Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM240
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Islamik, Premium, Pulangan Tunai

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i adalah antara kad kredit Platinum yang ditawarkan oleh HSBC Amanah. Kad ini sangat sesuai buat mereka yang gemar membeli-belah dengan ciri menarik rebat tunai (cashback) yang ditawarkan.

Anda akan mendapat ganjaran rebat tunai sehingga 8% daripada jumlah perbelanjaan anda sekiranya anda berbelanja menggunakan kad kredit HSBC ini. Cashback sehingga 8% ini diberikan untuk setiap belanja runcit, isian minyak atau penggunaan transaksi eWallet.

Untuk perbelanjaan di dalam kategori lain pula, anda tetap akan mendapat ganjaran cashback, cuma jumlah rebat tunai yang diberikan ialah 0.2%. Perbelanjaan ini juga tidak hanya dihadkan kepada perbelanjaan di dalam negara, tetapi juga sah untuk perbelanjaan luar negara.

Kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum ini juga melayakkan anda untuk program HSBC VIP SmartPrivileges yang menawarkan diskaun hebat pada 6,500 pedagang yang mengambil bahagian di dalam program. Anda cuma perlu berbelanja dengan kad ini untuk melayakkan anda mendapat diskaun yang ditawarkan.

Anda boleh lakukan pemindahan baki kepada kad kredit ini menerusi HSBC Balance Transfer Plan dengan pindahan baki minimum serendah RM1,000. Tiada caj pengendalian (upfront handling fee) yang dikenakan melalui pelan ini.

Anda juga boleh dapatkan barangan idaman anda menerusi pelan ansuran mudah HSBC Card Instalment Plan. Anda hanya perlu berbelanja tidak kurang daripada RM500 kad HSBC MPower Platinum anda dan buat bayaran semula sehingga 36 bulan.

Sekiranya anda inginkan tunai segera, pihak HSBC menawarkan pelan HSBC Cash Instalment Plan. Anda boleh pinjam sehingga 95% daripada had kredit kad anda dan buat bayaran semula sehingga 60 bulan.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri istimewa kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum Kredit Card-i, syarat kelayakan untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan sehingga 8% rebat tunai (cashback) untuk perbelanjaan runcit, isian petrol dan penggunaan eWallet sekiranya anda berbelanja lebih dari RM2,000 setiap bulan dengan kad MPower Platinum ini.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Runcit 8% RM15 Tidak kurang dari RM2,000
Isian Petrol 8% RM15 Tidak kurang dari RM2,000
eWallets 8% RM15 Tidak kurang dari RM2,000
Perbelanjaan dalam dan luar negara 0.2% Tiada had Sebarang amaun
Runcit 1% RM15 Tidak kurang dari RM2,000
Isian Petrol 1% RM15 Tidak kurang dari RM2,000
eWallets 1% RM15 Tidak kurang dari RM2,000

Ganjaran petrol

Kad Kredit HSBC Amanah MPower Platinum menawarkan rebat tunai sehingga 8% setiap hari dengan setiap isian petrol anda, di sebarang Stesen Minyak seluruh Malaysia. Anda hanya perlu berbelanja tidak kurang dari RM2,000 setiap bulan melayakkan anda mendapat rebat tunai ini.

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan HSBC VIP SmartPrivileges Programme yang menawarkan diskaun terhadap 6,500 pusat beli-belah seluruh Malaysia yang mengambil bahagian.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM240
Dibatalkan jika anda menggunakan (swipe) kad lebih dari 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM120
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM atau 2% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)

Pelan Pembiayaan

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)
HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
HSBC Card Instalment Plan
HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, HSBC Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. HSBC Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

19 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad, anak syarikat HSBC Group yang merupakan bank global ke-7 terbesar, adalah bank asing terbesar di Malaysia. Menawarkan rangkaian penuh produk perbankan konvensional dan Islamik (menerusi HSBC Amanah) untuk individu dan perniagaan, HSBC menyediakan segala dari akaun, kad, pelbagai jenis pembiayaan peribadi, insurans, hingga pelaburan dan kemudahan perbankan digital.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Muamalat Pos Visa Platinum-i

Nikmati ganjaran tunai 8% di Pos Malaysia dan 1% di luar negara dengan Kad Kredit…

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Maybank 2 Platinum Cards

Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau…

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 15% setiap bulan. Kad ini juga didatangkan…