Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Islamik, Premium, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Inginkan kad kredit premium yang menawarkan keistimewaan eksklusif tetapi masih patuh Syariah? Kad kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i mungkin kad yang anda cari. Kad kredit Islamik dari HSBC Amanah ini didatangkan dengan pelbagai pulangan dan ganjaran untuk mereka yang ingin lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan.

Sebagai permulaan, anda akan menerima pulangan tunai atau cashback sehingga 1% dari setiap perbelanjaan anda di dalam dan luar negara. Yang menariknya pulangan tunai ini adalah tanpa had, jadi anda boleh dapatkan pulangan sebanyak mana yang anda ingini. Tidak lupa juga tawaran dan diskaun istimewa dari gedung beli belah seluruh dunia yang mengambil bahagian. Kad ini juga didatangkan dengan perlindungan transaksi E-dagang MasterCard sehingga USD200 untuk setiap transaksi beli-belah dalam talian.

Bagi yang gemar melancong, anda mungkin terkejut dengan senarai keistimewaan yang didatangkan bersama kad kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i. Anda akan menikmati 6x akses percuma kepada plaza premium lounge di lapangan terbang KLIA, Hong Kong, dan Singapura. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Concierge Service dan Emergency Help Desk sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dalam perjalanan anda. Kad ini juga memberi pas Global Data Roaming oleh Flexiroam di 150 negara untuk memudahkan keperluan komunikasi anda dan perlindungan USD100 Wallet Protection dalam perjalanan anda.

Terdapat juga keistimewaan lain yang ditawarkan bersama kad kredit HSBC Amanah ini. Bagi kaki golf, anda boleh mendapatkan diskaun 50% untuk yuran hijau di 42 padang golf seluruh dunia. Anda juga boleh menikmati khidmat nasihat percuma berhubung kesihatan menerusi video dengan program Doctor Anywhere dan bantuan kesihatan digital 24 jam oleh Medi24.

Sebagai kad kredit premium, tidak hairanlah kad ini menawarkan pelan kad kredit yang lengkap seperti pelan pemindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan ansuran tunai. Anda boleh buat pindahan baki daripada kad lama, dapatkan barangan idaman anda dengan bayaran ansuran, dan buat pendahuluan tunai di saat memerlukan. Pelan HSBC Balance Transfer Plan dan HSBC Cash Instalment Plan ditawarkan dengan 0% kadar faedah, manakala pelan HSBC Cash Instalment Plan pula menawarkan kadar faedah berpatutan.

Bagi yang ingin penjimatan berganda, kad kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i adalah kad tanpa yuran tahunan. Bukan sahaja yuran tahunan percuma seumur hidup untuk kad utama, tetapi juga untuk kad tambahan.

Dengan semua kelebihan ini, anda pasti tertanya-tanya apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon. Pihak HSBC Amanah hanya menawarkan kad kredit ini kepada pemegang akaun HSBC Amanah Premier. Sekiranya anda adalah pemegang akaun tersebut, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM200,000 di dalam akaun untuk mohon.

Berminat untuk mohon? Baca ciri lengkap kad ini pada maklumat di bawah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai tanpa had dengan kadar 0.5% untuk transaksi di dalam negara dan 1% untuk transaksi di luar negara.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan dalam negara 0.5% Tiada had Sebarang perbelanjaan
Perbelanjaan luar negara 1% Tiada had Sebarang perbelanjaan

ganjaran perjalanan

Nikmati ganjaran perjalanan berikut dengan kad kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i.

  • 6x akses percuma ke plaza premium lounge di KLIA, lapangan terbang antarabangsa Hong Kong, dan lapangan terbang Changi Singapura.
  • Diskaun membeli-belah di dalam dan luar talian di 25 negara.
  • Pas Global Data Roaming oleh Flexiroam di 150 negara.
  • Perkhidmatan Concierge Service dari MasterCard.
  • Bantuan kecemasan melalui Emergency Help-Desk khas.

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan beberapa keistimewaan dan kelebihan.

  • Diskaun yuran hijau sehingga 50% di 42 kelab golf dan kelas golf percuma di akademi golf Singapura.
  • Khidmat nasihat kesihatan percuma menerusi video oleh Doctor Anywhere.
  • Bantuan kesihatan oleh Medi24.
  • Perlindungan pembelian sehingga USD200 untuk transaksi beli-belah dalam talian melalui program MasterCard e-Commerce Protection.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM0 atau 2% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)

Pelan Pembiayaan

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)
HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
HSBC Card Instalment Plan
HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, HSBC Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. HSBC Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Amanah Premier World MasterCard-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad, anak syarikat HSBC Group yang merupakan bank global ke-7 terbesar, adalah bank asing terbesar di Malaysia. Menawarkan rangkaian penuh produk perbankan konvensional dan Islamik (menerusi HSBC Amanah) untuk individu dan perniagaan, HSBC menyediakan segala dari akaun, kad, pelbagai jenis pembiayaan peribadi, insurans, hingga pelaburan dan kemudahan perbankan digital.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Muamalat Pos Visa Platinum-i

Nikmati ganjaran tunai 8% di Pos Malaysia dan 1% di luar negara dengan Kad Kredit…

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan menawarkan mata ganjaran TreatPoints dan keisitimewaan perjalanan, termasuk…

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian…