Bank Dan Institusi Yang Menawarkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman COVID-19 (Moratorium)

calendar-range
Dikirim 14/04/2020
(dikemaskini 21/12/2023)
Bank dan Institusi yang menawarkan penangguhan bayaran pinjaman (moratorium) covid-19

Berikut ialah senarai bank dan institusi yang menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium sempena pandemik COVID-19.

Bank

Boleh dikatakan semua bank menawarkan Moratorium selama 6 bulan secara automatik selaras dengan pengumuman Pakej Penangguhan Bayaran Pinjaman Automatik 6 bulan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Affin Bank dan Affin Islamic Bank

Affin Bank Berhad

Affin Bank dan Affin Islamic Bank menawarkan moratorium sehingga 6 bulan untuk gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pembelajaran, pembiayaan ASBN dan pembiayaan peribadi. Peminjam/pelanggan juga boleh memilih untuk melakukan penyusunan/penstrukturan semula terhadap pinjaman-pinjaman tersebut.

Mereka yang tidak ingin mengambil pakej penangguhan yang ditawarkan boleh mengisi borang opt-out yang disediakan oleh pihak Affin Bank di laman web mereka.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, kad kredit, pembiayaan ASBN, pembiayaan pembelajaran
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Affin Bank
Laman Soalan Lazim Moratorium Affin Islamic Bank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Affin Bank
Borang opt-out moratorium Affin Bank

Agrobank

Agrobank bank pertanian malaysia berhad

Pihak Agrobank menawarkan penangguhan bayaran bulanan pembiayaan kepada para pelanggan mereka, iaitu individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Penangguhan ini berlaku secara automatik selaras dengan pakej penangguhan dari BNM.

Bagi individu atau PKS yang tidak ingin mengambil pakej moratorium yang disediakan – boleh isi borang yang disediakan di laman web AgroBank.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, pembiayaan PKS
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Agrobank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Agrobank
Borang opt-out moratorium Agrobank

Alliance Bank dan Alliance Islamic Bank

Alliance bank logo

Alliance Bank dan Alliance Islamic Bank menawarkan penangguhan bayaran pinjaman 6 bulan dan juga penyusunan/penstrukturan semula pinjaman/pembiayaan kepada para pelanggan mereka. Pihak Alliance juga tidak akan mengenakan faedah terkompaun sepanjang tempoh moratorium.

Pihak Alliance Bank juga telah menyediakan borang opt out bagi mereka yang tidak ingin mengambil pakej penangguhan pinjaman ini.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pembiayaan PKS
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Alliance Bank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Alliance Bank
Borang opt-out moratorium Alliance Bank                                                        

AmBank

Ambank (M) Berhad

Pihak AmBank menyediakan Pakej Penangguhan Bayaran Pinjaman (Moratorium) secara automatik selama 6 bulan kepada pelanggan. Peminjam/pelanggan juga boleh menyusun dan menstruktur semula pinjaman/pembiayaan mereka sepanjang tempoh ini.

Sekiranya anda tidak ingin mengambil pakej penangguhan pinjaman yang ditawarkan AmBank, anda boleh mengisi borang opt-out yang telah disediakan di laman web AmBank.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pembiayaan PKS
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium AmBank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak AmBank
Borang opt-out moratorium AmBank                                                        

Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam menawarkan pakej penangguhan bayaran pinjaman juga secara automatik selama 6 bulan. Bank ini juga menyediakan kemudahan penyusunan dan penstrukturan semula pinjaman/pembiayaan.

Pelanggan Bank Islam yang ingin meneruskan bayaran pinjaman/pembiayaan mereka seperti biasa boleh mengisi borang yang disediakan oleh pihak Bank Islam di laman web mereka.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Bank Islam
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Bank Islam
Borang opt-out moratorium Bank Islam                                                        

Bank Muamalat

Bank Muamalat Logo

Bank Muamalat menawarkan penangguhan bayaran pinjaman secara automatik selama 6 bulan bermula dari 1 April 2020 sehingga 31 Julai 2020. Seperti kebanyakan bank yang menawarkan moratorium ini, Bank Muamalat tidak akan mengenakan faedah terkompaun sepanjang tempoh penangguhan.

