Akan dibuka dalam tab baharu

AEON Gold Visa Card

Dapatkan pulangan tunai dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad AEON Gold Visa

Kad kredit AEON Gold Visa
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM95
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
8% pulangan tunai, 3x mata AEON, perlindungan perjalanan

Kad kredit AEON Gold Visa adalah sebuah kad serba guna yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pengguna. Dengan ciri pulangan tunai yang lumayan serta kelebihan dan perlindungan perjalanan, kad ini sesuai untuk kaki shopping dan mereka yang selalu melancong.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AEON Gold Visa Card

  • 8% pulangan tunai pada hari Thank You AEON (20 dan 28 hari bulan setiap bulan di Pasaraya AEON dan AEON BiG.
  • 5% pulangan tunai untuk setiap kali anda menjamu selera.
  • 2x mata AEON untuk perbelanjaan di pasaraya AEON dan AEON BiG.
  • 3x mata AEON untuk transaksi di luar negara.
  • 3 akses percuma setiap tahun ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh Malaysia.
  • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM200,000.
  • Pindahkan baki tertunggak dari kad lain dengan pelan AEON Cards Balance Transfer Plan.
  • Tukar pembelian tunai anda kepada bayaran ansuran bulanan dengan AEON Cards Flexi Payment Plan.
  • Nikmati bayaran bulanan tanpa faedah untuk pembelian tunai dengan AEON Cards 0% Instalment Payment Plan.
  • Dapatkan tunai segera di saat kecemasan dengan AEON Ready Cash, dan bayaran semula setiap bulan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan (MyKad).
  • Penyata pendapatan: Slip gaji 3 bulan terkini atau Borang BE dengan resit bayaran cukai atau 6 bulan penyata komisen.
  • Sijil pendaftaran syarikat dan penyata akaun bank syarikat bagi yang bekerja sendiri.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM95
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk transaksi lebih daripada 12 kali.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM60
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM3000
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • 8% pulangan tunai dihadkan kepada RM100 setiap bulan.
  • 5% pulangan tunai dihadkan kepada RM25 setiap bulan.
  • Ganjaran mata AEON dikecualikan untuk transaksi petrol, badan kerajaan, bil dan utiliti, cukai, pindahan baki, bayaran ansuran, dan caj perkhidmatan.
  • Perlindungan insurans perjalanan meliputi kelewatan penerbangan, dan kehilangan dan kelewatan bagasi.

Pelan Pembiayaan

AEON Cards Balance Transfer Plan
AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Maklumat Lanjut
AEON Cards Flexi Payment Plan
AEON Cards Flexi Payment Plan

Buat pembelian serendah RM500 untuk menyertai pelan bayaran ansuran AEON Cards Flexi Payment. Tempoh bayaran sehingga 18 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
AEON Ready Cash
AEON Ready Cash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit AEON anda dengan pelan ansuran tunai AEON Ready Cash. Tiada caj pengendalian untuk pinjaman melebihi RM1,000.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AEON Gold Visa Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit AEON Gold Visa melalui kaedah berikut:

  1. Mohon dalam talian (online): Layari laman rasmi AEON Credit dan klik butang “Apply Now.” Layari laman AEON Credit dan mohon sekarang.
  2. Mohon melalui cawangan AEON Credit: Kunjungi mana-mana cawangan AEON Credit untuk mohon. Lihat senarai cawangan AEON Credit Services.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung kad kredit AEON Gold Visa melalui saluran berikut:

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AEON Gold Visa Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AEON Credit Service (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AEON Credit Service (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AEON Gold Visa Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AEON Credit Service (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AEON Gold Visa Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AEON Gold Visa Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AEON Credit Service (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit logo
AEON Credit Service (M) Berhad, atau AEON Credit, adalah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan. Dari pembiayaan peribadi AEON iCash yang popular hingga pelan pembiayaan kenderaan dan produk lain seperti kad kredit dan debit, ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan AEON Credit.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…