Mengurus kewangan peribadi kini semakin mudah dengan teknologi digital. Google Pay menawarkan kemudahan pembayaran tanpa sentuh yang pantas dan selamat, terutamanya untuk pengguna kad kredit Bank Muamalat. Panduan ini akan membimbing anda langkah demi langkah untuk mengaktifkan Google Pay dan menikmati kemudahan yang ditawarkan.
Keperluan Minimum
Sebelum anda mengaktifkan Google Pay untuk kad kredit Bank Muamalat anda, pastikan anda memenuhi keperluan berikut:
- Peranti Android (versi 5.0 ke atas) dengan sokongan NFC.
- Kad Kredit Bank Muamalat yang layak (Bank Muamalat Visa Platinum-i, Bank Mualamat Visa Infinite-i, Pos Malaysia Visa Platinum-i, dan Pos Malaysia Visa Infinite-i).
- Sambungan internet (untuk setup awal dan menyemak transaksi).
Langkah-langkah Mengaktifkan Google Pay
Langkah 1 – Muat Turun & Buka Google Wallet
Cari aplikasi “Google Wallet” di Google Play Store dan muat turun ke peranti Android anda. Jika sudah dipasang, buka aplikasi tersebut.


Langkah 2 – Tambah Kad Kredit
Tekan butang “+” (Tambah) di bahagian bawah skrin. Pilih “Tambah kad pembayaran (Payment Card)”.

Langkah 3 – Masukkan Maklumat Kad
Masukkan nombor kad kredit Bank Muamalat anda, tarikh luput, dan kod CVV (3 digit di belakang kad).

Langkah 4 – Sahkan Alamat Bil
Pastikan alamat bil yang dipaparkan adalah sama seperti yang didaftarkan dengan Bank Muamalat. Jika berbeza, kemaskini alamat tersebut.

Langkah 5 – Terima Terma & Syarat
Baca dan terima terma dan syarat yang ditetapkan oleh Bank Muamalat dan Google Pay.

Langkah 6 – Verifikasi Kad
Bank Muamalat mungkin akan menghantar kod pengesahan melalui SMS ke nombor telefon yang berdaftar. Masukkan kod tersebut untuk mengesahkan kad anda.

Kad Berjaya Ditambah!: Selepas verifikasi berjaya, kad kredit anda akan dipaparkan dalam Google Wallet dan sedia digunakan.

Cara Menggunakan Google Pay
- Pembayaran di Kedai: Aktifkan skrin peranti Android anda dan dekatkan peranti tersebut dengan terminal pembayaran tanpa sentuh (contactless payment) yang memaparkan logo Google Pay atau simbol NFC. Untuk transaksi melebihi RM250, anda perlu memasukkan PIN kad kredit anda pada terminal.
- Pembayaran Dalam Talian (Online)/Dalam Aplikasi: Pilih Google Pay sebagai kaedah pembayaran semasa membuat pembelian dalam aplikasi atau laman web yang menyokong kaedah pembayaran ini.
Tips & Nasihat
- Keamanan: Google Pay menggunakan teknologi enkripsi dan tokenisasi untuk melindungi maklumat kad anda. Elakkan berkongsi peranti anda dengan orang lain.
- Transaksi Luar Negara: Google Pay boleh digunakan di luar negara di terminal yang menyokong Visa payWave. Namun, disarankan untuk membawa kad fizikal sebagai sandaran.
- Semak Transaksi: Anda boleh menyemak transaksi Google Pay dalam aplikasi Google Wallet, i-Muamalat Internet Banking/Mobile Banking, atau penyata kad kredit anda.
- Program Cashback: Anda masih layak menikmati program cashback kad kredit seperti biasa walaupun menggunakan Google Pay.
- Masalah Pengaktifan: Jika menghadapi masalah, hubungi Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah Google Pay selamat digunakan?
Ya, Google Pay menggunakan teknologi “encrytion” dan “tokenization” untuk melindungi maklumat kad anda. Setiap transaksi dilindungi dan maklumat kad anda tidak dikongsi dengan peniaga.
Apakah kad yang layak digunakan dengan Google Pay?
Kad kredit Bank Muamalat Visa yang layak termasuk BMMB Visa Platinum-i, BMMB Visa Infinite-i, Pos Malaysia Visa Platinum-i, dan Pos Malaysia Visa Infinite-i.
Berapa banyak peranti yang boleh saya daftarkan untuk satu kad?
Anda boleh mendaftarkan satu kad sehingga kepada 10 peranti.
Perlukah saya sentiasa mempunyai sambungan internet untuk menggunakan Google Pay?
Sambungan internet diperlukan untuk setup awal dan menyemak transaksi. Namun, anda tidak memerlukan internet untuk membuat pembayaran di kedai fizikal.
Bagaimana jika saya menghadapi masalah untuk menambah kad saya ke Google Pay?
Jika anda menerima mesej ralat atau tidak dapat menambah kad, sila hubungi Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500.
Bolehkah saya menyemak transaksi Google Pay saya?
Ya, anda boleh menyemak transaksi anda dalam aplikasi Google Wallet, i-Muamalat Internet Banking/Mobile Banking, atau penyata kad kredit anda.
Adakah saya masih boleh menikmati program cashback?
Ya, transaksi Google Pay dianggap sama seperti transaksi kad kredit biasa, jadi anda masih layak mendapat cashback.
Kesimpulan: Google Pay menawarkan kemudahan dan keselamatan untuk transaksi harian anda. Dengan mengikuti panduan ini, anda dapat mengaktifkan dan menggunakan Google Pay dengan kad kredit Bank Muamalat dengan mudah dan yakin.

