AEON Credit Service (M) Berhad atau lebih dikenali sebagai AEON Credit adalah sebuah institusi kewangan yang terkenal di Malaysia. AEON Credit mula bertapak sebagai institusi kewangan dengan memperkenalkan skim pinjaman Easy Payment pada tahun 1997. Pada masa sekarang, AEON Credit telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dan mempunyai 71 cawangan dan pusat servis/perkhidmatan di seluruh Malaysia.
AEON Credit menawarkan pelbagai skim pinjaman, antaranya ialah pelan pembiayaan peribadi AEON Cash Personal Financing, pinjaman kenderaan AEON Auto Financing HP-i dan Motorcycle Financing HP-i, juga pelan pembiayaan skim pembiayaan AEON Easy Payment yang terkenal.
AEON Easy Payment telah ditukar nama dan sekarang dikenali sebagai AEON Objective Financing.
AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi dari AEON Credit Service yang terkenal di Malaysia. Ciri-ciri yang ditawarkan oleh skim pinjaman ini berserta syarat kelayakan yang tidak begitu ketat menjadikan AEON iCash salah satu pelan pinjaman peribadi yang sering dimohon oleh rakyat Malaysia.
Pihak AEON Credit Service juga menawarkan produk dan perkhidmatan lain kepada individu dan perniagaan di Malaysia seperti dan kad kredit dan kad debit, perlindungan Insurans dan juga pembiayaan perniagaan.
Kad kredit dan kad debit AEON menawarkan pelbagai kelebihan dan ciri-ciri menarik seperti rebat tunai, mata ganjaran, pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan ansuran tunai. Ciri-ciri ini menjadikan kad kredit AEON antara kad kredit yang popular.
Baca lebih lanjut untuk maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad.