Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Personal Loan

RHB Personal Financing
Pinjaman daripada RHB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM2000 - RM150000
Kadar Faedah
8.59% p.a - 13.76% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 84 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
Serta merta (on-the-spot)

RHB Personal Loan atau RHB Personal Financing adalah pelan pinjaman peribadi konvensional daripada RHB Bank Berhad. Pinjaman ini adalah pinjaman tak bercagar – oleh itu pemohon tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Produk RHB ini dahulunya dikenali sebagai RHB Easy-Pinjaman Ekspres yang telah ditamatkan, dan ditawarkan dengan ciri dan kelebihan yang sama.

Pembiayaan peribadi RHB ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor swasta, individu yang bekerja sendiri, dan penerima komisen bulanan. Pelan ini juga ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkhidmat di Singapura.

Untuk layak mohon anda cuma perlu berumur lebih daripada 21 tahun hingga 55 tahun pada akhir tarikh bayaran, dengan pendapatan bulanan (gaji kasar) tidak kurang dari RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.

Sekiranya anda layak, anda boleh mohon dari serendah RM2,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum RM150,000 – satu jumlah yang tinggi untuk pinjaman konvensional tidak bercagar. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah antara 1 tahun hingga tempoh maksimum 7 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan juga tidak membebankan bermula dari 8.95% p.a.

Apa yang buat RHB Personal Financing ini sangat menarik ialah tempoh keputusan permohonan adalah segera, iaitu on-the-spot approval and disbursement. Paling lewat pun anda tidak akan perlu tunggu lebih daripada 24 jam hari bekerja untuk tahu anda lulus atau tidak. Selepas lulus wang pinjaman akan dikreditkan ke akaun bank pilihan anda.

Keputusan pantas ini adalah kerana pihak RHB menggunakan sistem pengesahan Biometrik untuk menyemak kelayakan seperti pendapatan anda ketika mohon. Dokumen tambahan hanya diperlukan sekiranya permohonan pinjaman RHB anda diluluskan dengan bersyarat (conditionally approved), dan anda akan menerima SMS untuk mengemukakan dokumen di cawangan RHB terdekat.

Baca lebih lanjut tentang ciri menarik yang ditawarkan oleh RHB Personal Loan, apakah syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon pinjaman ini secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi cawangan RHB berdekatan anda.

Kelebihan RHB Personal Loan

Berikut ialah ciri-ciri tambahan dan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh RHB Personal Loan.

  • Pinjaman peribadi tidak bercagar. Pakej pembiayaan peribadi ini adalah tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin untuk melayakkan anda mohon pinjaman peribadi RHB ini.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi. Pihak RHB menawarkan jumlah pinjaman yang fleksibel iaitu antara RM2,000 hingga RM150,000. Ini adalah antara jumlah pinjaman yang tinggi antara pelan pinjaman peribadi konvensional yang ditawarkan.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel. Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari 12 bulan (1 tahun) hingga tempoh maksimum 84 bulan (7 tahun).
  • Syarat kelayakan yang tidak membebankan. Jika dibandingkan dengan pinjaman peribadi yang lain, syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak RHB untuk anda layak mohon pinjaman ini tidak begitu membebankan dengan kelayakan pendapatan yang rendah.
  • Ditawarkan kepada pelbagai sektor pekerjaan. Tidak kira anda bekerja sebagai kakitangan swasta, bekerja sendiri, penerima komisen, atau bekerja di Singapura – anda layak untuk mohon pinjaman ini.
  • Tiada caj pemprosesan. Pihak RHB tidak mengenakan sebarang caj proses untuk pinjaman ini.
  • Keputusan permohonan yang pantas. Kelulusan adalah serta merta dan on-the-spot, termasuk tempoh duit masuk ke akaun simpanan atau semasa.

Syarat kelayakan untuk mohon

RHB Bank Berhad tidak mengenakan syarat yang ketat untuk memohon pinjaman ini. Berikut ialah syarat kelayakan untuk RHB Personal Loan.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 hingga 55 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM1,500 sebulan atau RM24,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) oleh mana-mana institusi kewangan (bank, koperasi kredit, syarikat kredit komuniti).
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Untuk Bekerja Sendiri

  • Mempunyai syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lebih dari 1 tahun.
  • Mempunyai akaun semasa syarikat.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon RHB Personal Loan, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon RHB Personal Loan adalah bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon.

Kakitangan Swasta

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan penyata caruman KWSP 1 bulan terkini.
  5. Surat pengesahan jawatan (jika berkhidmat kurang dari 6 bulan).

Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan sijil pendaftaran syarikat dari SSM.
  3. Salinan penyata akaun semasa syarikat 6 bulan terkini.
  4. Salinan borang BE/BE e-Form dengan resit bayaran cukai.

Penerima Komisen

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan penyata komisen/slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini.

Bekerja di Singapura

  1. Salinan “Notice of Assessment” dan salinan resit bayaran cukai terkini.

Jadual Bayaran Bulanan RHB Personal Loan

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment RHB Personal Loan. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran RHB Personal Loan
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, RHB Bank Berhad tidak mengenakan sebarang caj atau fi untuk pemprosesan RHB Personal Loan. Cuma caj setem duti sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus dan akan ditolak dari pinjaman. Walau bagaimanapun, caj lewat bayar sebanyak RM100 atau 1% dari baki pinjaman akan dikenakan sekiranya anda lewat membayar pinjaman anda.

Cara Mohon RHB Personal Loan

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon RHB Personal Loan melalui kaedah berikut:

  1. Kunjungi cawangan RHB berdekatan anda dengan membawa kad pengenalan diri.
  2. Isi borang permohonan di laman web rasmi RHB. Pihak RHB akan menghubungi anda untuk urusan selanjutnya.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Tiada caj proses.
  • Lulus serta merta.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun.
  • Jumlah pinjaman sehingga RM150,000.
  • Kadar lulus tinggi.
Kekurangan
  • Tidak ditawarkan kepada kakitangan sektor awam.

RHB Personal Loan adalah antara pinjaman peribadi konvensional yang popular di Malaysia. Pinjaman RHB ini menawarkan ciri menarik seperti kelayakan gaji yang rendah, jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pembiayaan yang panjang, dan tiada caj prose. Pelan ini yang dahulunya dikenali sebagai RHB Easy sering dimohon kerana faktor keputusan permohonan yang pantas hanya dalam tempoh 24 jam. Kini pihak RHB menawarkan kelulusan serta merta selepas mereka menyemak data peribadi anda. Walau bagaimanapun, pelan ini tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan atau sektor awam. Jika anda sedang mencari pembiayaan pantas tanpa banyak kerenah, pembiayaan peribadi RHB ini adalah pilihan yang tepat.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan RHB Personal Loan

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun Serta merta. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak RHB Bank Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak RHB Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak RHB Bank Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang RHB Personal Loan?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

83 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right