Akan dibuka dalam tab baharu

AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card

Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur (JCKL) adalah sebuah kad kredit yang ditawarkan khusus kepada ahli kelab JCKL. Anda perlu menjadi ahli kelab untuk layak mohon kad ini.

The Japan Club of Kuala Lumpur adalah sebuah pertubuhan bukan untung (npo) yang ditubuhkan pada tahun 1963 untuk menyemarakkan perhubungan dan pertukaran budaya antara Malaysia dan Jepun. Kelab ini menawarkan pelbagai aktiviti dan acara kepada ahli untuk mempromosikan budaya Jepun kepada rakyat Malaysia. Keahlian tidak hanya dibuka kepada rakyat Jepun, tetapi untuk semua. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi JCKL.

Berbalik kepada kad kredit AEON JCKL, kad ini menawarkan pelbagai kelebihan seperti pulangan tunai (cashback), dan pulangan mata ganjaran (reward points), Pulangan tunai akan diberikan setiap kali anda berbelanja di AEON BiG pada hari AEON Thank You Member, iaitu setiap 28hb. Anda juga akan menerima 1x mata ganjaran dengan setiap RM1 yang dibelanjakan dengan kad ini.

Bagi yang selalu berulang-alik ke luar negara, nikmati keselesaan istimewa dengan 6x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang Malaysia. Tidak lupa juga perlindungan insurans perjalanan untuk kemalangan peribadi yang melindungi anda sehingga RM1 juta.

Jika anda gemar membeli-belah, kad AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card menawarkan pelan bayaran ansuran mudah AEON Cards Flexi Payment Plan yang boleh anda guna untuk mendapatkan barangan idaman. Hanya buat pembelian serendah RM500 dan pilih bayaran ansuran sehingga 18 bulan. Anda juga boleh pindahkan baki daripada kad lama anda melalui pelan AEON Cards Balance Transfer Plan dengan caj zero interest.

Kad kredit AEON JCKL juga menawarkan penjimatan berganda kerana yuran tahunan adalah percuma seumur hidup, asalkan anda kekal sebagai ahli JCKL. Anda hanya perlu bayar cukai SST sebanyak RM25 setiap ulang tahun kad.

AEON hanya membuka permohonan kad ini kepada ahli kelab Japan Club of Kuala Lumpur, berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM48,000. Sekiranya anda ahli JCKL dan berminat untuk mohon kad ini, teruskan baca untuk ciri lengkap dan kaedah permohonan.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai sebanyak 5% daripada perbelanjaan anda dengan kad AEON JCKL. Pulangan tunai ini hanya sah untuk setiap perbelanjaan di pasaraya AEON BiG pada setiap 28hb, iaitu hari AEON BiG Thank You Member. Jumlah pulangan tunai dihadkan kepada RM100 setiap bulan.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan di AEON BiG setiap 28hb 5% RM100 Sebarang jumlah

Mata ganjaran (reward points)

Kumpul mata ganjaran dan tebus untuk hadiah menarik dengan kad AEON anda. Anda akan menerima 1 mata ganjaran untuk setiap transaksi RM1 bagi sebarang perbelanjaan runcit. Mata ganjaran adalah tanpa had, jadi anda boleh kumpul seberapa banyak mata ganjaran yang anda ingini.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Sebarang belanja runcit

ganjaran perjalanan

Nikmati keselesaan sepanjang dengan ganjaran perjalanan yang ditawarkan oleh AEON Japan Club of Kuala Lumpur credit card.

  • 6x akses percuma setiap tahun ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang utama seluruh Malaysia. Nikmati makanan dan minuman percuma, akses Internet berkelajuan tinggi, bahan bacaan antarabangsa, dan pelbagai lagi keistimewaan dengan layanan VIP.
  • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 Juta sepanjang perjalanan. Anda hanya perlu tempah tiket kapal terbang dengan kad AEON anda untuk menerima perlindungan ini secara automatik.
JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM500
Kelewatan penerbangan Sehingga RM500
Kehilangan bagasi Sehingga RM500
Kelewatan bagasi Sehingga RM500

Ciri premium

Dapatkan diskaun sehingga 50% dan pelbagai tawaran hebat untuk membeli-belah, menjamu selera, gimnasium, dan hotel, di pedagang dan kelab yang mengambil bahagian.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Ahli Japan Club of Kuala Lumpur (JCKL)
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Dengan syarat anda kekal sebagai ahli JCKL
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM3000

Pelan Pembiayaan

AEON Cards Balance Transfer Plan
AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Maklumat Lanjut
AEON Cards Flexi Payment Plan
AEON Cards Flexi Payment Plan

Buat pembelian serendah RM500 untuk menyertai pelan bayaran ansuran AEON Cards Flexi Payment. Tempoh bayaran sehingga 18 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AEON Credit Service (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AEON Credit Service (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AEON Credit Service (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AEON Credit Service (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit logo
AEON Credit Service (M) Berhad, atau AEON Credit, adalah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan. Dari pembiayaan peribadi AEON iCash yang popular hingga pelan pembiayaan kenderaan dan produk lain seperti kad kredit dan debit, ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan AEON Credit.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan…