Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Visa Signature

HSBC Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM600
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM6000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium

HSBC Visa Signature adalah kad kredit eksklusif daripada HSBC Malaysia. Kad ini didatangkan dengan kelebihan mata ganjaran (rewards points) dan ciri-ciri istimewa (premium) daripada HSBC. Anda boleh dapatkan sehingga 8 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad ini.

Mata ganjaran yang ditawarkan adalah untuk perbelanjaan dalam dan juga luar negara. Untuk perbelanjaan luar negara, anda akan dapat sehingga 8x mata ganjaran dengan setiap RM1. Untuk perbelanjaan dalam negara pula, anda akan dihadiahkan 5x mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh anda tebus untuk mendapatkan keistimewaan seperti baucar beli-belah, alatan elektronik, peralatan dapur, Air Miles, dan pelbagai lagi barangan eksklusif. Mata ganjaran anda sah sehingga 3 tahun.

Pemilik kad kredit HSBC Visa Signature juga layak untuk menikmati keistimewaan program Home & Away Privilege Programme yang memberikan diskaun dan tawaran hebat di 19,000 pedagang seluruh dunia. Bagi yang gemar melancong pula, anda akan diberikan 6x akses ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh dunia. Tidak lupa juga keistimewaan Visa Premium Privileges khusus untuk pemegang kad Visa Signature.

Pihak HSBC menawarkan pelan HSBC Balance Transfer bagi mereka yang ingin buat pindahan baki ke kad ini. Buat pindahan serendah RM1,000 dengan caj kadar faedah yang tidak membebankan. Anda juga boleh menggunakan pelan bayaran ansuran mudah (easy payment plan) HSBC untuk mendapatkan barangan idaman anda. Anda cuma perlu buat belian serendah RM500 dan anda boleh buat bayaran semula sehingga 36 bulan.

Jika anda ingin menggunakan tunai segera, anda boleh dengan pelan ansuran tunai HSBC Cash Instalment Plan. Anda boleh pinjam sehingga 95% daripada had kredit anda pelan ini.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik kad kredit HSBC Visa Signature, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online) dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Visa Signature

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan dari 5x hingga 8x mata ganjaran setiap kali anda swipe kad kredit ini. 8x mata ganjaran untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan luar negara, dan juga untuk setiap transaksi atas talian (online) dalam mata wang asing. 5x mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1 pula setiap kali anda berbelanja dalam negara di pusat beli-belah yang mengambil bahagian, dan perbelanjaan atas talian dalam Ringgit Malaysia.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
8 RM1 Perbelanjaan luar negara
8 RM1 Perbelanjaan atas talian dalam mata wang asing
5 RM1 Perbelanjaan dalam negara di pusat beli belah yang mengambil bahagian
5 RM1 Perbelanjaan atas talian dalam Ringgit Malaysia

ganjaran perjalanan

Kad Kredit HSBC Visa Signature memberikan akses kepada Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh dunia.

Ciri premium

Sebagai pemegang kad kredit Visa Signature, anda layak untuk mendapat keistimewaan Premium daripada pihak VISA. Guna perkhidmatan Visa Signature Concierge untuk memudahkan anda merancang perjalanan anda seperti tempahan hotel, tiket, hadiah dan lain-lain.

Anda juga mempunyai akses kepada tawaran hebat melalui program Home and Away Privilege Programme. Program ini menawarkan diskaun dan tawaran istimewa di 19,000 kedai di seluruh dunia.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM6000 sebulan atau RM72000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM600
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM300
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada

Pelan Pembiayaan

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)
HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
HSBC Card Instalment Plan
HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon HSBC Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Visa Signature

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, HSBC Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit HSBC Visa Signature untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. HSBC Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit HSBC Visa Signature

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad, anak syarikat HSBC Group yang merupakan bank global ke-7 terbesar, adalah bank asing terbesar di Malaysia. Menawarkan rangkaian penuh produk perbankan konvensional dan Islamik (menerusi HSBC Amanah) untuk individu dan perniagaan, HSBC menyediakan segala dari akaun, kad, pelbagai jenis pembiayaan peribadi, insurans, hingga pelaburan dan kemudahan perbankan digital.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Muamalat Pos Visa Platinum-i

Nikmati ganjaran tunai 8% di Pos Malaysia dan 1% di luar negara dengan Kad Kredit…

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Maybank 2 Platinum Cards

Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau…

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 15% setiap bulan. Kad ini juga didatangkan…