Akan dibuka dalam tab baharu

Panduan Lengkap – Cara Memohon Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Melalui Platform BRICK

calendar-pen
Dikemaskini pada: 26/09/2024
alarm-clock
Panduan Lengkap - Cara Memohon Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Melalui Platform BRICK

Proses permohonan Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat kini lebih mudah dan pantas dengan platform digital BRICK. Anda tidak perlu lagi mengunjungi cawangan Bank Rakyat, sekarang semuanya di hujung jari anda.

Apa itu Bank Rakyat BRICK

BRICK, singkatan kepada Bank Rakyat Quick, ialah sebuah platform dalam talian yang inovatif daripada Bank Rakyat.

Platform ini direka untuk memudahkan keperluan kewangan pelanggan mereka. Bank Rakyat BRICK menawarkan cara yang mudah untuk memohon pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan Islamik yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, sepenuhnya dalam talian.

Antara produk perbankan Islamik Bank Rakyat yang boleh anda mohon melalui BRICK ialah:

BRICK memperkasakan anda untuk menguruskan kewangan dengan mudah dan pantas dalam talian.

Kenapa Memohon Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Melalui BRICK?

  • Mudah dan Pantas: Proses permohonan yang ringkas dan mudah difahami, sekali gus menjimatkan masa anda.
  • Selamat dan Terjamin: Platform BRICK menggunakan teknologi keselamatan terkini untuk melindungi data peribadi anda.
  • Akses Sepanjang Masa: Mohon bila-bila masa, di mana jua anda berada, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Cara Memohon Pembiayaan Peribadi- i Bank Rakyat Melalui Platform BRICK

Ikuti panduan langkah demi langkah berikut untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i secara online melalui platform BRICK.

Langkah 1: Imbas Kod QR BRICK

Mulakan dengan mengimbas kod QR BRICK yang dipaparkan di laman web Bank Rakyat, cawangan Bank Rakyat, atau bahan pemasaran BRICK.

Langkah 1: Imbas Kod QR BRICK

Langkah 2: Pilih Pembiayaan Peribadi-i dan Klik “Maklumat Lanjut”

Setelah mengimbas kod QR, anda akan dibawa ke platform BRICK. Pilih “Pembiayaan Peribadi-i” dan klik “Maklumat Lanjut” untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan syarat kelayakan.

Langkah 2: Pilih Pembiayaan Peribadi-i dan Klik “Maklumat Lanjut”

Langkah 3: Pilih Produk dan Klik “Mohon Sekarang”

Pilih produk Pembiayaan Peribadi-i yang sesuai dengan keperluan anda, sama ada Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Awam atau Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri dan kelayakan setiap produk di halaman tersebut.

Kemudian, klik “Mohon Sekarang” untuk meneruskan permohonan.

Langkah 3: Pilih Produk dan Klik “Mohon Sekarang”

Langkah 4: Pilih “Permohonan” dan Klik “Mohon Sekarang”

Pada skrin seterusnya, pilih bahagian “Permohonan” dan klik butang “Mohon Sekarang” untuk meneruskan ke borang permohonan.

Langkah 4: Pilih "Permohonan" dan Klik "Mohon Sekarang"

Langkah 5: Lengkapkan Borang dengan Maklumat yang Diminta

Isi borang permohonan dengan maklumat peribadi dan kewangan yang tepat dan lengkap. Pastikan anda menyemak semula semua maklumat sebelum menghantar permohonan.

Langkah 5: Lengkapkan Borang dengan Maklumat yang Diminta

Langkah 6: Proses eKYC

Untuk pengesahan identiti (eKYC), ikut arahan mudah di skrin:

1. Tangkap gambar kad pengenalan (depan dan belakang)

Tangkap gambar kad pengenalan (depan dan belakang)

2. Tangkap gambar swafoto

Tangkap gambar swafoto

3. Gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan

Gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan

4. Tunjukkan tapak tangan

Tunjukkan tapak tangan

Langkah 7: Proses eKYC Selesai

Tahniah! Proses eKYC anda telah selesai. Anda boleh teruskan dengan melengkapkan e-borang Pembiayaan Peribadi-i sehingga selesai.

Proses eKYC Selesai

Tips Penting untuk Meningkatkan Peluang Lulus

  • Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pembiayaan tersebut.
  • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti slip gaji dan penyata bank.
  • Semak status permohonan anda secara berkala di platform BRICK.

Semoga panduan ini membantu memudahkan proses permohonan Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat anda melalui platform BRICK.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bank Rakyat atau hubungi pusat khidmat pelanggan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir