Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Platinum

HSBC Platinum Credit Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM240
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium

Kad kredit HSBC Platinum ditawarkan kepada individu yang gemar membeli-belah. Kad ini menawarkan mata ganjaran (reward points) sehingga 8 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang anda belanjakan dengan kad ini.

Mata ganjaran 8x diberikan untuk setiap RM1 apabila anda menggunakan kad ini dengan transaksi tanpa sentuh, iaitu Visa payWave atau MasterCard Tap & Go. Manakala, mata ganjaran 5x diberikan untuk perbelanjaan dalam talian di pedagang seperti Shopee, Lazada, Zalora, Grab, dan Fave. Untuk perbelanjaan lain pula, pemegang kad ini akan menerima 1 mata ganjaran.

Selain mata ganjaran, anda juga akan menikmati diskaun istimewa untuk makan, beli-belah, dan hiburan di luar negara dengan program HSBC Home & Away dengan kad kredit HSBC Platinum.

Pihak HSBC juga menyediakan perlindungan HSBC E-Commerce Purchase Protection untuk setiap transaksi pembelian dalam talian (online purchase). Anda akan dilindungi sehingga USD200 melalui program ini.

Nikmati juga HSBC Smart Privileges dan HSBC Premier Rewards Programme dengan kad HSBC Platinum Credit Card. HSBC Smart Privileges menawarkan diskaun dan tawaran untuk 2,500 pedagang yang mengambil bahagian seluruh negara. Program HSBC Premier Rewards pula membenarkan anda menebus mata ganjaran untuk baucar tunai, rebat  tunai, air miles, atau koleksi barangan seperti perkakasan elektrik, peranti elektronik, perkakasan dapur, produk kesihatan, dan pelbagai lagi barangan.

Kad kredit HSBC Platinum juga membolehkan anda buat pindahan baki dengan pelan pindahan baki HSBC Balance Transfer. Anda boleh buat pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan, tanpa caj kadar faedah.

Pelan bayaran ansuran mudah HSBC Card Instalment Plan pula memberi kemudahan untuk anda mendapatkan barangan idaman dengan bayaran bulanan sehingga 36 bulan. Hanya guna kad ini untuk pembelian serendah RM500 untuk layak.

Berminat untuk mohon kad kredit HSBC Platinum Visa atau MasterCard? Baca lebih lanjut maklumat di bawah dan mohon atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap transaksi tanpa sentuh (contactless transaction) dan 5x mata ganjaran untuk transaksi E-Commerce, belian runcit, dan perbelanjaan di luar negara.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
8 RM1 Transaksi tanpa sentuh (contactless payment)
5 RM1 Transaksi dalam talian (online) Shopee, Lazada, Zalora, HappyFresh, Fave, Malindo Air, Hermo, dan Klook.

Ciri premium

Dapatkan keistimewaan program-program hebat HSBC yang didatangkan dengan HSBC Platinum Credit Card.

HSBC Smart Privileges

Nikmati tawaran dan diskaun dari 2,500 pedagang di seluruh negara untuk makan-makan, barangan elektrik dan gajet, kesihatan, dan pelbagai lagi kategori yang ditawarkan melalui program ini.

HSBC Premier Rewards Programme

Tebus mata ganjaran anda dengan pelbagai koleksi barangan terpilih atau baucar tunai, rebat tunai, dan mata air miles.

HSBC Home & Away

Dapatkan tawaran istimewa untuk pemegang kad kredit HSBC Platinum di dalam dan luar negara. Nikmati

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM240
Diketepikan untuk penggunaan lebih 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM120
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)
HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
HSBC Card Instalment Plan
HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon HSBC Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, HSBC Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit HSBC Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. HSBC Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit HSBC Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad, anak syarikat HSBC Group yang merupakan bank global ke-7 terbesar, adalah bank asing terbesar di Malaysia. Menawarkan rangkaian penuh produk perbankan konvensional dan Islamik (menerusi HSBC Amanah) untuk individu dan perniagaan, HSBC menyediakan segala dari akaun, kad, pelbagai jenis pembiayaan peribadi, insurans, hingga pelaburan dan kemudahan perbankan digital.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card sangat sesuai jika anda gemar berbelanja atas talian melalui online merchant…

Kad Kredit OCBC World MasterCard

Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan…

UOB EVOL Card

Kad kredit UOB EVOL Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 8% setiap bulan dan juga…

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard 

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard menawarkan sehingga 10x Mata Ganjaran dengan transaksi pembelian terpilih