Akan dibuka dalam tab baharu

AEON Platinum Visa/MasterCard

AEON Platinum Visa
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM200
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

Kad kredit AEON Platinum adalah kad premium yang ditawarkan oleh AEON Credit Malaysia. Kad ini didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti rebat tunai, pindahan baki, mata ganjaran, ganjaran petrol dan ganjaran melancong.

AEON Credit juga menawarkan kad ini dalam dua pilihan, iaitu AEON Platinum Visa dan AEON Platinum MasterCard. Kedua-dua kad ini didatangkan dengan pulangan dan ganjaran yang sama, yang membezakan cuma skim bayaran yang digunakan.

Rebat Tunai Sehingga 10%

Dapatkan rebat tunai setiap kali anda membeli-belah di pasaraya AEON, atau setiap kali anda buat transaksi dalam talian. Anda akan menerima sehingga 10% rebat tunai pada setiap hari Thank You AEON BiG yang berlangsung pada 20hb dan 28hb setiap bulan. Rancang perbelanjaan anda untuk mendapatkan pulangan tunai yang tinggi ini.

Untuk perbelanjaan lain pula, kad ini memberikan sebanyak 2% cashback untuk transaksi dalam talian, kecuali untuk bayaran ansuran pelan Flexi Payment.

Walau bagaimanapun, pulangan tunai 10% dihadkan kepada RM100, dan pulangan tunai 2% dihadkan kepada RM25 setiap bulan.

Mata Ganjaran AEON Points

Kad kredit AEON Platinum Visa / MasterCard juga menghadiahkan mata ganjaran dalam bentuk AEON Points. Dapatkan 6x mata AEON untuk semua perbelanjaan di luar negara, atau 4x mata AEON ketika anda berbelanja di pasaraya AEON dan AEON BiG. Bagi perbelanjaan lain pula anda akan menerima 1x mata.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap mata ganjaran AEON Points pada maklumat di bawah.

6x Akses Percuma ke Plaza Premium Lounge

Sebagai pemegang kad kredit AEON Platinum, anda boleh berehat di ruang Plaza Premium secara percuma semasa menunggu penerbangan. Keistimewaan ini sah untuk lapangan terbang di seluruh Malaysia, dan anda boleh guna sebanyak 6 kali setiap tahun.

Selain itu, anda juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan yang bernilai sehingga RM1 juta setiap kali anda tempah tiket kapal terbang dengan kad ini. Perlindungan ini juga merangkumi kelewatan penerbangan dan bagasi.

Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki & Ansuran Tunai

Sebagai kad kredit shopping, AEON Credit menawarkan bukan satu, tetapi dua pelan bayaran ansuran mudah untuk kad kredit Platinum MasterCard atau Visa. Anda boleh pilih untuk guna pelan AEON Cards 0% Instalment Payment atau AEON Cards Flexi Payment.

Anda juga boleh buat pemindahan baki dengan AEON Cards Balance Transfer Plan. Pelan pindahan baki ini memudahkan anda memindahkan baki hutang dari kad kredit lain ke kad AEON anda dengan kadar faedah yang berpatutan.

Pelan ansuran tunai AEON Ready Cash pula memberi kemudahan untuk mendapatkan tunai segera dengan kad kredit AEON anda. Anda boleh pinjaman sehingga 80% daripada had kredit anda. Caj yang dikenakan pula sangat berpatutan.

Apa yang buat pelan-pelan in menarik ialah anda boleh mendapatkan kelulusan serta-merta selepas memohon. Ketiga-tiga pelan kredit daripada AEON ini memberi fleksibiliti untuk anda mengurus kewangan dengan lebih mudah.

Yuran Tahunan Percuma

Yuran tahunan kad kredit AEON ini adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun kedua dan tahun berikutnya pula, yuran akan dikecualikan jika anda melalukan transaksi sekurang-kurangnya RM18,000 pada tahun tersebut.

Jika tidak, anda perlu bayar yuran tahunan sebanyak RM200 untuk kad utama. Yuran tahunan untuk kad tambahan pula ialah RM100.

Kelayakan Untuk Mohon

Kad kredit AEON Platinum Visa / MasterCard hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM5,000 atau pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM60,000.

Dengan kelebihan-kelebihan yang hebat seperti rebat tunai, mata ganjaran AEON Points, akses eksklusif ke Plaza Premium Lounge, dan pelan pembayaran ansuran yang mudah, kad kredit AEON Platinum adalah pilihan yang tepat bagi kaki shopping yang inginkan kad kredit dengan kelebihan eksklusif. Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AEON Platinum Visa/MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Kad kredit AEON ini menawarkan pulangan tunai (cashback) yang menarik. Dengan berbelanja di pasaraya AEON atau AEON Big, dan juga apabila anda membeli belah dalam talian – dapatkan rebat tunai antara 2% hingga 10%. Cashback ini ditunaikan setiap 20 dan 28 haribulan, setiap bulan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Hari “Thank You ” AEON dan AEON BiG 10% RM100 Sebarang jumlah
Transaksi dalam talian kecuali bayaran pelan Flexi Payment AEON 2% RM25 Sebarang jumlah

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran AEON Points apabila anda berbelanja di pasaraya AEON atau AEON BiG, membeli-belah di luar negara, atau sebarang transaksi. Mata ganjaran bermula dari 1 point hingga mencecah 4 point. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk hadiah atau baucar, atau anda boleh tukar AEON Points anda kepada tunai dengan kadar 400 mata AEON kepada RM1.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
6 RM1 Perbelanjaan di luar negara
4 RM1 Perbelanjaan di pasaraya AEON dan AEON BiG (kecuali pada hari Thank You AEON)
1 RM1 Perbelanjaan lain (kecuali petrol, urusan berkaitan kerajaan, pindahan baki, bil utiliti, ansuran tunai)

ganjaran perjalanan

Dapatkan perlindungan insurans perjalanan antarabangsa sehingga RM1,000,000 dengan kad kredit AEON Visa Platinum apabila anda membeli tiket penerbangan anda menggunakan kad kredit ini. Insurans juga disediakan terhadap penerbangan atau bagasi yang tertangguh. Selain itu, anda juga akan mendapat akses sebanyak 6 kali untuk ruang plaza premium (Plaza Premium Lounge) yang menyediakan WiFi percuma, makanan & minuman, dan juga hiburan.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Kelewatan Penerbangan Sehingga RM600
Kelewatan Bagasi Sehingga RM600

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM200
Tahun pertama adalah percuma. Tahun seterusnya yuran dibatalkan sekiranya anda berbelanja RM18,000 ke atas setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM100
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM3000
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AEON Cards Balance Transfer Plan
AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Maklumat Lanjut
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
AEON Cards Flexi Payment Plan
AEON Cards Flexi Payment Plan

Buat pembelian serendah RM500 untuk menyertai pelan bayaran ansuran AEON Cards Flexi Payment. Tempoh bayaran sehingga 18 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
AEON Ready Cash
AEON Ready Cash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit AEON anda dengan pelan ansuran tunai AEON Ready Cash. Tiada caj pengendalian untuk pinjaman melebihi RM1,000.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AEON Platinum Visa/MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AEON Credit Service (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AEON Credit Service (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AEON Credit Service (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AEON Platinum Visa/MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

8 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AEON Credit Service (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit logo
AEON Credit Service (M) Berhad, atau AEON Credit, adalah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan. Dari pembiayaan peribadi AEON iCash yang popular hingga pelan pembiayaan kenderaan dan produk lain seperti kad kredit dan debit, ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan AEON Credit.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi Simplicity Mastercard

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…