JCL Pinjaman Peribadi

JCL Pembiayaan Peribadi
Japan Credit Leasing (JCL)
Pinjaman daripada JCL Credit Leasing Sdn. Bhd.
share-nodes
Kongsi
Kategori Konvensional (Bercagar/Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman RM500 hingga RM50000
Tempoh Pinjaman 12 hingga 60 Bulan
Kadar Faedah Tahunan 12% p.a hingga 18% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM1000 sebulan atau RM12000 setahun
Had Umur 18 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik CTOS CCRIS, Keputusan Pantas (Fast Approval), Pendapatan Rendah, Pinjaman Wang Berlesen (Kredit Komuniti)
Tempoh Keputusan Lulus 48 jam

JCL Pinjaman Peribadi atau JCL Personal Loan adalah sebuah pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh JCL Credit Leasing Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Japan Credit Leasing. JCL adalah sebuah syarikat kredit komuniti atau pemberi pinjam wang berlesen yang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Pihak JCL telah lama menawarkan perkhidmatan pembiayaan peribadi dan perniagaan di Malaysia – jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon.

JCL Personal Loan adalah pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar. Ini bermakna anda tidak perlu menyediakan cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mengemukakan cagaran sekiranya ingin kadar faedah  yang lebih rendah. Untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini, rujuk bahagian ciri-ciri pinjaman pada maklumat di bawah.

Pelan pinjaman JCL ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir bayaran pinjaman. Pinjaman ini boleh dimohon oleh semua sektor pekerja sama ada anda adalah kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun, kakitangan swasta atau bekerja sendiri.

Syarat kelayakan pendapatan yang ditetapkan ialah anda perlu berpendapatan tetap dengan gaji kasar tidak kurang daripada RM1,000 sebulan atau RM12,000 setahun.

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi kredit komuniti/pinjaman berlesen, pihak JCL menerima permohonan mereka yang mempunyai masalah di rekod CCRIS, iaitu mempunyai tunggakan bayaran yang direkodkan daripada institusi kewangan.

Sekiranya anda cukup syarat dan layak mohon JCL Pembiayan Peribadi, anda boleh mohon  jumlah pinjaman maksimum sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5 tahun. Kadar faedah yang ditawarkan bermula dari serendah 12% p.a.

Apa yang menarik tentang pinjaman JCL ini ialah anda tidak perlu tunggu lama untuk tahu keputusan pinjaman anda. Tempoh keputusan yang dijanjikan oleh pihak JCL ialah 48 jam hari bekerja.

Berminat untuk mohon pinjaman ini? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri pinjaman ini, apakah syarat-syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang diperlukan, jadual bayaran balik bulanan, caj & fi yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon secara atas talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan JCL Pinjaman Peribadi

JCL Pinjaman Peribadi mempunyai beberapa kelebihan berbanding pelan daripada bank atau koperasi. Berikut ialah ciri-ciri pelan pinjaman JCL ini.

  • Rekod kredit tidak baik di CCRIS boleh mohon
    Jika anda mempunyai rekod kredit yang buruk dan dipaparkan di laporan CCRIS, sudah pasti sukar untuk anda mohon pinjaman bank. Tetapi tidak menjadi masalah dengan JCL Personal Loan. Anda boleh mohon pinjaman ini walaupun rekod kredit mempunyai tunggakan.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Pihak JCL menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel. Anda boleh mohon dari serendah RM500 sehingga jumlah maksimum RM50,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh memilih untuk buat bayaran balik untuk pinjaman peribadi JCL ini antara 1 hingga 5 tahun, mengikut kemampuan anda.
  • Kadar faedah yang berpatutan
    Kadar faedah yang dikenakan tidak membebankan, iaitu bermula dari 12% p.a atau 18% p.a. Anda akan dikenakan kadar faedah sebanyak 12% p.a sekiranya anda mengemukakan cagaran, atau 18% p.a sekiranya tiada cagaran.
  • Kelayakan had umur yang fleksibel
    JCL menawarkan pinjaman ini kepada mereka yang berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Kelayakan gaji minimum yang rendah
    JCL Personal Loan hanya memerlukan anda mempunyai pendapatan gaji kasar RM1,000 sebulan untuk layak memohon. Ini adalah antara syarat kelayakan gaji yang terendah untuk pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar.
  • Tempoh kelulusan yang pantas
    Anda cuma perlu menunggu paling lewat 48 jam untuk mengetahui keputusan pinjaman anda.
  • Tiada caj proses
    Walaupun ini adalah pinjaman konvensional, JCL tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Anda juga tidak akan dikenakan sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.

Syarat kelayakan untuk mohon

JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. tidak mengenakan syarat yang ketat untuk mohon pinjaman ini. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda berhasrat untuk mohon pinjaman peribadi JCL.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Bekerja/Berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, kakitangan swasta atau bekerja sendiri.
  • Berpendapatan tetap dengan gaji kasar RM1,000 sebulan atau RM12,000 setahun.
  • Menetap di Lembah Klang atau Pulau Pinang.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit (CTOS).

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon JCL Pinjaman Peribadi, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat untuk mohon, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk meneruskan proses permohonan.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.
  5. Bil utiliti terkini (sama dengan alamat tempat tinggal).

Anda perlu menyediakan semua dokumen yang disenaraikan di atas untuk mohon.

Jadual Bayaran Bulanan JCL Pinjaman Peribadi

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment JCL Pinjaman Peribadi. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran JCL Pinjaman Peribadi
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj dan fi yang dikenakan oleh pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. sekiranya permohonan JCL Pinjaman Peribadi anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.

Caj-caj lain adalah seperti berikut.

  1. Tiada caj penamatan awal.
  2. Caj lewat bayar sebanyak 8% dari jumlah tunggakan.

Cara Mohon JCL Pinjaman Peribadi

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon JCL Personal Loan dengan mengunjungi cawangan JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. berdekatan anda.

Review JCL Pinjaman Peribadi

JCL Personal Loan adalah pinjaman peribadi yang sangat menarik. Salah satu ciri yang buat kan pinjaman ini menonjol ialah syarat kelayakan berhubung rekod kredit. JCL menerima permohonan dari individu yang mempunyai rekod kredit yang kurang baik di laporan CCRIS. Tempoh lulus yang pantas juga buat pinjaman ini sesuai dimohon sekiranya anda perlu wang tunai segera. Walau bagaimanapun, pastikan anda dapat buat bayaran bulanan dengan konsisten kerana caj lewat bayar yang dikenakan agak tinggi jika anda miss payment.

thumbs-up
Kelebihan
  • Rekod kredit tidak cantik boleh mohon.
  • Tempoh lulus pantas.
  • Tiada caj proses.
  • Tiada caj penamatan awal.
  • Kelayakan gaji minimum yang rendah.
thumbs-down
Kekurangan
  • Caj lewat bayar yang tinggi.
Rating
3.5/5

Soalan Lazim JCL Pinjaman Peribadi

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan JCL Pinjaman Peribadi
Apakah JCL Pinjaman Peribadi?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Konvensional Bercagar dan Tidak Bercagar ditawarkan oleh JCL Credit Leasing Sdn. Bhd..

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 18 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon JCL Pinjaman Peribadi?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM500 hingga RM50000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 60 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon JCL Pinjaman Peribadi di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 48 jam selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd.. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik JCL Pinjaman Peribadi.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada JCL Pinjaman Peribadi yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd..

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak JCL Credit Leasing Sdn. Bhd., sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi JCL Pinjaman Peribadi. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi JCL Pinjaman Peribadi.

Ada soalan tentang JCL Pinjaman Peribadi?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

378 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right