Walau bagaimanapun pelanggan yang ingin meneruskan bayaran seperti biasa perlu mengisi borang permohonan di laman web Bank Muamalat.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Bank Muamalat
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Bank Muamalat
Borang opt-out moratorium Bank Muamalat                                                        

Bank Rakyat

Bank rakyat bank kerjasama rakyat malaysia berhad

Bank Rakyat menawarkan Moratorium atau Penangguhan Bayaran Pinjaman kepada semua pelanggan/peminjam mereka. Penangguhan ini berlaku secara automatik seperti yang telah diumumkan oleh Bank Negara.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Bank Rakyat
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Hubungi pihak Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454                                                        

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional

BSN menawerkan pakej Penangguhan Bayaran Pinjaman kepada peminjam/pelanggan mereka sama ada individu atau Perusahaan Industri Kecil Sederhana (IKS).

BSN juga menawarkan beberapa produk tambahan khusus sepanjang tempoh pandemik COVID-19 seperti Pinjaman Micro/i Kredit Prihatin, Special Relief Facility (SRF), Agrofood Facility (AF) dan Automation and Digitalisation Facility (ADF). Kadar faedah/keuntungan bermula dari serendah 2% p.a dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun.

Mereka yang berminat dengan pinjaman ini boleh menghubungi pihak BSN di talian 1-300-88-1900 atau kunjungi mana-mana cawangan BSN terdekat.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pembiayaan PKS
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Bank Simpanan Nasional
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Hubungi pihak Bank Rakyat dengan menghantar E-Mel ke alamat [email protected] atau fax permohonan di talian 03-21634796.                                                        

CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank

CIMB Bank logo

Bank CIMB dan CIMB Islamic menawarkan Moratorium selama 6 bulan seperti yang diumumkan oleh BNM. Bank ini juga membenarkan penyusunan/penstrukturan semula pinjaman/pembiayaan sepanjang tempoh moratorium.

Penangguhan bayaran pinjaman ini ditawarkan kepada individu dan juga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pembiayaan PKS
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium CIMB untuk Individu
Laman Soalan Lazim Moratorium CIMB untuk PKS  
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Untuk Individu
SMS OPTOUT<space>4 Digit Terakhir NRIC/Passport <space> Nombor Akaun Pinjaman/Pembiayaan   Hantar ke nombor 62666

Untuk PKS
Isi borang opt-out yang disediakan oleh pihak CIMB
Borang opt-out moratorium CIMB           

Hong Leong Bank & Hong Leong Islamic Bank

Hong Leong Bank logo

Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic menyediakan pakej penangguhan bayaran pinjaman sepanjang tempoh PKP berlangsung sehingga 6 bulan. Seperti yang dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia, moratorium HLB akan berlangsung secara automatik bermula dari 1 April 2020.

HLB juga telah menyediakan lorong pantas bagi pelanggan yang ingin memohon pelan “financial relief” yang disediakan.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Hong Leong Bank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Hong Leong Bank
Borang opt-out moratorium Hong Leong Bank                                                        

HSBC Bank & HSBC Amanah Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad

Bank HSBC dan HSBC Amanah menawarkan moratorium atau pakej penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan secara automatik kepada peminjam/pelanggan. Moratorium ini ditawarkan untuk pinjaman/pembiayaan peribadi, sewa-beli, gadai-janji dan juga untuk produk korporat mereka.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, perbankan perniagaan
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium HSBC Bank & HSBC Amanah
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak HSBC
Borang opt-out moratorium HSBC untuk individu
Borang opt-out moratorium HSBC untuk perniagaan

Maybank dan Maybank Islamic

Maybank Malayan Banking Berhad

Maybank dan Maybank Islamic juga menawarkan pakej penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan termasuk penstrukturan/penyusunan semua pinjaman/pembiayaan.

Moratorium ini ditawarkan kepada semua jenis pinjaman/pembiayaan iaitu pinjaman/pembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, ASB, pendidikan dan pinjaman PKS. Untuk pelanggan korporat pula anda perlu menghantar permohonan moratorium sekiranya anda ingin mengambil pakej penangguhan bayaran pinjaman Maybank.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pinjaman PKS, pinjaman korporat
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Maybank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Maybank di dalam sistem Maybank2u. Anda perlu login ke dalam Maybank2u terlebih dahulu.
Borang opt-out moratorium Maybank

MBSB Bank

MBSB Bank Berhad

MBSB Bank menawarkan penangguhan bayaran pinjaman sementara selama 6 bulan bagi pelanggan/peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Untuk pelanggan korporat pula, moratorium akan ditawarkan berdasarkan budi bicara pihak MBSB.

Pelanggan korporat perlu menghubungi pengurus perhubungan mereka untuk maklumat lanjut.

Penangguhan pinjaman yang ditawarkan oleh pihak MBSB adalah hanya untuk tempoh 6 bulan. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan atau ingin melanjutkan tempoh penangguhan bayaran pinjaman lebih dari 6 bulan, anda boleh menghubungi pihak MBSB melalui E-Mel [email protected] untuk berbincang.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pinjaman PKS, pinjaman korporat
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium MBSB
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak MBSB.
Borang opt-out moratorium MBSB
Atau hubungi pihak MBSB di E-Mel [email protected] atau [email protected] sebelum 15 April 2020.

OCBC Bank dan OCBC Al-Amin Bank

OCBC Bank Malaysia Berhad

OCBC dan OCBC Al-Amin menawarkan moratorium 6 bulan kepada pelanggan/peminjam individu dan perniagaan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu tidak mempunyai baki tertunggak yang melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

Untuk individu yang memilih untuk tidak menerima pakej penangguhan bayaran pinjaman OCBC, anda tidak perlu berbuat dan terus buat bayaran bulanan seperti biasa. Anda hanya perlu membalas SMS daripada OCBC sekiranya anda mempunyai autodebit pada akaun anda.

Untuk akaun perniagaan dan PKS pula, anda perlu mengisi borang yang disediakan di laman web OCBC sekiranya anda ingin opt-out daripada moratorium ini.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pinjaman PKS, pinjaman perniagaan
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium OCBC untuk individu
Laman Soalan Lazim Moratorium OCBC untuk perniagaan
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Untuk Individu
Tidak perlu ambil sebarang tindakan kecuali mempunyai autodebit/standing instruction (SI). Sekiranya anda mempunyai autodebit/SI, sila balas SMS  yang dihantar oleh OCBC.

Untuk PKS/Perniagaan
Isi borang opt-out yang disediakan oleh pihak OCBC
Borang opt-out moratorium OCBC

Public Bank dan Public Islamic Bank

Public Bank Berhad

Public Bank dan Public Islamic Bank menawarkan pakej penangguhan bayaran pinjaman automatik selama 6 bulan sepanjang tempoh PKP berlangsung. PBE bank juga membenarkan penstrukturan/penjadualan semula pinjaman/pembiayaan sepanjang tempoh ini.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Public Bank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak Public Bank.
Borang opt-out moratorium Public Bank

RHB Bank dan RHB Islamic Bank

RHB Bank Berhad

Kumpulan RHB (RHB Group) menawarkan moratorium untuk produk pinjaman/pembiayaan RHB Bank dan RHB Islamic Bank secara automatik seperti yang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia. Moratorium ini adalah untuk produk pinjaman/pembiayaan RHB seperti pinjaman/pembiayaan peribadi, gadai janji, sewa beli, dan pembiayaan ASB.

Pihak RHB juga tidak akan mengenakan faedah terkompaun sepanjang tempoh penangguhan bayaran pinjaman ini.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pembiayaan ASB
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium RHB Bank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Isi borang yang disediakan oleh pihak RHB Bank.
Borang opt-out moratorium RHB Bank

SME Bank

SME Bank menyediakan pakej penangguhan bayaran pinjaman kepada semua peminjam/pelanggan mereka. Penangguhan ini berlaku secara automatik selama 6 bulan seperti yang diumumkan oleh BNM. Peminjam/pelanggan yang tidak ingin mengambil pakej moratorium ini dan hendak meneruskan bayaran bulanan seperti biasa boleh menghubungi pihak SME Bank untuk opt-out.

SME Bank
Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatProduk Pinjaman/Pembiayaan SME Bank
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium SME Bank
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Hubungi pihak SME Bank untuk opt-out daripada Moratorium

Standard Chartered

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank menawarkan pakej moratorium secara automatik selama 6 bulan kepada peminjam/pelanggan mereka. Moratorium ini ditawarkan untuk pinjaman/pembiayaan peribadi, gadai janji, sewa beli dan pinjaman/pembiayaan perniagaan.

Sekiranya peminjam/pelanggan ingin meneruskan bayaran bulanan seperti biasa, anda perlu menghubungi pihak Standard Chartered untuk opt out daripada Moratorium ini.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, sewa beli, gadai janji, pinjaman perniagaan
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium Standard Chartered
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Hubungi pihak Standard Chartered di talian 1300-888-888

UOB Bank

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.

Pihak UOB juga menyediakan pakej penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia. Tempoh 6 bulan ini adalah untuk peminjam/pelanggan individu dan berlaku secara automatik untuk pinjaman/pembiayaan peribadi dan pinjaman perumahan.

Untuk pelanggan korporat pula, pihak UOB menawarkan moratorium sehingga 1 tahun dan menyediakan kemudahan tambahan seperti pembiayaan khusus bagi yang memerlukan.

