Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

HSBC Cash Instalment Plan atau HSBC CIP adalah pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) yang ditawarkan oleh HSBC Malaysia. Pelan ini membenarkan pemegang kad kredit HSBC menukar had kredit (credit limit) mereka kepada wang tunai.

Anda boleh mohon pinjaman tunai dari jumlah minimum serendah RM1,000 dan seterusnya dengan gandaan RM100. Jumlah pinjaman maksimum yang dibenarkan pula ialah 95% dari had limit kad kredit HSBC anda. Walau bagaimanapun, caj “Cash Advance Fee” sebanyak 2% akan dikenakan untuk pinjaman kurang dari RM5,000.

Pelan ini menawarkan tempoh pinjaman yang fleksibel, iaitu dari 12 bulan hingga 60 bulan – antara tempoh pinjaman yang panjang untuk pelan pinjaman tunai. HSBC mengenakan kadar faedah tetap (fixed interest rate) untuk pelan HSBC Cash Instalment Plan ini – iaitu sebanyak 6.88% p.a.

Sekiranya anda tidak mampu untuk buat bayaran ansuran penuh bulanan, anda boleh buat bayaran minimum sebanyak 5% daripada jumlah pinjaman. Tetapi, ini adalah tidak digalakkan kerana HSBC akan meningkatkan kadar faedah kepada 18% p.a.

Pihak HSBC tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

HSBC Cash Instalment Plan
calendar-range
Tempoh Pinjaman
12 bulan hingga 60 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
RM1000 hingga 95% daripada had limit (credit limit)
badge-percent
Kadar Faedah
6.88% p.a (kadar tetap)
square-dollar
Caj Lewat Bayar
Kadar faedah dinaikkan kepada 18% p.a
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
12 6.88% p.a
24 6.88% p.a
36 6.88% p.a
48 6.88% p.a
60 6.88% p.a

Cara mohon HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Anda boleh mohon pelan ansuran tunai HSBC Cash Instalment Plan melalui salah satu daripada kaedah berikut.

  • Mohon secara atas talian (online) menerusi laman web HSBC Malaysia.
  • Walk-in ke mana-mana cawangan HSBC untuk mohon.
  • Hubungi pusat khidmat pelanggan HSBC di talian 03-20599123.

Sekiranya permohonan pinjaman anda lulus, wang akan dikreditkan ke akaun bank pilihan anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Kad kredit HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan HSBC Cash Instalment Plan (CIP). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i
Kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i menawarkan ganjaran rebat tunai (Cashback) sehingga 8% untuk setiap perbelanjaan anda, dalam dan luar negara. Juga nikmati ciri-ciri Premium dengan program VIP HSBC.
Info Lanjut

HSBC Advance Visa Platinum

Kad Kredit HSBC Advance Visa Platinum
Kad kredit HSBC Advance Visa Platinum adalah kad yang didatangkan dengan ciri Premium VISA dan HSBC. Kad ini juga memberikan sehingga 3x mata ganjaran (rewards points) untuk setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

HSBC Visa Signature

HSBC Visa Signature
Kad kredit HSBC Visa Signature menawarkan sehingga 8x mata ganjaran untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan dalam dan luar negara, offline dan online. Dapatkan juga keistimewaan premium yang didatangkan dengan kad Visa Signature ini.
Info Lanjut

HSBC Platinum

HSBC Platinum Credit Card
Kaki shopping? Kad kredit HSBC menawarkan mata ganjaran sehingga 8x dengan setiap transaksi pembelian barangan anda, dalam talian dan juga luar talian, di dalam dan luar negara. Nikmati juga diskaun dan tawaran hebat melalui program-program HSBC.
Info Lanjut

HSBC Premier World MasterCard

HSBC Premier World MasterCard Credit Card
Kad kredit HSBC Premier World MasterCard memberi pulangan sehingga 10x mata ganjaran dan didatangkan dengan ciri-ciri menarik khusus untuk pemegang akaun bank HSBC Premier.
Info Lanjut

HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i
Kad kredit HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i menawarkan keistimewaan premium dan pulangan tunai tanpa had, dan juga yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

HSBC Premier Travel

Kad kredit HSBC Premier Travel
Kad kredit HSBC Premier Travel menawarkan keistimewaan eksklusif dengan ganjaran mata Air Miles dan ciri premium yang menarik. Kad ini ditawarkan kepada pemegang akaun HSBC Premier yang setia dengan HSBC.
Info Lanjut

HSBC Live+ Credit Card

Kad kredit HSBC Live+
Kad Kredit HSBC Live+ menawarkan cashback sehingga 8% untuk perbelanjaan menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang sering berbelanja dalam kategori ini.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.