Perubahan Pinjaman Peribadi Februari 2019

calendar-range
Dikirim 01/03/2019
(dikemaskini 21/12/2023)
Perubahan pinjaman peribadi februari 2019

Bulan Februari yang lalu menyaksikan banyak perubahan yang berlaku kepada beberapa pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh beberapa Bank di Malaysia. Kemaskini yang dilakukan oleh pihak bank ini merangkumi kemaskini kepada syarat-syarat kelayakan memohon, terutama kelayakan gaji minimum.

Perubahan Pelan Pinjaman Peribadi Bank pada Februari 2019

Antara institusi kewangan yang terlibat dalam merombak semula syarat pelan pembiayaan peribadi mereka ialah AEON Credit Service, RHB Bank, dan AmBank.

AEON iCash Personal Financing

Pihak AEON Credit Service (M) Berhad telah melakukan perubahan utama kepada skim pembiayaan peribadi mereka yang popular, iaitu AEON iCash.

Jika sebelum ini syarat kelayakan gaji minimum yang diperlukan untuk mohon pembiayaan peribadi AEON iCash ialah RM800 sebulan atau RM9,600 setahun – bermula 1 Februari 2019, kelayakan gaji minimum telah dinaikkan kepada RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.

Walau bagaimanapun, kelayakan gaji minimum RM800 sebelum ini adalah kelayakan gaji bersih, manakala syarat baru kelayakan gaji minimum RM1,500 adalah kelayakan gaji kasar.

Dengan meletakkan syarat kelayakan baru sebagai gaji kasar, lebih ramai yang boleh mohon AEON iCash berbanding kelayakan gaji bersih sebelum ini.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan mohon AEON iCash yang lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online di laman AEON iCash Personal Financing.

RHB Easy-Pinjaman Ekspres

RHB Easy atau Easy by RHB adalah antara pinjaman yang paling popular di Malaysia. Pinjaman ini menjadi popular kerana tempoh kelulusan yang sangat pantas.

Pada bulan lepas, pihak RHB Bank Berhad telah merombak syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini.

Sebelum ini RHB Bank menawarkan pinjaman ini kepada semua sektor pekerjaan, tak kira anda berkhidmat di Sektor Awam, Sektor Swasta atau bekerja sendiri. Tetapi, pada Februari 2019 pihak RHB mula membuka permohonan pembiayaan peribadi ini hanya Kakitangan Swasta dan individu yang bekerja sendiri sahaja.

Syarat kelayakan memohon yang lain masih sama dan tidak berubah.

Walaupun langkah ini boleh dilihat sebagai drastik oleh pihak RHB dengan menutup permohonan untuk kakitangan kerajaan, terdapat banyak lagi pinjaman yang boleh anda mohon sekiranya anda berkhidmat di Sektor Awam.

Lihat semua pinjaman peribadi untuk Kakitangan Kerajaan atau Kakitangan GLC

Layari laman RHB Easy-Pinjaman Ekspres untuk mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan RHB.

AmBank AmMoneyLine

AmBank (M) Berhad menawarkan dua jenis pinjaman untuk produk AmMoneyLine mereka iaitu AmMoneyLine Personal Loan dan AmMoneyLine Facility-i. AmMoneyLine Personal Loan adalah pinjaman peribadi konvensional manakala Facility-i pula adalah pinjaman peribadi Islamik.

Sebelum ini syarat kelayakan gaji minimum untuk mohon kedua-dua pinjaman ini ialah gaji kasar RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun.

Tetapi pada bulan lepas, pihak AmBank telah menaikkan kelayakan gaji minimum untuk mohon kepada gaji kasar RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun.

Jika sebelum ini kedua-dua pinjaman daripada AmBank ini popular kerana keputusan permohonan yang pantas, perubahan ini mungkin akan menyukarkan mereka yang berpendapatan rendah untuk mohon.

Lihat syarat kelayakan lengkap untuk mohon AmBank AmMoneyLine di laman pinjaman AmMoneyLine Personal Loan atau AmMoneyLine Facility-i.

Walau bagaimanapun, pihak AmBank Islamic tidak melakukan sebarang perubahan kepada AmBank Personal Financing-i mereka. Syarat kelayakan gaji untuk mohon masih gaji kasar RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.

Cuma AmBank Personal Financing-i hanya ditawarkan kepada kakitangan GLC atau pekerja sektor swasta daripada syarikat terpilih sahaja.

Anda boleh semak sama ada majikan anda tersenarai atau tidak untuk di laman AmBank Islamic Personal Financing-i.

Ringkasan Perubahan Pinjaman Peribadi Februari 2019

Secara ringkas, berikut ialah perubahan-perubahan yang berlaku untuk pelan-pelan pinjaman peribadi di Malaysia pada bulan Februari 2019.

  1. AEON iCash menukar syarat kelayakan gaji minimum dari RM800 (gaji bersih) sebulan kepada RM1,500 (gaji kasar) sebulan.
  2. RHB Easy-Pinjaman Ekspres menutup permohonan untuk Kakitangan Kerajaan dan hanya membuka permohonan kepada pekerja Sektor Swasta dan individu yang bekerja sendiri.
  3. AmBank AmMoneyLine Personal Loan dan Facility-i menaikkan kelayakan gaji minimum dari RM2,000 (gaji kasar) sebulan kepada RM3,000 (gaji kasar) sebulan.

Perubahan-perubahan ini mungkin akan menyukarkan sesetengah pihak untuk mohon, tetapi dalam masa yang sama akan memudahkan pihak yang lain.

Jika anda masih keliru nak bagaimana nak pilih pinjaman peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda – anda boleh guna Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments