Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Premier World MasterCard

HSBC Premier World MasterCard Credit Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran

Kad kredit HSBC Premier World MasterCard adalah sebuah kad kredit premium khusus untuk pemegang akaun bank HSBC Premier. Kad ini didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti mata ganjaran, perlindungan insurans, akses ke plaza premium, dan pelbagai lagi kelebihan.

HSBC Premier World MasterCard Credit Card menawarkan pulangan sehingga 10x mata ganjaran (reward points) untuk setiap transaksi di dalam dan luar negara. Mata ganjaran terkumpul ini boleh ditebus untuk produk dan perkhidmatan daripada katalog HSBC Premier World Rewards. Baca lebih lanjut tentang tawaran mata ganjaran di bawah.

Sekiranya anda kerap buat pembelian dalam talian, anda tidak perlu risau kerana kad HSBC Premier Word MasterCard didatangkan dengan perlindungan insurans. Kad kredit HSBC ini memberikan perlindungan sehingga USD200 untuk transaksi pembelian dalam talian melalui program MasterCard e-Commerce Protection Insurance.

Program Home & Away Privilege pula menawarkan diskaun eksklusif untuk beli-belah, menjamu selera, dan hiburan di lebih 19,000 pedagang dari 160 negara yang mengambil bahagian. Ini membolehkan anda menikmati penjimatan yang hebat semasa melancong atau menjamu selera di restoran-restoran yang mengambil bahagian.

Selain itu, anda juga akan menerima akses kepada perkhidmatan MasterCard Global Concierge. Perkhidmatan ini menyediakan bantuan peribadi untuk memudahkan anda merancang perjalanan melalui tempahan hotel, tiket hiburan, menjamu selera, dan banyak lagi.

Pemegang kad HSBC Premier World MasterCard akan mendapat akses tanpa had percuma kepada perkhidmatan kesihatan daripada Medi24. Ini termasuk perkhidmatan khidmat nasihat kesihatan, rujukan perubatan, dan banyak lagi, memastikan anda mendapat sokongan kesihatan yang diperlukan.

Anda juga boleh menggunakan Pelan Pindahan Baki HSBC Balance Transfer Instalment, Pelan Bayaran Ansuran Mudah HSBC Card Instalment Plan, dan Pelan Pinjaman Tunai HSBC Cash Instalment Plan.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit HSBC ini, dan bagaimana kaedah untuk  mohon secara atas talian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Premier World MasterCard

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan antara 10x hingga 1 mata ganjaran setiap kali anda berbelanja dengan kad HSBC Premier World MasterCard. 10x mata ganjaran untuk perbelanjaan di luar negara, 8x mata untuk transaksi bayaran tanpa sentuh, 5x mata untuk barangan runcit, beli-belah dalam talian, dan perbelanjaan e-Dompet. Untuk perbelanjaan lain pula anda akan menerima 1 mata ganjaran.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
10 RM1 Perbelanjaan luar negara
8 RM1 Transaksi tanpa sentuh (contactless payments)
5 RM1 Barangan runcit, transaksi dalam talian, dan perbelanjaan e-Dompet
1 RM1 Lain-lain

ganjaran perjalanan

Nikmati 6x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih di Malaysia, Singapura, dan Hong Kong. Anda juga akan menerima perjalanan Grab percuma apabila anda berbelanja lebih daripada RM2,500 untuk tiket kapal terbang.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)
HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
HSBC Card Instalment Plan
HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)
HSBC Cash Instalment Plan (CIP)

Pinjaman tunai serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan dengan kadar faedah tetap yang berpatutan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon HSBC Premier World MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Premier World MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, HSBC Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit HSBC Premier World MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. HSBC Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit HSBC Premier World MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Premier World MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad, anak syarikat HSBC Group yang merupakan bank global ke-7 terbesar, adalah bank asing terbesar di Malaysia. Menawarkan rangkaian penuh produk perbankan konvensional dan Islamik (menerusi HSBC Amanah) untuk individu dan perniagaan, HSBC menyediakan segala dari akaun, kad, pelbagai jenis pembiayaan peribadi, insurans, hingga pelaburan dan kemudahan perbankan digital.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit Public Bank World MasterCard 

Kad kredit Public Bank World MasterCard menawarkan sehingga 3x ganjaran Air Miles bersama perlindungan insurans perjalanan…