Pinjaman Peribadi Pantas – 15 Pinjaman Dari Bank, Koperasi & PPW

calendar-range
Dikirim 15/08/2019
(dikemaskini 21/12/2023)
Pinjaman Peribadi Pantas

Terdesak nak guna wang segera, sudah tentu anda akan cari pinjaman peribadi pantas, atau pinjaman peribadi cepat lulus. Saya pasti majoriti yang membaca pernah mengalami situasi terdesak ini. Nak pinjam kawan dan saudara, malu. Jadi terpaksa cari pinjaman peribadi secara online yang lulus segera.

Kalau kita lihat pada masa sekarang, banyak iklan tentang pinjaman peribadi mudah lulus atas talian di laman web, laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga melalui risalah dan iklan yang ditampal merata-rata di luar sana.

Kebanyakan pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan tersebut mengaku pinjaman mereka adalah pinjaman peribadi paling cepat lulus. Malangnya, kebanyakannya tawaran pinjaman ini adalah daripada syarikat pinjaman wang yang belum dapat ditentukan kesahihannya.

Nak Mohon Pinjaman Peribadi Pantas – Tetapi Kena Tipu

Akibatnya ramai yang ditipu dan hilang wang. Sudahlah terdesak nak pakai duit, akhirnya kena tipu pula. Anda boleh lihat sendiri pengalaman yang dikongsi di panduan mengenal Penipu Pinjaman Peribadi yang telah saya tulis sebelum ni. Memang geram dan kasihan baca pengalaman mereka yang menjadi mangsa penipuan sindiket yang tak bertanggungjawab ni.

Masalah ini terjadi kerana ramai yang tak tahu institusi kewangan yang sah (iaitu yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia) seperti bank, koperasi, dan pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) juga menawarkan pelan pinjaman peribadi pantas dengan tempoh keputusan permohonan yang singkat.

Malah ada pelan pinjaman peribadi dengan keputusan segera jika tiada masalah dari segi syarat kelayakan, dan dokumen yang disediakan cukup-lengkap.

Oleh itu kali ini saya nak berkongsi beberapa pelan pinjaman peribadi segera yang ditawarkan oleh bank, koperasi dan juga pinjaman berlesen.

15 Pinjaman Peribadi Cepat Lulus

Di sini saya senaraikan 15 pinjaman peribadi pantas di Malaysia. Semua pinjaman peribadi ini adalah pinjaman tak bercagar, jadi anda tak perlu risau nak sediakan cagaran, atau nak cari penjamin. Syarat kelayakan juga tidak membebankan dan caj kadar faedah/keuntungan juga berpatutan.

Yang penting semua pinjaman peribadi cepat lulus ini adalah daripada institusi kewangan yang boleh anda percayai. Tak perlu risau kena tipu.

CIMB Cash Plus

CIMB Cash Plus Personal Loan

CIMB Cash Plus adalah pelan pinjaman peribadi daripada CIMB Bank Berhad – antara institusi kewangan yang popular di negara kita. Pinjaman ini dikhususkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Jumlah pinjaman yang boleh anda mohon ialah dari RM2,000 hingga RM100,000 dengan tempoh bayaran semula dari 1 hingga 5 tahun. Tempoh pembiayaan yang singkat jelas menunjukkan ini adalah pelan pembiayaan peribadi bagi mereka yang ingin wang dengan pantas dan mampu buat bayaran dalam tempoh yang singkat.

Tempoh lulus untuk CIMB Cash Plus ialah antara 24 hingga 48 jam hari bekerja. Dalam erti kata lain, anda akan tahu keputusan permohonan anda tak lebih daripada 2 hari bekerja – jadi ini adalah antara pinjaman di dalam kategori pinjaman peribadi pantas daripada bank.

Salah ciri menarik Cash Plus ialah ciri 100% disbursement. CIMB tidak mengenakan sebarang caj jika pinjaman anda lulus (kecuali duti setem 0.5% yang diwajibkan Bank Negara – itupun ditolak dari loan).

Jumlah Pinjaman RM2,000 hingga RM100,000
Tempoh Bayaran 1 hingga 5 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2,000 sebulan
Tempoh lulus 24 hingga 48 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Kakitangan swasta/bekerja sendiri

Baca bagaimana nak mohon CIMB Cash Plus secara online

Alliance Bank CashFirst Pinjaman Peribadi

Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Pelan pinjaman peribadi cepat lulus daripada Alliance Bank ini dibuka permohonannya kepada semua sektor pekerjaan. Tak kisah anda berkhidmat di sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri mahupun telah bersara – anda layak mohon pinjaman ini asalkan anda berumur antara 21 hingga 60 tahun.

Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga jumlah maksimum RM150,000 dan buat bayaran balik antara 1 hingga 7 tahun. Pinjaman ini juga menawarkan caj kadar faedah yang sangat rendah, iaitu bermula dari 3.99% p.a. Anda juga boleh buat penyatuan hutang (debt consolidation) dengan pinjaman Alliance Bank CashFirst personal loan.

Tempoh lulus pinjaman ini adalah sama dengan CIMB Cash Plus, iaitu antara 24 hingga 48 jam hari bekerja.

Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji yang diperlukan untuk mohon ialah gaji kasar RM3,000 ke atas. Mungkin agak tinggi bagi sesetengah individu. Tetapi, jika anda layak dan ingin pinjaman konvensional dengan kadar faedah rendah dan tempoh lulus yang pantas – Alliance CashFirst mungkin pinjaman yang sesuai untuk anda.

Jumlah Pinjaman RM5,000 hingga RM150,000
Tempoh Bayaran 1 hingga 7 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM3,000 sebulan
Tempoh lulus 24 hingga 48 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan termasuk Pesara

Baca bagaimana cara nak mohon Alliance Bank CashFirst secara online

Alliance Bank CashVantage Pinjaman Peribadi-i

Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Jika Alliance Bank CashFirst adalah pelan pinjaman peribadi konvensional, Alliance Bank CashVantage pula adalah pinjaman peribadi Islamik. Perasan tak ada huruf “i” kat hujung nama pinjaman ini.

Semua pinjaman yang berakhir dengan huruf “i” di hujung adalah pinjaman Islamik. Tetapi ada juga pinjaman Islamik yang tidak meletakkan huruf “i” di hujung seperti AEON iCash.

 Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Alliance CashVantage – dari sudut jumlah pinjaman, tempoh pembayaran semula, syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan dan juga caj yang dikenakan. Tempoh lulus juga tidak berbeza, masih di dalam kategori pinjaman peribadi pantas dengan tempoh lulus tak lebih dari 2 hari bekerja.

Ciri yang berbeza ialah Alliance CashFirst mengenakan caj kadar faedah sebagai pinjaman konvensional, manakala Alliance CashVantage pula mengenakan caj kadar keuntungan sebagai pinjaman Islamik.

Kadar keuntungan tahunan yang dikenakan masih sama, iaitu kadar tetap antara 3.99% p.a hingga 14.78% p.a.

Jumlah Pinjaman RM5,000 hingga RM150,000
Tempoh Bayaran 1 hingga 7 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM3,000 sebulan
Tempoh lulus 24 hingga 48 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan termasuk Pesara

Baca cara mohon Alliance Bank CashVantage secara online

AmBank Islamic Pembiayaan Peribadi-i

Ambank Islamic Personal Financing-i

Antara pinjaman peribadi bank cepat lulus yang paling banyak dimohon di laman web ini ialah AmBank Islamic Personal Financing-i.

Dengan ciri-ciri seperti jumlah pinjaman yang tinggi, tempoh pembiayaan yang panjang, kadar keuntungan tahunan yang rendah, keputusan yang pantas, dan syarat kelayakan gaji yang minimum – pelan pinjaman AmBank ini boleh dikatakan sesuai untuk semua.

AmBank Islamic Personal Financing-i menawarkan jumlah pinjaman dari sehingga RM200,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan pula sangat berpatutan iaitu antara 4.35% p.a hingga 6.90% p.a.

Bagi yang ingin mohon, anda cuma perlu berpendapatan minimum gaji kasar RM1,500 sebulan, dan berumur 18 hingga 60 tahun. Kelayakan gaji dan umur menjadikan pinjaman peribadi AmBank ini sesuai dimohon oleh mereka yang baru mula bekerja. Tambahan pula syarat kelayakan tambahan ialah anda cuma perlu bekerja lebih dari 3 bulan.

AmBank Islamic memerlukan tempoh sehingga 48 jam hari bekerja untuk memproses dan meluluskan pinjaman anda – antara pinjaman peribadi pantas untuk anda mohon.

Jumlah Pinjaman RM5,000 hingga RM200,000
Tempoh Bayaran 2 hingga 10 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM1,500 sebulan
Tempoh lulus 48 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Pekerja sektor awam dan sektor swasta

Baca bagaimana anda boleh mohon AmBank Islamic Personal Financing-i secara online

BSN MyRinggit-i PRIMA

BSN MyRinggit-i PRIMA

Pinjaman dari BSN ini mungkin tidak sesuai untuk semua kerana pinjaman peribadi ini hanya ditawarkan kepada mereka yang bekerja di sektor kesihatan. Dalam erti kata lain, pinjaman BSN MyRinggit-i PRIMA hanya ditawarkan kepada doktor, pegawai perubatan, jururawat, ahli farmasi atau pemilik perniagaan perubatan.

Jika anda memegang salah satu jawatan yang disebutkan di atas, dan ingin buat pinjaman untuk kegunaan peribadi atau nak mulakan perniagaan dalam bidang perubatan, juga ingin tahu keputusan segera untuk pinjaman tersebut – anda boleh cuba mohon BSN MyRinggit-i PRIMA.

BSN hanya perlu 2 hari bekerja untuk memaklumkan anda lulus atau tidak selepas anda hantar permohonan – antara pinjaman peribadi pantas untuk golongan profesional perubatan.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

Jumlah Pinjaman RM10,000 hingga RM200,000
Tempoh Bayaran 2 hingga 10 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM3,000 sebulan
Tempoh lulus 48 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Pekerja sektor kesihatan dan peniaga bidang perubatan

Baca lebih lanjut tentang BSN MyRinggit-i PRIMA dan bagaimana nak mohon online

Hong Leong Pinjaman Peribadi

Hong Leong Personal Loan

Pinjaman peribadi daripada Hong Leong Bank (HLB) ini adalah pinjaman peribadi konvensional dengan jumlah pinjaman sehingga RM250,000!

Pihak HLB menawarkan pelan Hong Leong Personal Loan dengan jumlah pinjaman daripada RM5,000 hingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan dari 2 hingga 7 tahun. Pinjaman ini dibuka permohonan kepada semua sektor pekerjaan dengan had umur minimum 21 tahun.

Para pesara juga boleh mohon asalkan had umur anda tidak melebihi 60 tahun pada tarikh akhir tempoh bayaran pinjaman.

Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk dapat pinjaman RM250,000? Hanya 48  jam hari bekerja.

Jika anda mampu bayar balik pinjaman RM250,000 dalam tempoh 7 tahun, pinjaman peribadi cepat lulus ini sesuai untuk anda kerana tidak banyak pinjaman peribadi yang menawarkan jumlah pembiayaan RM200,000 ke atas.

Jumlah Pinjaman RM5,000 hingga RM250,000
Tempoh Bayaran 2 hingga 7 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2,000 sebulan
Tempoh lulus 48 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan dan Pesara

Baca bagaimana anda boleh mohon Hong Leong Personal Loan secara online

Hong Leong Islamic Pembiayaan Peribadi-i

Hong Leong Islamic Personal Financing-i

Jika Hong Leong Personal Loan adalah pinjaman konvensional, Hong Leong Islamic Personal Financing-i pula adalah pinjaman peribadi Islamik. Hong Leong Islamic adalah cawangan HLB yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Seperti juga Alliance CashFirst dan Alliance CashVantage, tidak banyak yang membezakan antara HLB Personal Loan dan HLB Islamic Personal Financing-i.

Ciri-ciri lain adalah sama kecuali sektor pekerjaan, tempoh pembiayaan, dan caj kadar keuntungan tahunan. Hong Leong Islamic hanya membuka permohonan pinjaman peribadi ini kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah lebih tinggi daripada caj kadar faedah Hong Leong Personal Loan, iaitu kadar keuntungan tetap sebanyak 12.50% p.a dan pinjaman ini hanya menawarkan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 5 tahun sahaja.

Jumlah pinjaman dan tempoh lulus adalah sama, iaitu sehingga RM250,000 dan lulus dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Jadi HLB Personal Loan dan Personal Financing-i kedua-duanya adalah pinjaman peribadi pantas.

Jumlah Pinjaman RM5,000 hingga RM250,000
Tempoh Bayaran 2 hingga 5 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2,000 sebulan
Tempoh lulus 48 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan dan Pesara

Baca lebih lanjut tentang Hong Leong Islamic Personal Financing-i dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

JCL Pembiayaan Peribadi

JCL Pembiayaan Peribadi

JCL Personal Loan adalah pelan pinjaman peribadi daripada syarikat Japan Credit Leasing Sdn Bhd (JCL). Syarikat JCL adalah syarikat Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW) dan telah lama bertapak di Malaysia. Syarikat ini terkenal dengan produk kewangan terutama pelan pinjaman peribadi mereka.

Pelan pinjaman peribadi JCL ini menawarkan jumlah pinjaman dari serendah RM500 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran semula antara 1 hingga 5 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula sedikit tinggi iaitu 18% p.a.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan caj kadar faedah kepada 12% p.a sekiranya anda mengemukakan cagaran ketika memohon.

Pinjaman peribadi cepat lulus ini sesuai anda mohon sekiranya rekod kredit anda di laporan CCRIS kurang “cantik”. Tetapi, pastikan tunggakan tak lebih daripada 2 bulan.

Kelayakan pendapatan pula sangat mampu mohon iaitu anda hanya perlu bergaji kasar RM1,000 ke atas untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.

Selepas anda mohon, anda hanya perlu tunggu selama 2 hari untuk tahu keputusan permohonan anda.

Jumlah Pinjaman RM500 hingga RM50,000
Tempoh Bayaran 1 hingga 5 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM1,000 sebulan
Tempoh lulus 48 jam
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan dan Pesara

Berminat untuk mohon pinjaman peribadi JCL? Baca lebih lanjut bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

Maybank Pinjaman Peribadi

Maybank Personal Loan

Pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Maybank ini adalah pinjaman peribadi pantas dan hanya perlukan tempoh 2 hari bekerja untuk anda tahu keputusan permohonan anda.

Ini adalah pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar, dan pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh bayaran semula dari 2 hingga 6 tahun.

Salah satu faktor yang buat Maybank Personal Loan popular adalah kerana pinjaman ini dibuka permohonannya kepada semua sektor pekerjaan – kakitangan awam, swasta, bekerja sendiri mahupun pesara boleh mohon pinjaman daripada Maybank ini.

Skim pembiayaan Maybank ini juga membenarkan anda buat debt consolidation atau penyatuan hutang. Anda boleh mohon pinjaman ini untuk menyatukan pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman sahaja.

Tempoh Bayaran 1 hingga 6 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2,500 sebulan
Tempoh lulus 48 jam
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan dan Pesara

Baca lebih lanjut tentang Maybank Personal Loan dan bagaimana untuk mohon pinjaman ini secara online

Maybank Islamic Pembiayaan Peribadi-i

Maybank Islamic Personal Financing-i

Jika Maybank Personal Loan adalah pinjaman peribadi konvensional, Maybank Islamic Personal Financing-i pula adalah pelan pinjaman peribadi Islamik tidak bercagar. Pinjaman ini 100% patuh Syarak.

Itu sahaja ciri  yang membezakan Maybank Personal Loan dan Personal Financing-i. Ciri yang lain seperti jumlah dan tempoh pembiayaan, syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, caj yang dikenakan adalah sama.

Seperti juga Personal Loan, anda hanya perlu tunggu 2 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan Maybank Islamic Personal Financing-i anda.

Tempoh Bayaran 1 hingga 6 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2,500 sebulan
Tempoh lulus 48 jam
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan dan Pesara

Baca bagaimana anda boleh mohon Maybank Islamic Pembiayaan Peribadi-i secara online

UOB Pinjaman Peribadi

UOB Personal Loan

United Overseas Bank (Malaysia) atau lebih dikenali sebagai UOB menawarkan pelan pinjaman peribadi dengan tempoh lulus antara 24 hingga 2 hari bekerja.

UOB Personal Loan adalah pinjaman peribadi konvensional. Pinjaman ini tidak bercagar, jadi anda tak perlu sediakan cagaran atau perkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini. Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM100,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 5 tahun.

Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan mungkin agak tinggi, iaitu antara 9.99% p.a hingga 11.99% p.a. Walau bagaimanapun, ini adalah kadar faedah tetap dan tidak berubah.

Walaupun ini adalah pinjaman konvensional, anda tidak akan dikenakan sebarang caj proses jika permohonan anda lulus. Cuma caj duti setem yang akan dikenakan dan ditolak daripada pinjaman yang lulus.

Tempoh Bayaran 1 hingga 5 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2,000 sebulan
Tempoh lulus 24 hingga 48 jam
Siapa yang boleh mohon Kakitangan swasta dan bekerja sendiri

Baca lebih lanjut tentang UOB Personal Loan dan mohon pinjaman ini secara online.

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Pinjaman daripada Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) ini adalah unik kerana ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh syarikat Pemberi Pinjaman Wang berlesen (PPW). Kebanyakan syarikat PPW hanya menawarkan pinjaman peribadi konvensional.

Yayasan Ihsan Rakyat hanya membuka permohonan pinjaman ini kepada kakitangan awam, tetapi tidak semua. Anda hanya boleh mohon pinjaman ini jika anda adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

jumlah pinjaman yang dibenarkan antara RM2,500 hingga RM150,000.  Anda boleh pilih untuk bayar semula melalui potongan gaji antara 1 hingga 10 tahun.

Syarat kelayakan gaji yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini hanya gaji kasar RM1,500 sebulan dan tempoh lulus pula hanya 2 hari bekerja selepas anda menghantar semua dokumen yang diperlukan untuk mohon.

Tempoh Bayaran 1 hingga 10 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM1,500 sebulan
Tempoh lulus 2 hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Kakitangan awam terpilih

Baca lebih lanjut dan mohon YIR Personal Financing-i secara online

Citibank Pinjaman Peribadi

Citibank Personal Loan

Nak pinjaman yang boleh lulus dalam tempoh 24 jam? Citibank Personal Loan adalah untuk anda.

Pelan pinjaman peribadi daripada Citibank ini hanya memerlukan 24 jam hari bekerja untuk anda tahu keputusan permohonan pinjaman anda. Pinjaman ini adalah pinjaman konvensional tidak bercagar dan ditawarkan untuk kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Walaupun ini adalah pinjaman peribadi pantas, syarat kelayakan gaji yang ditetapkan mungkin menyukarkan ramai untuk mohon pinjaman ini. Anda perlu berpendapatan gaji kasar RM4,000 sebulan untuk melayakkan anda mohon Citibank Personal Loan.

Sekiranya anda layak, anda akan menikmati kelebihan yang ditawarkan oleh pinjaman ini seperti jumlah pinjaman sehingga RM150,000 dan Citibank boleh meluluskan sehingga 10 kali ganda gaji anda untuk pinjaman ini.

Citibank juga boleh meluluskan lebih sekiranya anda skor kredit anda baik, iaitu anda mempunyai komitmen bulanan yang lebih dari 24 bulan – lebih-lebih lagi jika komitmen tersebut adalah dengan pihak Citibank.

Nak buat komitmen mudah dengan Citibank? Lihat senarai kad kredit yang ditawarkan oleh Citibank dan mohon online.

Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari 2 hingga 5 tahun dengan caj kadar faedah tahunan tetap yang rendah, iaitu hanya 5.88% p.a – antara yang terendah untuk pinjaman peribadi konvensional tak bercagar.

Pinjaman ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang (debt consolidation) untuk meringankan beban bulanan anda.

Tempoh Bayaran 1 hingga 5 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM4,000 sebulan
Tempoh lulus 24 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Kakitangan swasta dan bekerja sendiri

Baca lebih lanjut tentang Citibank Personal Loan dan mohon pinjaman ini secara online dengan mudah.

