Pinjaman Peribadi Kerajaan Untuk CTOS CCRIS & AKPK

calendar-range
Dikirim 18/06/2020
(dikemaskini 21/12/2023)
Pinjaman peribadi kerajaan untuk CTOS CCRIS dan AKPK

Terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam. Antara kelebihan ini ialah kelapangan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan badan berkanun untuk urusan pinjaman dan pembiayaan peribadi.

Sekiranya anda pernah buat perbandingan antara pinjaman peribadi kerajaan dan pinjaman peribadi swasta atau pinjaman peribadi untuk mereka yang bekerja sendiri, sudah pasti anda dapati syarat kelayakan mohon pinjaman untuk penjawat awam lebih ringan berbanding sektor pekerjaan yang lain.

Kadar lulus pinjaman juga lebih tinggi untuk permohonan penjawat awam berbanding penjawat swasta.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud kelulusan pinjaman dijamin 100% lulus. Sudah pasti pihak institusi kewangan akan buat tapisan terlebih dahulu terhadap permohonan yang diterima.

Tambahan pula jika pemohon mempunyai rekod buruk di laporan CCRIS, CTOS ataupun berada di bawah pengawasan AKPK.

Pinjaman Peribadi Kerajaan untuk CTOS CCRIS

Ramai yang ingat apabila telah disenaraihitamkan di laporan CTOS, atau ada tunggakan di CCRIS – sudah tidak boleh untuk memohon sebarang pinjaman peribadi.

Fakta ini ada benarnya kerana kebanyakan institusi kewangan seperti Bank akan menolak permohonan pinjaman daripada pemohon yang telah diblacklist di laporan CTOS atau pemohon yang mempunyai tunggakan pinjaman yang lain.

Walau bagaimanapun, terdapat institusi kewangan yang masih menerima permohonan daripada individu-individu ini seperti Koperasi dan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW). Institusi kewangan seperti Koperasi masih menawarkan pelan pinjaman peribadi untuk mereka yang telah blacklist di laporan CTOS dan mempunyai tunggakan di rekod CCRIS.

Tetapi, boleh dikatakan hampir semua pinjaman peribadi Koperasi ini hanya ditawarkan kepada penjawat awam dan bukan untuk kakitangan swasta.

Di sini saya senaraikan pinjaman peribadi kerajaan untuk CTOS CCRIS. Kesemua pinjaman yang disenaraikan ini adalah pinjaman tidak bercagar (unsecured personal loan). Oleh itu anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran dan tidak perlu mengemukakan penjamin untuk mohon.

Pinjaman Peribadi BSN SKAN/SKAP

BSN Skap

Pinjaman peribadi daripada Bank Simpanan Nasional ini ditawarkan kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan (SKAP), dan juga kerajaan negeri (SKAN). Kedua-dua pinjaman ini adalah sama dari segi ciri-ciri pinjaman, syarat kelayakan, dokumen dan sebagainya. Yang membezakan cuma jawatan pemohon.

Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga maksimum 120 bulan (10 tahun). Caj kadar keuntungan yang dikenakan pula ialah antara 4.6% p.a hingga 4.75% p.a.

Baca lebih lanjut tentang pembiayaan BSN SKAN atau BSN SKAP

Pinjaman Peribadi UKHWAH Cash-i

Ukhwah Cash-i

Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad menawarkan pinjaman UKHWAH Cash-i kepada penjawat awam iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga kakitangan badan berkanun.

Jumlah pinjaman yang boleh anda mohon ialah dari RM2,000 hingga mencecah RM200,000. Tempoh bayaran balik pula adalah dari 2 tahun hingga 10 tahun dengan kadar keuntungan serendah 4.35% p.a.

Syarat kelayakan untuk mohon juga tidak membebankan. Anda cuma perlu berumur 19 tahun ke atas dan berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM1,500 setiap bulan.

