Akan dibuka dalam tab baharu

New AEON Classic

Notis Penting

Kad kredit New AEON Classic tidak lagi ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad

New AEON Classic
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM30
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Pulangan Tunai

Kad kredit New AEON Classic adalah kad terbaik jika anda sering berbelanja di pasaraya AEON seluruh Malaysia. Kad kredit AEON ini bukan sahaja menawarkan pulangan rebat tunai, malah anda juga boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap transaksi kad ini. Yang menariknya, anda boleh pilih untuk mendapatkan kad ini dalam bentuk Visa atau MasterCard.

Kad ini menawarkan ganjaran pulangan tunai sebanyak 5% apabila anda berbelanja di kedai AEON setiap 20 hari bulan. Walaupun rebat tunai ini dihadkan kepada RM100 setiap bulan, jumlah tersebut sudah cukup membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.

Selain pulangan tunai, kad kredit New AEON Classic Visa/MasterCard juga menawarkan pulangan mata ganjaran. Mata ganjaran ini adalah dalam bentuk AEON Points. Anda boleh menerima sehingga 4x mata AEON Points untuk perbelanjaan di pasaraya AEON setiap 10 hari bulan. Hari berikutnya pula anda akan menerima 2x AEON Points untuk setiap transaksi RM1. Transaksi lain pula memberi 1x mata ganjaran AEON untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. AEON Points ini boleh ditebus dengan pelbagai barangan, hadiah, dan tawaran menarik.

Jika anda sering melancong, anda boleh guna perkhidmatan AEON World Desk Centre menyediakan pertolongan dan bantuan global. Perkhidmatan ini boleh membantu untuk tempahan hotel, kehilangan kad, dan pelbagai perkhidmatan lain dengan percuma.

Kad kredit New AEON Classic juga menawarkan pelan kewangan seperti pelan pemindahan baki dan pelan bayaran ansuran mudah. Jika anda mempunyai baki kad kredit dari bank lain yang ingin dipindahkan, anda boleh guna Pelan AEON Balance Transfer. Buat pindahan baki serendah RM1,000 hanya dengan 3% caj upfront dan buat bayaran balik sehingga 36 bulan.

Bagi yang gemar membeli-belah pula, pelan AEON Card 0% Instalment Payment boleh membantu. Pelan ini tidak mengenakan sebarang caj upfront dan tiada kadar faedah, zero-interest. Buat pembelian serendah RM500 untuk layak menggunakan pelan ini, dan pilih untuk buat bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Anda boleh guna pelan ini di pedagang yang mengambil bahagian.

Yuran tahunan kad kredit AEON ini adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya pula yuran akan diketepikan sekiranya anda guna kad NEW AEON Classic lebih daripada 12 transaksi pada tahun tersebut. Sekiranya anda menggunakan kad kurang daripada 12 kali, anda perlu bayar yuran tahunan sebanyak RM30 untuk kad utama, dan RM20 untuk kad tambahan.

Kad kredit ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24.000. Syarat kelayakan ini sangat ringkas dan tidak membebankan, membuatkan kad ini mudah dimohon dan sangat mampu milik.

Kad New AEON Classic menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran, terutama bagi mereka yang sering berbelanja di AEON. Dengan pulangan rebat tunai, mata ganjaran, dan perkhidmatan bantuan AEON, kad ini boleh memudahkan kehidupan harian.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah tentang ciri lengkap kad ini, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit New AEON Classic

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan rebat tunai sehingga 5% untuk perbelanjaan anda apabila anda berbelanja di pasar raya AEON setiap 20 hari bulan. Tawaran ini sah di semua kedai AEON di seluruh Malaysia. Ini bermakna jika anda berbelanja RM2000 pada bulan tersebut, anda akan menerima pulangan tunai sebanyak RM100! Jumlah pulangan tunai ini akan dikreditkan dan dipaparkan dalam penyata bulan berikutnya.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Hari “Thank You AEON” setiap 20 hari bulan 5% RM100 Sebarang amaun dalam satu resit

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan sehingga 4x AEON Points apabila anda berbelanja di AEON pada setiap 10 hari bulan. Hari berikutnya pula, setiap RM1 akan menerima 2x mata AEON, dan selain daripada pasar raya AEON akan memberikan 1x mata AEON Points setiap RM2 yang dibelanjakan. Mata ganjaran ini boleh ditebus dengan pelbagai tawaran menarik.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM1 Pasar raya AEON setiap 10 hari bulan
2 RM1 Pasar raya AEON selain 10 hari bulan
1 RM2 Perbelanjaan dalam dan luar negara selain petrol, urusan badan kerajaan, dan bil utiliti

ganjaran perjalanan

Bagi mereka yang gemar melancong, AEON World Desk Centre menawarkan perkhidmatan peribadi dan bantuan global. Jika kad anda hilang atau dicuri semasa anda berada di luar negara, anda hanya perlu menghubungi AEON World Desk Centre untuk membatalkan kad anda. Selain itu, perkhidmatan ini juga menyediakan bantuan tempahan hotel, dan sebagainya. Gunakan perkhidmatan ini untuk melancarkan perjalanan anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM30
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk kegunaan minimum 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM20
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM3000
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AEON Cards Balance Transfer Plan
AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Maklumat Lanjut
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon New AEON Classic

    Kad kredit New AEON Classic telah ditamatkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit New AEON Classic

    Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AEON Credit Service (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

    Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

    Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AEON Credit Service (M) Berhad.

    Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

    Ya, anda boleh guna kad kredit New AEON Classic untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

    Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

    Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AEON Credit Service (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit New AEON Classic

    Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

    Ada soalan tambahan berhubung New AEON Classic?

    Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AEON Credit Service (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang AEON Credit Service (M) Berhad

    AEON Credit logo
    AEON Credit Service (M) Berhad, atau AEON Credit, adalah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan. Dari pembiayaan peribadi AEON iCash yang popular hingga pelan pembiayaan kenderaan dan produk lain seperti kad kredit dan debit, ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan AEON Credit.
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    AmBank BonusLink Visa Signature

    Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

    Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

    Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

    Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

    Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

    Citi PremierMiles Mastercard

    Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…