Akan dibuka dalam tab baharu

AEON BiG Visa Classic

AEON BiG Visa Classic
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM30
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

AEON BiG Visa Classic adalah kad kredit daripada AEON Credit Malaysia. Kad kredit ini khusus buat mereka yang gemar membeli-belah dan berbelanja. Dapatkan pulangan menarik dalam bentuk rebat tunai, diskaun dan mata ganjaran ketika anda membeli-belah dalam negara dan luar negara, atau setiap kali anda mengisi minyak.

Kad kredit ini menawarkan rebat tunai sehingga 5% untuk perbelanjaan di pasaraya AEON BiG dan isian minyak. Anda juga akan mendapat rebat tunai sehingga 2% untuk perbelanjaan atas talian (online) dan perbelanjaan luar negara.

AEON juga menawarkan mata ganjaran yang menarik untuk setiap perbelanjaan runcit anda, bukan hanya di pasaraya AEON BiG.

Dengan pelan pemindahan baki AEON Balance Transfer dan pelan bayaran ansuran AEON Easy Payment Plan, kad ini adalah kad kredit mampu milik yang popular di negara kita.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri istimewa kad kredit AEON BiG Visa Classic ini, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian(online) tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan AEON.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AEON BiG Visa Classic

Pulangan tunai (cashbacks)

Sebagai kad kredit yang dicipta khusus untuk berbelanja, AEON BiG Visa Classic menawarkan pulangan rebat tunai yang menarik. Rebat tunai diberikan setiap kali anda membeli-belah di pasaraya AEON BiG, mengisi minyak, setiap transaksi online, dan juga perbelanjaan runcit di luar negara.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Hari “Thank You ” AEON dan AEON BiG 5% RM100 Sehingga RM2,000 setiap bulan
Transaksi payWave di pasaraya AEON BiG 5% RM25 Sehingga RM500 setiap bulan
Transaksi Petrol setiap hari Ahad 5% RM25 Sehingga RM500 pada hari minggu sahaja
Perbelanjaan luar negara dan atas talian (online) 2% RM25 Sehingga RM300 setiap bulan

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran dalam bentuk AEON Member Points setiap kali anda berbelanja. Mata ganjaran diberikan untuk perbelanjaan di pasaraya AEON BiG dan setiap perbelanjaan runcit anda. Tebus mata ganjaran anda dengan barangan menarik yang ditawarkan oleh AEON.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
4 RM1 Pasaraya AEON BiG pada 10hb setiap bulan
2 RM1 Pasaraya AEON BiG
1 RM2 Perbelanjaan runcit

ganjaran perjalanan

Dengan memiliki kad kredit ini, anda akan mendapat perlindungan insurans untuk kemalangan peribadi sehingga RM200,000 apabila anda menempah tiket penerbangan menggunakan kad ini.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM200,000

Ganjaran petrol

Kad kredit ini menawarkan rebat tunai (cashback) setiap kali anda mengisi minyak di mana-mana stesen minyak. Dapatkan cashback sebanyak 5% dengan had bulanan RM25 apabila anda mengisi minyak pada hari Ahad.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Pemegang kad ahli AEON BiG
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM30
Tahun pertama adalah percuma. Tahun seterusnya yuran dibatalkan jika anda menggunakan kad anda lebih daripada 12 kali setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM20
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM3000
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AEON Cards Balance Transfer Plan
AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Maklumat Lanjut
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
AEON Ready Cash
AEON Ready Cash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit AEON anda dengan pelan ansuran tunai AEON Ready Cash. Tiada caj pengendalian untuk pinjaman melebihi RM1,000.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AEON BiG Visa Classic

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AEON BiG Visa Classic

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AEON Credit Service (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AEON Credit Service (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AEON BiG Visa Classic untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AEON Credit Service (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AEON BiG Visa Classic

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AEON BiG Visa Classic?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

117 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AEON Credit Service (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit logo
AEON Credit Service (M) Berhad, atau AEON Credit, adalah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan. Dari pembiayaan peribadi AEON iCash yang popular hingga pelan pembiayaan kenderaan dan produk lain seperti kad kredit dan debit, ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan AEON Credit.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit CIMB Travel Platinum

Kad Kredit CIMB Travel Platinum menawarkan ganjaran perjalanan yang lumayan, akses ke Premium Plaza lounge,…

Hong Leong Wise Card

Kad kredit Hong Leong Wise menawarkan keistimewaan dalam bentuk ganjaran rebat tunai (cashback). Dapatkan rebat…

Citi Business Signature Card 

Kad kredit Citi Business Signature Card sesuai untuk perniagaan yang ingin mengawal perbelanjaan pekerja mereka dan dalam…

RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i

Nikmati ciri keselamatan kad kredit terbaru dengan RHB Rewards Motion Code Credit Card/Credit Card-i. Dengan…