RHB Easy – Pinjaman Ekspres

RHB Easy-Pinjaman Ekspres

Seperti pinjaman peribadi Citibank, pinjaman RHB Easy-Pinjaman Ekspres menawarkan tempoh lulus segera, iaitu kurang daripada 24 jam hari bekerja.

Pinjaman peribadi RHB Easy adalah antara pelan pinjaman peribadi yang paling popular di Malaysia. Ini tidak menghairankan kerana ciri-ciri seperti syarat kelayakan gaji minimum yang rendah, keputusan pantas dan jumlah pinjaman yang tinggi.

Anda hanya perlu berpendapatan gaji kasar RM1,500 ke atas untuk melayakkan anda mohon pinjaman Easy by RHB ini. Jumlah pinjaman yang ditawarkan pula adalah dari RM2,000 hingga mencecah RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan.

Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan mungkin agak tinggi, iaitu bermula dari 8.88% p.a hingga 14.52% p.a – tetapi jika anda pilih tempoh pembiayaan yang singkat, anda dapat mengelakkan dari membayar kadar faedah yang tinggi.

Salah satu ciri menarik pinjaman ini juga ialah konsep ‘reducing balance’. Dengan ciri ini, kadar faedah anda akan semakin berkurangan setiap kali anda buat pembayaran on time.

Walaupun pinjaman peribadi pantas ini popular, RHB hanya membuka permohonan pelan pembiayaan RHB Easy kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Tempoh Bayaran 1 hingga 5 tahun
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM1,500 sebulan
Tempoh lulus 24 jam hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Kakitangan swasta dan bekerja sendiri

Ingin mohon pinjaman peribadi Easy By RHB? Baca lebih lanjut bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online.

Emicro Pinjaman Peribadi

Emicro Personal Loan Pembiayaan Peribadi

Pelan pinjaman peribadi daripada Emicro Services Sdn. Bhd. ini adalah antara pelan pinjaman peribadi yang baru diperkenalkan. Pinjaman Emicro ini adalah pinjaman peribadi habis bulan, atau juga dikenali sebagai Payday loan.

Secara mudah, ini adalah pinjaman peribadi jangka masa pendek. Oleh itu, jumlah pinjaman yang ditawarkan tidak begitu tinggi dan tempoh pembiayaan juga tidak sepanjang pinjaman peribadi pantas yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang lain.

Anda hanya boleh mohon sehingga RM3,000 dengan tempoh pembiayaan dari 4 hingga 6 bulan. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula adalah kadar tetap 18% p.a. Kadar faedah ini mungkin agak tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman lain, tetapi untuk pinjaman habis bulan – kadar ini boleh dikatakan dalam julat biasa.

Yang paling istimewa tentang Emicro Personal Loan ialah tempoh lulus yang sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu kurang dari 6 jam untuk tahu keputusan permohonan anda – selalunya lulus.

Jika anda mohon pada hari cuti, keputusan pinjaman akan dimaklumkan pada keesokan hari bekerja. Ciri ini buat pinjaman ini antara pinjaman paling cepat lulus berbanding pinjaman peribadi yang lain.

Pinjaman ini juga ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan, termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia. Jadi sesiapa sahaja boleh mohon asalkan cukup syarat kelayakan yang diperlukan.

Tempoh Bayaran 4 hingga 6 bulan
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM1,500 sebulan
Tempoh lulus 6 jam
Siapa yang boleh mohon Semua sektor pekerjaan dan Tentera

Berminat nak mohon Emicro Personal Loan? Baca lebih lanjut bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online

Kobeta Speed-i

KOBETA Speed-i

Pelan pinjaman peribadi daripada Emicro Services Sdn. Bhd. ini adalah antara pelan pinjaman peribadi yang baru diperkenalkan. Pinjaman Emicro ini adalah pinjaman peribadi habis bulan, atau juga dikenali sebagai Payday loan.

Seperti namanya, pinjaman peribadi daripada KOBETA ini adalah pinjaman peribadi dengan tempoh lulus yang pantas. Anda hanya perlu tunggu antara 3 hingga 7 hari bekerja untuk mendapatkan keputusan permohonan anda.

KOBETA Speed-i ditawarkan oleh Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) – salah satu koperasi yang terkenal di Malaysia. Pinjaman ini dibuka permohonannya kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan juga badan-badan berkanun.

Jumlah pinjaman yang dibenarkan pula ialah dari serendah RM2,000 hingga mencecah RM250,000. Anda boleh pilih untuk buat bayaran semula dari 2 tahun hingga 10 tahun dengan kadar keuntungan tetap yang berpatutan, iaitu 6.90% p.a.

Sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, anda akan mendapat Ibra’ atau Rebat untuk bayaran anda.

Tempoh Bayaran 24 hingga 120 bulan
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM1,500 sebulan
Tempoh lulus 3 hingga 7 hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Kakitangan Awam

Berminat nak mohon Kobeta Speed-i? Baca lebih lanjut bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi RCE

Pelan pinjaman peribadi daripada Emicro Services Sdn. Bhd. ini adalah antara pelan pinjaman peribadi yang baru diperkenalkan. Pinjaman Emicro ini adalah pinjaman peribadi habis bulan, atau juga dikenali sebagai Payday loan.

Pinjaman daripada Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis ini adalah sebuah pinjaman Islamik tak bercagar yang ditawarkan kepada semua pekerja sektor awam sama ada kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan juga badan-badan berkanun.

Pinjaman YYP, juga dikenali sebagai pinjaman peribadi YYP RCE adalah pelan pembiayaan yang menggunakan dana daripada RCE Marketing, seperti juga pinjaman peribadi Yayasan Ihsan Rakyat (YIR RCE).

Walaupun kedua-dua pinjaman ini menggunakan dana yang sama, syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon adalah berbeza.

Sebagai contoh, jika pinjaman peribadi YIR hanya ditawarkan kepada kakitangan awam terpilih, pinjaman YYP ini ditawarkan kepada semua kakitangan awam. Begitu

Jumlah pinjaman, tempoh bayaran semula dan kadar keuntungan adalah sama. Anda boleh pinjam dari RM2,500 hingga RM150,000 dengan tempoh bayaran balik antara 1 tahun hingga 10 tahun. Kaedah bayaran balik adalah melalui potongan gaji.

Apa yang buat pinjaman ini menarik ialah pinjaman YYP RCE ini ditawarkan kepada mereka yang mempunyai senarai hitam di laporan CTOS dan mereka yang mempunyai rekod yang tidak cantik di CCIRS mereka.

Mereka yang sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah kelolaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga layak untuk mohon pinjaman ini.

Seperti pinjaman YIR, anda akan dapat tahu keputusan permohonan pinjaman YYP RCE anda hanya dalam masa 2 hari bekerja.

Tempoh Bayaran 12 hingga 120 bulan
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM1,500 sebulan
Tempoh lulus 2 hari bekerja
Siapa yang boleh mohon Kakitangan awam

Berminat nak mohon Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi? Baca lebih lanjut bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online

Pilih Pinjaman Peribadi Pantas Yang Sesuai

Pilih pinjaman peribadi pantas yang sesuai

Daripada 15 pinjaman peribadi cepat lulus yang saya senaraikan, yang mana satu yang perlu anda pilih?

Jawapannya sangat mudah – pilih yang paling dengan keperluan dan kelayakan anda. Bandingkan ciri-ciri pinjaman yang ditawarkan dan lihat syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon.

Paling penting ialah syarat kelayakan. Jika pinjaman peribadi lulus segera yang anda pilih paling cepat lulus pun, tak guna jika anda tak cukup syarat kelayakan untuk mohon.

Jika anda rasa terlalu banyak pilihan yang diberikan, anda boleh guna sistem semak kelayakan yang kami sediakan untuk pilih pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan kelayakan anda.

Anda cuma perlu masukkan maklumat anda seperti gaji, jumlah yang ingin dimohon, tempoh pembiayaan dan sebagainya – sistem akan pilih pinjaman yang paling sesuai dengan kelayakan anda.

Semak kelayakan mohon pinjaman peribadi sekarang

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

10 Comments
Inline Feedbacks
View all comments