Baca lebih lanjut tentang pembiayaan UKHWAH Cash-i

Pinjaman Peribadi KOBETA Cash-i

KOBETA Cash-i

Pinjaman KOBETA Cash-i ditawarkan oleh Koperasi Bersatu Tenaga Nasional Berhad (KOBETA). Pinjaman ini ditawarkan kepada semua penjawat awam, iaitu kakitangan kerajaan, GLC dan badan berkanun.

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Koperasi, KOBETA Cash-i dibuka permohonan kepada mereka yang mempunyai masalah senaraihitam di laporan CTOS atau tunggakan di laporan CCRIS.

Anda boleh mohon dari RM2,000 hingga RM250,000 dengan pinjaman ini dan tempoh pembiayaan pula ialah dari 24 bulan hingga 120 bulan (10 tahun). Kadar keuntungan yang ditawarkan pula adalah kadar keuntungan tetap (fixed rate) iaitu 4.99% p.a.

Baca lebih lanjut tentang pembiayaan KOBETA Cash-i

Pinjaman Peribadi KOWAMAS e-Wawasan

KOWAMAS e-Wawasan pembiayaan peribadi

Pinjaman Peribadi daripada Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, kakitangan GLC dan kakitangan badan berkanun dan Majlis yang terpilih.

Syarat kelayakan utama untuk mohon ialah anda perlu berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih daripada 55 tahun ketika tarikh pembayaran tamat. Anda juga perlu berkhidmat lebih dari satu tahun dengan pendapatan bulanan minimum RM1,500 sebulan.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan pula adalah dari RM3,000 hingga jumlah maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 120 bulan. Caj kadar keuntungan (profit rate) juga sangat berpatutan iaitu serendah 3.99% p.a.

Baca lebih lanjut tentang pembiayaan KOWAMAS e-Wawasan

Pinjaman Peribadi KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq (CIMB)

Pinjaman peribadi KOPUTRI ini juga popular dengan nama pinjaman KOPUTRI CIMB menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM1,000 hingga pembiayaan maksimum RM100,000. Seperti namanya, pelan pinjaman ini adalah kerjasama antara Koperasi Putri Terbilang Malaysia (KOPUTRI) dan pihak CIMB Bank Berhad.

Pinjaman ini dibuka permohonannya kepada semua kakitangan sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, GLC, dan badan berkanun. Syarat kelayakan utama ialah anda perlu berumur tidak kurang dari 21 tahun dan telah berkhidmat dengan jawatan tetap tidak kurang dari 8 bulan. Kelayakan gaji minimum pula cuma RM1,800.

Pinjaman ini adalah pinjaman yang popular di kalangan kakitangan kerajaan kerana menawarkan jumlah payout yang sangat tinggi, iaitu sehingga 95% daripada jumlah lulus.

Pinjaman KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq juga membenarkan anda buat penyatuan hutang. Sangat sesuai sekiranya anda ingin satukan semua pinjaman anda.

Baca lebih lanjut tentang pembiayaan KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama

Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Pinjaman ini juga dikenali dengan nama Pinjaman Peribadi-i Lestari Bank Persatuan adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Co-opbank Pertama – sebuah koperasi berdaftar yang dahulunya dikenali sebagai Bank Persatuan atau Co-opbank Persatuan.

Pelan pembiayaan peribadi Co-opbank Pertama ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, dan kakitangan badan berkanun yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan telah berkhidmat lebih dari 3 bulan. Kelayakan gaji pula ialah gaji kasar bulanan RM2,000 ke atas.

Pinjaman ini menawarkan caj kadar keuntungan tahunan yang sangat rendah, cuma 2.75% p.a – antara yang terendah jika dibandingkan dengan pinjaman CTOS CCRIS yang lain.

Oleh kerana Pembiayaan Persendirian-i Lestari ini membenarkan penyatuan hutang (debt consolidation) dan caj kadar keuntungan yang tidak membebankan – pinjaman ini sangat sesuai dimohon oleh mereka yang ingin menyatukan hutang atau pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman.

