima jika lesen SSM sudah lebih dari dua tahun..
    Harap tuan dapat terangkan..
    Terima kasih

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Siti Aida
      Jika hendak memohon atas perniagaan perlu ada SSM yang dah berdaftar sekurang-kurangnya 6 bulan, dan akuan bank semasa yang didaftarkan atas syarikat dengan transaksi bulanan sekurang-kurangnya RM5K ke atas. Jika puan hendak memohon atas individu, perlu ada slip gaji jika gaji dibayar ke bank, atau caruman EPF jika gaji tunai. Minta puan rujuk syarat-syarat yang diperlukan melalui artikel yang telah ditulis di laman web ni. Terima kasih

  • Noorafzan Ali says:

    bagaimana cara nak apply loan dgn menggunakan geran tanah sbg cagaran?apa syaratnya?

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Noorafzan
      Untuk pinjaman bercagar tuan perlu berurusan sendiri di bank kerana banyak dokumen yang perlu diuruskan. Kami hanya menguruskan pinjaman peribadi tak bercagar.

  • Muhamad pizun bin zainol abidin says:

    Macam mna kita nk tau kita layak atau x permohonan ni..saya dh isi borong semak kelayakan..

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Muhammad Pizun
      Sila beri pihak kami sehingga 72 jam hari bekerja (Isnin-Khamis) untuk menghubungi tuan melalui email atau whatsapp sekiranya layak. Sekiranya pihak kami tak hubungi, bermaksud tuan tidak layak berdasarkan pre-screen yang kami lakukan.

  • abdullah Bin Mohamad says:

    terima kasih admin

  • abdullah Bin Mohamad says:

    Saya hendak bertanya..boleh ke pesara kerajaan memohon pinjaman peribadi dengan pihak RHB Bank.

  • Sal says:

    Boleh nyatakan bagaimana flow pinjaman ini d buat? (Dr step memohon pinjaman hingga wang masuk akaun peminjan dan pembayaran semula oleh peminjam)

    • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

      @Sal

      Flow pinjaman bergantung kepada jenis bank yang dimohon. Ada bank yang perlu ke cawangan terdekat untuk sign agreement setelah pinjaman lulus, ada yang duit masuk terus ke akaun.

      Untuk maklumat lanjut boleh baca laman Soalan Lazim di sini >> http://pinjamanperibadibank.com/soalan-lazim/

      • Nurul says:

        Saya nak tanya, layak ke kalau saya pohon loan peniaga hanya mggunakan ssm dan penyata bank yg d daftarkan atas nama prniagaan saya. Dan saya asal selangor tapi perniagaan saya d jlnkan dekat sabah. Bole ke?

        • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

          @Nurul
          Untuk berniaga perlukan syarat minima berikut – SSM berdaftar lebih dari 1 tahun, ada akaun semasa syarikat dengan baki dalam akaun setiap bulan RM5,000 ke atas, Borang BE (jika ada). Terima kasih.

    • MOHAMAD KHAIRUZY BIN GHAZALI says:

      adakah sya layak untuk pinjamn ada sdh lulus?

      • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

        @Mohamad Khairuzy
        Maaf saya kurang faham soalan tuan. Sekiranya pinjaman bank baru lulus, perlu tunggu 6 bulan tempoh bertenang sebelum memohon sebarang pinjaman bank.

    • chomsi a/p Eeyam says:

      Saya ingin memohon pinjaman peribadi tapi saya tiada apa document dan gaji saya cash saya cuma bekerja di restaurant makanan laut sahaja

      • Admin Pinjaman Peribadi Bank says:

        @chomsi

        Minta cik baca syarat-syarat memohon untuk gaji tunai seperti yang dinyatakan pada artikel di atas. Jika tak cukup syarat atau dokumen memang tak boleh mohon.

        Terima kasih

        .

  • >