Citibank Personal Loan

Citibank Personal Loan
Citibank Berhad
Pinjaman daripada Citibank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman RM5000 hingga RM150000
Tempoh Pinjaman 24 hingga 60 Bulan
Kadar Faedah Tahunan 5.33% p.a hingga 9.80% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jumlah Tinggi, Keputusan Pantas (Fast Approval), Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 24 jam hari bekerja

Citibank Personal Loan adalah sebuah pelan pinjaman peribadi dari Citibank Berhad. Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar. Ini bermaksud pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pinjaman peribadi Citibank ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Oleh itu, pinjaman ini tidak boleh dimohon oleh mereka yang berkhidmat di sektor awam.

Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM150,000 dengan caj kadar faedah yang sangat berpatutan, iaitu serendah 5.88% p.a. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah dari 1 hingga 5 tahun.

Pelan pembiayaan peribadi Citibank ini terkenal sebagai antara pelan pinjaman peribadi yang mudah lulus jika anda cukup syarat-syarat kelayakan yang diperlukan. Kelebihan ialah seperti keperluan dokumen yang sangat ringkas, dan tempoh keputusan lulus yang sangat pantas. Anda boleh dapat keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Baca lebih lanjut untuk ciri-ciri pinjaman Citibank Personal Loan, syarat-syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran bulanan dan ketahui bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Citibank Personal Loan

Citibank menawarkan beberapa ciri menarik bagi mereka yang ingin memohon. Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan-kelebihan Citibank Personal Loan.

  • Kadar lulus yang tinggi
    Pinjaman peribadi daripada Citibank ini adalah pinjaman peribadi konvensional dengan kadar lulus yang tinggi di berbanding pinjaman peribadi konvensional yang lain di Malaysia.
  • Pinjaman konvensional tak bercagar
    Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi konvensional yang tak memerlukan sebarang cagaran untuk dimohon.
  • Kadar faedah tetap yang rendah
    Dengan kadar tetap serendah 5.33% p.a , pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi konvensional dengan kadar faedah terendah di Malaysia.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel
    Citibank menawarkan amaun fasiliti yang sangat fleksibel. Anda boleh mohon dari jumlah pinjaman minimum RM5,000 hingga jumlah maksimum RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembiayaan juga sangat fleksibel. Anda boleh pilih untuk buat pembayaran dari tempoh 24 bulan (2 tahun) hingga 60 bulan (5 tahun).
  • Kelayakan umur yang fleksibel
    Citibank membuka pinjaman ini kepada mereka yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Jumlah lulus yang tinggi
    Anda boleh mohon sehingga 10 kali ganda jumlah pendapatan anda.
  • Tiada caj proses
    Walaupun ini adalah pinjaman konvensional, Citibank tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.
  • Keperluan dokumen yang ringkas
    Dokumen yang anda sediakan untuk memohon Citibank Personal Loan adalah sangat ringkas berbanding pinjaman peribadi lain.
  • Tempoh lulus yang pantas
    Dapatkan keputusan permohonan pinjaman Citibank Personal Loan anda dalam tempoh tidak lebih dari 24 jam hari bekerja.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang dikenakan untuk memohon Citibank Personal Loan.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan RM4,000 sebulan ke atas atau RM48,000 setahun ke atas.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk Bekerja Sendiri

  • Perniagaan perlu berdaftar dengan SSM sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih.

Syarat tambahan

  • Untuk jumlah pinjaman yang lebih tinggi, anda perlu mempunyai komitmen bulanan dalam bentuk Kad Kredit/Pinjaman Peribadi/Pinjaman Perumahan/Pinjaman Kenderaan/Overdraft dengan mana-mana Bank/AEON lebih dari 24 bulan (2 tahun). Lebih mudah sekiranya komitmen anda adalah dengan Citibank sendiri.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Citibank Personal Loan, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Citibank Personal Loan.

Untuk Pekerja Swasta

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini; atau Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  3. Salah satu daripada dokumen berikut: – Salinan borang BE terkini dengan resit bayaran cukai. – Salinan 3 bulan penyata bank kemasukan gaji terkini. – Salinan borang EA (12 bulan terkini).

Untuk Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan pendaftaran syarikat.
  3. Salinan borang B dengan resit bayaran cukai; atau Salinan 6 bulan terkini penyata akaun bank syarikat.

Jadual Bayaran Bulanan Citibank Personal Loan

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Citibank Personal Loan. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Citibank Personal Loan
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj-caj yang dikenakan Citibank untuk pinjaman peribadi Citibank Personal Loan.

  1. Tiada caj proses jika permohonan pinjaman anda lulus.
  2. Caj setem duti 0.5% daripada amaun pinjaman yang lulus.
  3. Caj penamatan awal (early termination fee) sebanyak RM200 atau 3% daripada baki pinjaman, sekiranya penamatan awal dilakukan dalam tempoh 2  tahun pertama atau belum mencapai separuh tempoh pembiayaan.
  4. Caj lewat bayar (late payment fee) sebanyak 1% dari baki pinjaman.

Cara Mohon Citibank Personal Loan

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Citibank Personal Loan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Citibank berdekatan anda.

Review Citibank Personal Loan

Citibank Personal Loan dari Citibank adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar yang dibuka kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi konvensional dengan kadar faedah terendah di Malaysia. Amaun fasiliti yang ditawarkan juga sangat tinggi untuk pinjaman peribadi konvensional, iaitu mencecah sehingga RM150,000. Walau bagaimanapun, Citibank meletakkan syarat kelayakan yang tinggi untuk pinjaman ini – iaitu anda perlu berpendapatan RM4,000 sebulan atau RM48,000 setahun untuk layak memohon. Faktor ini membuatkan pinjaman ini tidak sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah. Namun begitu, pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi konvensional dengan kadar lulus yang tinggi. Oleh itu, jika anda layak untuk memohon, pinjaman ini adalah antara pilihan terbaik.

thumbs-up
Kelebihan
  • Kadar faedah terendah.
  • Mudah lulus.
  • Amaun fasiliti sehingga RM150,000.
  • Tiada caj proses.
  • Tak perlu penjamin.
thumbs-down
Kekurangan
  • Syarat kelayakan gaji minimum yang tinggi.
  • Perlu ada komitmen bulanan lebih dari 2 tahun.
  • Ada caj penamatan awal.
Rating
3.6/5

Soalan Lazim Citibank Personal Loan

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Citibank Personal Loan
Apakah Citibank Personal Loan?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Konvensional Tidak Bercagar ditawarkan oleh Citibank Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Citibank Personal Loan?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM150000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Citibank Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 60 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Citibank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Citibank Personal Loan di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 24 jam hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Citibank Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Citibank Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Citibank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Citibank Personal Loan.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Citibank Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Citibank Personal Loan yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Citibank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Citibank Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Citibank Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Citibank Personal Loan. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Citibank Personal Loan.

Ada soalan tentang Citibank Personal Loan?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right