Baca lebih lanjut tentang Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama

Pinjaman Peribadi JCL

JCL Pembiayaan Peribadi

JCL atau Japan Credit Leasing Sdn Bhd bukanlah syarikat yang asing di Malaysia. Syarikat ini adalah syarikat Kredit Komuniti atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar dengan SSM dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh JCL dikenali sebagai JCL Pembiayaan Peribadi, atau JCL Personal Financing. Pinjaman ini ditawarkan kepada semua kakitangan sektor awam, sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Anda boleh mohon dari serendah RM500 hingga pinjaman maksimum RM50,000 dengan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 5 tahun. Syarat kelayakan yang dikenakan tidak membebankan, iaitu berumur tidak kurang dari 18 tahun dengan pendapatan bulanan RM1,000 ke atas.

Baca lebih lanjut tentang pinjaman peribadi JCL

Pinjaman Peribadi Kerajaan untuk AKPK

Selain disenaraihitam di laporan CTOS, atau tunggakan di CCRIS, individu yang berada di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga sukar untuk mohon pinjaman peribadi. Malah boleh dikatakan hampir majoriti institusi kewangan akan terus menolak permohonan individu yang berada di bawah selaan AKPK – pandang pun tidak.

Walau bagaimanapun, masih terdapat institusi kewangan yang menerima permohonan daripada individu yang di bawah program PPK AKPK. Tetapi, seperti yang selalu saya tekankan – boleh mohon tidak semestinya akan lulus. Lulus atau tidak permohonan anda masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan terbabit.

Di bawah ialah senarai pelan pembiayaan peribadi yang anda boleh mohon walaupun anda sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit AKPK.

Pembiayaan Peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Pembiayaan Peribadi RCE

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) adalah sebuah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar. Pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh YYP ini khusus untuk kakitangan awam yang terpilih.

Pinjaman ini adalah pinjaman Islamik oleh itu anda tidak akan dikenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.

Anda boleh mohon dari RM2,500 hingga jumlah maksimum RM150,000 dengan tempoh pembiayaan dari 1 hingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan bermula dari 6.50% p.a.

Syarat kelayakan yang dikenakan tidak membebankan, iaitu berumur 20 tahun ke atas dengan kelayakan gaji kasar tidak kurang dari RM1,500 sebulan. Pinjaman ini juga mempunyai tempoh lulus yang pantas iaitu hanya 2 hari bekerja.

Baca lebih lanjut tentang Pembiayaan Peribadi YYP

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Ihsan Rakyat

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Selain Pembiayaan Peribadi YYP, pihak Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) juga menawarkan pelan pembiayaan peribadi kepada individu yang sedang mengikut program PPK AKPK. Seperti YYP, Yayasan Ihsan Rakyat adalah sebuah syarikat Kredit Komuniti atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen yang berdaftar di bawah KPKT.

Walau bagaimanapun, pelan pembiayaan peribadi daripada YIR tidak ditawarkan kepada semua kakitangan sektor awam. Pembiayaan ini hanya dibuka permohonan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kakitangan kerajaan Persekutuan (AG), Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sekiranya anda menjawat salah satu jawatan di atas, anda boleh mohon dari RM2,500 hingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Anda cuma perlu berumur 20 tahun ke atas, telah berkhidmat lebih dari 6 bulan, dan berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM1,500 setiap bulan.

Baca lebih lanjut tentang Pembiayaan Peribadi Yayasan Ihsan Rakyat

Boleh mohon tidak semestinya lulus

Seperti yang telah jelaskan tadi, sekiranya anda cukup syarat kelayakan untuk mohon – tidak semestinya permohonan anda akan lulus. Permohonan anda masih tertakluk kepada syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh institusi kewangan terbabit.

Contohnya bagaimana dengan peratusan baki gaji bulanan anda? Atau rekod kredit dan skor kredit anda sebelum ini? Dan banyak lagi faktor yang memainkan peranan untuk menentukan permohonan pembiayaan peribadi anda lulus atau tidak.

Walau bagaimanapun ini tidak bermakna anda tidak patut cuba mohon, jika anda benar-benar perlukan pembiayaan. Cuma pastikan anda cukup semua syarat yang dipinta.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments