Akan dibuka dalam tab baharu

KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

Koperasi Kredit PIlihan untuk Pinjaman Peribadi yang Mudah dan Berpatutan

KOPUTRI - Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
Jenis Institusi:
Koperasi
Alamat:
No.22 & 24, Wisma KOPUTRI, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2694 1511
Faks:
03-2693 1511

KOPUTRI atau Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad adalah sebuah koperasi berdaftar di Malaysia. Koperasi ini telah didaftarkan pada 9 Mac 2006 di bawah Akta Koperasi 1993 dan mula beroperasi pada bulan yang sama.

Pada tahun 2008, KOPUTRI telah menjalinkan kerjasama dengan CIMB Bank Berhad dan telah diberi kepercayaan untuk menawarkan skim pinjaman peribadi. Skim pinjaman yang ditawarkan adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar dengan berasaskan konsep “Tawarruq”.

Pelan pinjaman peribadi ini ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor awam, bukan hanya kepada anggota Koperasi.

Selain skim pinjaman, KOPUTRI juga mempunyai produk dan perkhidmatan untuk kemudahan anggota Koperasi.

Antara produk yang ditawarkan ialah kemudahan perubatan melalui COOP Medical Center (CMC), kemudahan penginapan dalam bentuk banglo dan hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, dan Skim Pendidikan untuk meringankan beban anggota yang kurang mampu menanggung kos pendidikan yang semakin meningkat.

Perkhidmatan yang ditawarkan KOPUTRI pula merangkumi pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan anggota koperasi melalui program Kelab Putri Kasih. Antara perkhidmatan utama untuk kemudahan ahli koperasi ialah Khairat Kematian, ganjaran perkahwinan, dan sumbangan kelahiran cahaya mata.

Bagi anggota koperasi yang gemar melancong pula, mereka boleh menggunakan syarikat UQ Holidays Sdn. Bhd., iaitu sebuah agensi pelancongan yang ditubuhkan oleh Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI). Selain pengurusan melancong seperti tempahan tiket dan penginapan, agensi ini juga menyediakan perkhidmatan pengurusan seminar, konvokesyen, dan ibadah haji & umrah. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada anggota dan juga kepada orang awam.

Sehingga kini, koperasi ini mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Pinjaman Peribadi KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

Pinjaman peribadi KOPUTRI direka khas untuk memenuhi keperluan kewangan anggota dan masyarakat dengan menawarkan pilihan pinjaman yang mudah diakses serta syarat yang fleksibel. Pinjaman ini sesuai untuk pelbagai keperluan seperti pendidikan, pembelian aset, atau tujuan peribadi lain. Sebagai sebuah koperasi, KOPUTRI menyediakan kadar faedah yang kompetitif dan proses permohonan yang mudah, membolehkan peminjam mendapatkan dana dengan cepat dan berkesan.

KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq (CIMB)
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM1000 - RM100000
Kadar Faedah
5.90% p.a - 5.90% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1800
Tempoh Lulus
6 hingga 8 hari bekerja
Pinjaman peribadi Koputri daripada Koperasi Putri Terbilang menawarkan kelebihan penyatuan hutang (debt consolidation) dengan jumlah pembiayaan tinggi. Anda juga layak mohon sekiranya mempunyai masalah di laporan CTOS dan tunggakan CCRIS.
Baca selanjutnya

Cawangan KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

Berikut ialah senarai cawangan KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad di Malaysia.

KOPUTRI SABAH

map-location-dot
No. 27, Blok D, Tingkat 2, Lorong Plaza Permai 2, Alam Mesra Sulaman Costel, Highway Kota Kinabalu, 88400 Sabah
phone-rotary
088-447 236

KOPUTRI SARAWAK

map-location-dot
Grand Floor lot 3654, Seksyen 10, Kuching townland District 14/1, Lorong 2 Jalan Nenas, 93400 Kuching Sarawak
phone-rotary
082-418 672

Berita dan Artikel Terkini KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad

Dapatkan berita dan artikel terkini berkaitan KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad.
Pinjaman peribadi kerajaan untuk CTOS CCRIS dan AKPK
Jun 18, 2020
Terdapat banyak kelebihan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam. Antara...
Lihat Semua Artikel