Moratorium automatik 6 bulanYa
Pinjaman/pembiayaan terlibatPembiayaan peribadi, gadai janji, pinjaman perniagaan
Faedah terkompaunTidak
Soalan LazimLaman Soalan Lazim Moratorium UOB
Cara tidak mengambil pakej penangguhan (Opt Out)Hubungi pihak UOB melalui E-Mel di alamat  [email protected]

Institusi Bukan Bank

Terdapat beberapa institusi bukan bank yang menyediakan pakej penangguhan bayaran pinjaman atau moratorium walaupun mereka tidak terikat dengan Moratorium yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia.

AEON Credit

AEON Credit logo

Sebagai pemberi pinjaman bukan bank, AEON Credit tidak terlibat dengan pakej Moratorium yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak AEON Credit telah menyediakan penangguhan bayaran pinjaman terhadap produk pinjaman/pembiayaan mereka selama 1 bulan, bermula dari 1 April 2020.

Peminjam/pelanggan AEON Credit tidak perlu buat bayaran terhadap pinjaman/pembiayaan AEON mereka pada bulan April 2020 dan bayaran bermula dari Mac 2020.

Semua peminjam/pelanggan layak untuk menerima moratorium AEON Credit ini asalkan akaun pinjaman anda mempunyai tunggakan tidak lebih dari 3 bulan (90 hari) pada tarikh 1 April 2020. Walau bagaimanapun, sekiranya akaun anda tertunggak, anda boleh buat permohonan untuk pakej penstrukturan/penjadualan semula yang akan disediakan oleh pihak AEON Credit bermula 1 May 2020.

Sekiranya anda ingin opt out daripada moratorium ini, anda cuma perlu buat bayaran seperti biasa.

Koperasi Kredit (Credit Cooperative)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Setakat ini tiada makluman tentang moratorium/penangguhan bayaran pinjaman untuk produk pinjaman/pembiayaan daripada Koperasi berdaftar di Malaysia.

Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW)

Setakat ini tiada makluman tentang moratorium/penangguhan bayaran pinjaman daripada pihak Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW).

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK

Pihak AKPK memberi penangguhan bayaran pinjaman kepada pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK) mereka. Penangguhan ini adalah untuk tempoh 6 bulan selaras dengan pengumuman daripada Bank Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak AKPK tidak menghalang sekiranya pelanggan ingin buat bayaran seperti biasa.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pihak LHDN membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020 untuk pembayar cukai yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 seperti pengusaha sektor pelancongan, pengusaha sektor perhotelan dan syarikat-syarikat penerbangan.

Tarikh akhir pemfailan cukai untuk individu yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada 30 Jun 2020 manakala untuk individu yang menjalankan perniagaan adalah pada 30 Ogos 2020. LHDN menggalakkan penggunaan sistem e-Filing ezHasiL mereka sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Pihak MARA menyediakan dua pakej penangguhan pinjaman kepada mereka yang mempunyai produk pinjaman/pembiayaan MARA.

  • Untuk penerima pinjaman pelajaran MARA, anda diberi penangguhan pinjaman selama tiga bulan bermula dari 1 April 2020.
  • Untuk penerima pinjaman perniagaan MARA, anda diberi penangguhan pinjaman selama 6 bulan bermula dari 1 April 2020.

Peminjam perlu tidak mempunyai tunggakan bayaran balik tidak lebih dari 3 bulan pada 1 April 2020 untuk melayakkan mereka menerima pakej moratorium MARA ini.

Layari laman Soalan Lazim Moratorium Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk maklumat lanjut.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Pihak PTPTN mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPN selama 3 bulan pada awal bulan Mac sempena pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, tempoh moratorium PTPTN ini telah dilanjutkan kepada 6 bulan bermula dari 19 Mac hingga 30 September 2020.

Penangguhan ini berlaku secara automatik termasuk bagi mereka yang melaksanakan potongan gaji/direct debit. Walau bagaimanapun, jika peminjam ingin meneruskan bayaran seperti biasa, mereka perlu buat permohonan di Portal Rasmi PTPTN.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional)

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional TEKUN

Pihak TEKUN menyediakan penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan yang berlangsung secara automatik. Peminjam tidak perlu buat permohonan untuk mengambil pakej moratorium ini.

Walau bagaimanapun, syarat utama yang dikenakan untuk layak menerima pakej ini ialah pembiayaan tidak tertunggak melebihi 6 bulan pada 29 Februari 2020.

Pakej moratorium ini adalah salah satu pakej daripada program Inisiatif TEKUN COVID 19 yang dilancarkan oleh pihak TEKUN sempena tempoh pandemik ini.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments