Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Advance Visa Platinum

Kad Kredit HSBC Advance Visa Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit HSBC Advance Visa Platinum adalah kad kredit platinum daripada HSBC yang menyediakan ciri mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan anda. Kad eksklusif ini hanya ditawarkan kepada pemegang akaun bank HSBC Advance sahaja.

Mata ganjaran yang ditawarkan oleh kad ini boleh dikatakan agak istimewa. Anda akan mendapat 3 mata dengan setiap transaksi atas talian (online transaction) dan transaksi bayaran bil automatik (auto-billing). Untuk transaksi perbelanjaan selain daripada dua transaksi tersebut, anda akan mendapat 1 mata ganjaran.

Selain itu, sebagai kad kredit Platinum, pemilik kad kredit HSBC Advance Visa Platinum secara automatik layak untuk program khas HSBC seperti HSBC Rewards Programme, Visa Premium Privileges, SmartPrivileges Programme, dan juga Home & Away Programme.

HSBC juga menawarkan pelan pindahan baki kad kredit menerusi HSBC Balance Transfer Plan. Anda boleh lakukan pindahan baki daripada kad lama dengan pindahan minimum serendah RM1,000 tanpa sebarang caj pengendalian (upfront handling fee).

Pemilik kad ini juga diberikan kemudahan kredit dengan program pelan ansuran mudah HSBC Balance Conversion Plan dan pelan ansuran tunai HSBC Cash Instalment Plan.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik yang datang bersama kad HSBC Advance Visa Platinum, syarat kelayakan untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Advance Visa Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 3x mata ganjaran (rewards points) untuk setiap transaksi atas talian dan transaksi bayaran bil automatik anda. Dapatkan juga 1 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1 untuk transaksi lain.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
3 RM1 Transaksi atas talian dan bayaran bil automatik
1 RM1 Perbelanjaan lain

Ciri premium

Sebagai pemilik kad kredit HSBC Visa Advance Platinum, anda akan dimanjakan dengan 4 program premium.

  • HSBC Rewards Programme
    Katalog atas talian yang mengandungi koleksi produk, perkhidmatan dan air miles yang boleh anda tebus dengan mata ganjaran anda.
  • SmartPrivileges Programme
    Laman web khusus yang mengadungi tawaran istimewa, diskaun dan rebat tunai untuk kad anda.
  • Home & Away Programme
    Tawaran sepanjang tahun untuk anda nikmati, dalam dan luar negara.
  • Visa Premium Privileges
    Sebagai pemilik kad Visa Platinum, anda layak untuk menikmati kemudahan dan keistimewaan daripada pihak Visa.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Hanya untuk pemilik akaun HSBC Advance
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)
HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
HSBC Card Instalment Plan
HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon HSBC Advance Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Advance Visa Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, HSBC Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit HSBC Advance Visa Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. HSBC Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit HSBC Advance Visa Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Advance Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad, anak syarikat HSBC Group yang merupakan bank global ke-7 terbesar, adalah bank asing terbesar di Malaysia. Menawarkan rangkaian penuh produk perbankan konvensional dan Islamik (menerusi HSBC Amanah) untuk individu dan perniagaan, HSBC menyediakan segala dari akaun, kad, pelbagai jenis pembiayaan peribadi, insurans, hingga pelaburan dan kemudahan perbankan digital.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC UnionPay Dual Currency Classic

Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Classic sangat sesuai untuk mereka yang sering berkunjung ke…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit Public Bank World MasterCard 

Kad kredit Public Bank World MasterCard menawarkan sehingga 3x ganjaran Air Miles bersama perlindungan insurans perjalanan…