Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Premier Travel

Kad kredit HSBC Premier Travel
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM600
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Anda pemegang akaun HSBC Premier dan ingin kad kredit terhad yang menawarkan ganjaran berlipat ganda di samping gaya hidup eksklusif? Kad kredit HSBC Premier Travel mungkin kad yang anda cari. Kad ini bukan sahaja menawarkan pulangan mata AirMiles, tetapi juga memberikan perlindungan perjalanan dan pelan kredit yang lengkap.

Pulangan Ganjaran Air Miles Terbaik

Antara keistimewaan utama yang ditawarkan oleh kad kredit HSBC ini ialah pulangan mata Air Miles dengan setiap perbelanjaan di luar negara. Anda akan menerima sehingga 1.1x AirMiles untuk transaksi dalam talian, utiliti, dan insurans di dalam mata wang asing. Untuk perbelanjaan tempatan pula, 1x mata akan diberikan bagi setiap RM4.

Mata Air Miles untuk transaksi mata wang asing dihadkan kepada RM20,000 dan transaksi dalam negara kepada RM30,000, setiap bulan

Fleksibiliti Mata Air Miles

Yang menariknya anda boleh tukar mata Air Miles yang terkumpul dengan kad kredit HSBC Premier Travel kepada tunai yang akan dimasukkan terus ke dalam Akaun Premier Junior Savers, atau tebus untuk hadiah, baucar, atau ‘frequent flyer miles’ dari AirAsia, Enrich, dan KrisFlyer melalui program HSBC Premier Travel Rewards.

Keistimewaan  ini memberi anda kebebasan untuk menggunakan ganjaran anda dengan lebih fleksibel, sekali gus memberikan tambahan nilai berganda.

Kelebihan Premium Kad HSBC Premier Travel

Mereka yang sering melancong pula tidak perlu risau kerana anda akan menikmati 12x akses percuma ke Plaza Premium Lounges di lapangan terbang terpilih di 18 negara yang mengambil bahagian.

Kad kredit HSBC ini juga menawarkan Global Data Roaming oleh Flexiroam yang boleh anda guna untuk 580 syarikat telekomunikasi di lebih daripada 150 negara. Tidak perlu lagi menukar kad sim setiap kali anda melancong ke luar negara.

Tidak lupa juga program MasterCard Travel Rewards yang menawarkan diskaun dan pulangan tunai untuk anda membeli-belah di 25 negara seluruh dunia. Pihak MasterCard juga menyediakan program perlindungan insurans e-Dagang yang akan melindungi pembelian dalam talian sehingga USD200.

Nikmati tawaran eksklusif dan layanan VIP ketika anda membeli belah dengan kad HSBC Premier Travel melalui Program HSBC Premier Smart Privileges. Dengan lebih daripada 2,000 peniaga di seluruh negara, anda akan menikmati diskaun hebat sambil menikmati tawaran baru yang menarik setiap bulan.

Dengan kad kredit HSBC ini anda akan menikmati nasihat kesihatan percuma melalui daripada Doctor Anywhere dan bantuan kesihatan secara digital daripada Medi24, 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Kaki golf pula akan menikmati diskaun sehingga 50% untuk yuran hijau di 42 kelab golf di Asia, termasuk diskaun untuk kelas golf di Golf Performance 360 Golf Academy.

Berbelanja Sambil Beramal dengan HSBC

Sebagai pemegang Kad Kredit HSBC Premier Travel, anda mempunyai peluang berbelanja sambil beramal. Pihak HSBC akan menyumbang 1% daripada setiap sumbangan yang anda buat kepada badan kebajikan.

Sumbangan ini disalurkan kepada beberapa organisasi yang disokong oleh HSBC iaitu Global Environment Center, PINTAR foundation, Yayasan Chow Kit, dan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI).

Pelan Kad Kredit Lengkap

Dapatkan juga manfaat daripada pelan kewangan lengkap yang ditawarkan bersama kad ini.

Pelan bayaran ansuran mudah HSBC Card Instalment Plan membenarkan anda menukar pembelian tunai kepada bayaran ansuran bulanan tanpa kadar faedah selama 36 bulan. Anda cuma perlu membeli barangan tidak kurang daripada RM500 untuk menggunakan pelan yang menguntungkan ini.

Dengan pelan ansuran tunai HSBC Cash Instalment Plan pula, anda boleh pinjam sehingga 95% daripada had kredit anda dengan bayaran balik sehingga 60 bulan. Kadar faedah yang dikenakan juga sangat kompetitif berbanding pelan pinjaman peribadi.

Atau, selesaikan hutang kad kredit lama anda dengan memindahkan baki tertunggak ke kad HSC Premier Travel melalui pelan HSBC Balance Transfer Instalment. Dengan fleksibiliti untuk buat ansuran antara 3 hingga 12 bulan, pelan in sangat membantu anda mengurus kewangan dengan lebih efisien.

Kos Pemilikan Kad HSBC Premier Travel

Yuran tahunan yang dikenakan untuk kad utama ialah RM600, dan tiada yuran untuk kad tambahan. Walau bagaimanapun, yuran dikecualikan untuk tahun pertama. Begitu juga untuk tahun berikutnya jika anda perbelanjaan anda melebihi RM45,000 pada tahun berikutnya.

Hanya bayar cukai jualan dan perkhidmatan berjumlah RM25 untuk kad utama dan setiap kad tambahan setiap tahun.

Kelayakan Mohon

Dengan pelbagai kelebihan dan ciri eksklusif yang ditawarkan, kad kredit HSBC ini hanya boleh dimohon oleh pemegang akaun HSBC Premier dengan baki minimum RM200,000. Selain itu, pemohon perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan minimum tahunan tidak kurang daripada RM36,000.

Kad Kredit HSBC Premier Travel adalah pilihan tepat jika anda ingin gaya hidup eksklusif dan premium. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Premier Travel

Mata ganjaran (reward points)

Kumpul mata Air Miles dengan setiap perbelanjaan kad kredit HSBC Premier Travel. Dapatkan 1.1x mata Air Miles untuk perbelanjaan di luar negara, dan 1x mata Air Miles ketika anda berbelanja di dalam negara. Jangan lupa untuk tebus mata terkumpul untuk ganjaran atau frequent flyer miles melalui katalog HSBC Premier Travel Rewards. Anda juga boleh tukar mata Air Miles kepada tunai yang akan didepositkan ke akaun Premier Junior Savers.

JUMLAH MATA AIR MILES JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1.1 RM1 Transaksi luar negara dalam matawang asing (dihadkan kepada 20,000 mata setiap bulan)
1 RM4 Transaksi dalam negara di dalam RM (dihadkan kepada 30,000 mata setiap bulan)

Lihat katalog HSBC Premier Travel Rewards

ganjaran perjalanan

Rehat dan santai di Plaza Premium Lounges lapangan terbang di 18 negara, 12 kali setahun.

Ciri premium

Kad HSBC Premier Travel menawarkan pelbagai kelebihan premium, antaranya:

  • Perkhidmatan Global Data Roaming Flexiroam untuk 580 syarikat telekomunikasi di 150 negara.
  • Diskaun dan pulangan tunai setiap kali anda membeli-belah di 150 negara.
  • Perlindungan transaksi e-Dagang dalam talian sehingga USD200.
  • Program HSBC Smart Privileges yang menawarkan layanan VIP di 2,000 pedagang seluruh negara.
  • Nasihat kesihatan percuma Doctor Anywhere.
  • Bantuan kesihatan digital 24/7 daripada Medi24.
  • Diskaun sehingga 50% untuk yuran hijau di kelab golf yang mengambil bahagian.
  • Diskaun untuk kelas golf di kelab golf terpilih.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Pemilik akaun HSBC Premier
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM600
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk perbelanjaan RM45,000 ke atas.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)
HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
HSBC Card Instalment Plan
HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon HSBC Premier Travel

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Premier Travel

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, HSBC Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit HSBC Premier Travel untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. HSBC Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit HSBC Premier Travel

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Premier Travel?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad, anak syarikat HSBC Group yang merupakan bank global ke-7 terbesar, adalah bank asing terbesar di Malaysia. Menawarkan rangkaian penuh produk perbankan konvensional dan Islamik (menerusi HSBC Amanah) untuk individu dan perniagaan, HSBC menyediakan segala dari akaun, kad, pelbagai jenis pembiayaan peribadi, insurans, hingga pelaburan dan kemudahan perbankan digital.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Muamalat Pos Visa Platinum-i

Nikmati ganjaran tunai 8% di Pos Malaysia dan 1% di luar negara dengan Kad Kredit…

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan

Kad kredit Maybank Islamic World MasterCard Ikhwan menawarkan mata ganjaran TreatPoints dan keisitimewaan perjalanan, termasuk…

Public Islamic Bank MasterCard Platinum Credit Card-i

Kad kredit Islamik ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 4% setiap bulan dengan perlindungan pembelian…